Hikmah meminta dan berdoa

HIKMAH MEMINTA DAN BERDOA

Tuhan, kalau aku tidak memberitahu tentang diriku,
Engkau pun tahu
Aku ini bukankah ciptaan Engkau?
Engkau lebih tahu tentang diriku daripada diriku sendiri
Engkau tahu apa yang aku perlu dan apa yang aku tidak perlu
Engkau boleh menganugerahkan keperluan itu padaku
Engkau boleh tidak memberi apa yang aku tidak perlu
Tapi seorang hamba itu akan boleh berhubung dengan Khaliqnya
Engkau suruh aku meminta
Kerana itulah aku meminta kepada-Mu selalu
Supaya hamba itu dapat melahirkan sifat kehambaan
Meminta itu adalah salah satu cara melahirkan sifat kehambaan
Hikmah yang lain, meminta itu adalah termasuk ibadah, diberi pahala
Kalau tidak meminta, apa pahalanya
Inilah hikmahnya Engkau menyuruh hamba-Mu meminta keperluannya
Dan meminta ditolak perkara yang tidak diperlukan
Terhubunglah antara hamba dan Khaliqnya
Terlahirlah sifat kehambaan di dalam meminta
Terlihat kebesaran Khaliq kerana ‘tempat meminta’
Kerana doa itu adalah usaha maka diberi pahala pula
Begitulah hikmah meminta dan berdoa
Kerana itulah aku meminta apa yang aku perlu dan meminta ditolak apa yang tidak perlu
Padahal kalau aku tidak meminta pun,
Engkau tahu keperluan-keperluanku

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah