Wanita High Class

Mulianya wanita kerana Islam,
Wanita bukanlah tanah berduri yang layak dibenci,
Wanita ibarat taman yang layak dikasihi dan dicintai.

Wanita bak bidadari,
Yang malu menonjol diri,
Yang sentiasa tertunduk bila didekati,
Yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Hijab yang tertutup,
Menutupi seluruh tubuhnya,
Bagaikan wanita yang menjaga martabatnya.

Jual mahal pendirian diri,
Lemah lembut merantai diri,
Itulah kecantikan yang sukar ditandingi.

Wanita cerdas yang mampu memilih keputusan,
Dengan baik disertai senyum,
Bersahaja dan indah,
Kata yang pantas untuknya,
Bukti kebaikan peribadinya,
Wanita yang baik akhlaknya,
Kelembutan yang membuatnya mempunyai banyak teman,
Hijab yang membuatnya merasa aman,
Dialah WANITA HIGH CLASS.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah