Rencah

Salam subuh. semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua dan dilimpahi hidayat dan kasih.sayang Allah.Semoga ukhwah berpanjangan.

MASAKAN menjadi SEDAP kerana DI MASUKKAN rencah-rencah yang "di pilih" oleh CHEF yang memasaknya.

Begitupun sebuah kehidupan  menjadi INDAH kerana MASUKNYA orang orangnya yang ALLAH "izinkan" dalam kehidupan seseorang.

Ada yang MASUK seperti KUNYIT, walau penampilannya buruk, tapi sanggup memberi "WARNA INDAH" yang sukar di lupakan.

Ada yang MASUK seperti BAWANG MERAH yang semakin lama bersamanya, semakin banyak "AIR MATA" yang tertumpah.

Ada yang MASUK seperti LADA, walau nampak kecil halus, tapi memberi "KEHANGATAN".

Ada juga yg MASUK seperti CILI, yang "menipu" dengan warnanya yang menarik tapi membuat "KERINGAT" bercucuran.

Sahabatku..
Jaga dan  jangan sia siakan mereka yang MASUK memberi KEBAIKAN dalam hidupmu.

Serta SYUKURILAH & JANGANLAH MEMBENCI mereka yang MASUK "menyakiti" hidupmu, kerana merekapun juga "berperanan" MEMBENTUK peribadimu.

SEMUANYA ITU, ALLAH izinkan "MASUK" untuk MERUBAH segala yg "tidak baik" yg ada dalam peribadimu, untuk kemudian MENJADI BAIK.💚

📝 "Kita patut bersyukur kerana datangnya seseorang dalam hidup kita dan pergi membawa pengalaman yang bermakna bagi kita"❤️

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah