FAKTA PELAJAR UNIVERSITI PERLU TAHU  


Tahukah anda bahawa :

1. Seseorang pelajar boleh habiskan hampir satu juz Al-Quran sementara menunggu bas atau semasa perjalanan dalam bas ke kuliah daripada termenung sambil stress menunggu bas datang?

2. Seseorang pelajar boleh cari kelapangan rezekinya dengan menunaikan solat Dhuha 2 rakaat sementara menunggu lecturer masuk daripada main game candy crush?

3. Seseorang pelajar dapat pahala berganda dengan hanya 100x kali istighfar semasa naik tangga hingga aras 4 kolej daripada bergosip bercerita hal kawan?

4. Seseorang pelajar boleh habiskan mathurat pagi sementara menunggu waktu rehat habis daripada habiskan waktu dengan mendengar lagu lagha?

5. Seseorang pelajar perempuan juga boleh jimatkan masa untuk solat di surau kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna tanpa menggunakan telekung?

6. Seseorang pelajar dapat elakkan pembaziran wang setiap hari dengan minum air kosong dalam botol air?

7. Seorang pelajar dapat habiskan 33x kali zikir dalam perjalanan ke kuliah?

8. Seorang pelajar dapat lepaskan stress assignment dengan turun solat berjemaah di surau?

9. Seseorang pelajar dapat siapkan assignment dalam masa yang ditetapkan bila tidak habiskan masa dating dengan pakwe/makwe je...?

10. Seseorang pelajar dapat fasih english bila selalu praktikkan dalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan pandangan orang?

Dan banyak lagi fakta bermanfaat yang pelajar universiti perlu tahu.

Rasulullah SAW bersabda:

_“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)_

Peringatan Rasulullah SAW ada benarnya. Keperluan kita dalam mengurus masa dengan bijak amatlah penting. Masakan tidak, Iman Hasan Al Banna ada menyebut:
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”

Siapakah seseorang pelajar itu?
InshaAllah, andalah insan bertuah itu. 
Aminn..

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster