Tentera Islam dan tentera kafir sampai di Badar

Rasulullah Saw dan tentera Islam berjalan sehinggalah sampai di Aludwatil Dunya.Rasulullah Saw berkhemah dibelakangnya. Tentera kafir berkhemah dibelakang  Aludwatul Quswa. Aludwatul Quswa ini disebelah Selatan dan Aludwatil Dunya disebelah Utara. Orang-orang Islam datang dari Madinah dari arah Utara manakala orang kafir datang  dari Mekah dari arah Selatan sementara Abu Sufyan melarikan kafilahnya melalui jalan rahsia. Dia berjaya keluar dari kawasan Badar dan pusing dibelakang bukit Hijaz. Dia bawa kafilahnya berjalan antara bukit-bukit dan pantai Laut Merah. Ketiga-tiga kumpulan ini tak tahu dImana kumpulan lain berada. Allah ceritakan hal ini dalam Quran.

Peperangan ini Allah yang susun, bukan manusia yang susun. Rasulullah Saw hantar orang merisik, mereka jumpa dua orang khadam Kafir Quraisy datang ambil air dari perigi Badar. Mereka tawan dua orang khadam ini dan dibawa ke perkhemahan tentera Islam. Kedua-dua khadam ini disoal siasat. Sementara itu Abu Sufyan telah berjaya melarikan kafilahnya, dia telah berada dibelakang kedudukan tentera Kafir Quraisy. Abu Sufyan hantar wakil memberitahu Kafir Quraisy bahawa kafilah telah selamat. Dengan itu ada diantara tentera Kafir Quraisy yang tarik diri dari peperangan. Kata mereka , kami datang untuk selamatkan kafilah, ada harta kami disitu, sekarang kafilah dah selamat, untuk apa lagi kami berperang, apalagi orang yang akan kami perangai itu keluarga kami sendiri. Bani Zuhrah pulang semuanya ke Mekah, Bani Hasyim juga pulang, tinggal Saidina Abas dan beberapa orang saja supaya mereka tak diaibkan oleh Kafir Quraisy. Mereka tak ghairah untuk berperang, yang mereka perangi itu Rasulullah Saw dari Bani Hasyim juga. Hakem bin Khuzam datang kepada Utbah minta dia gesa tentera Kafir Quraisy pulang saja ke Mekah, kafilah kita sudah selamat, kalau kita terus perang kita memerangi sanak saudara kita sendiri. Bila kita balik ke Mekah nanti, masing-masing kita melihat kepada yang lain sebagai pembunuh ayahnya, saudaranya, anak saudaranya.Kita akan saling benci membenci. Begitulah nasihat Hakem bin Khuzam kepada Utbah bin Rabeah. Utbah mula menyeru tentera untuk pulang, malah tentera sibuk bersiap untuk pulang.

Ketika itu Abu Jahal muncul, dia tak setuju untuk pulang, dia mahu peperangan terus berlaku. Jadi sekarang krisis diantara pembesar-pembesar Kafir Quraisy, masing-masing nak tonjolkan diri sebagai pemimpin Mekah. Abu Jahal memang sudah lama berusaha untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Mekah. Selepas kematian Abdul Mutalib dan Abu Talib, tidak ada yang paling menonjol dikalangan mereka. Kata Abu Jahal, ini peluang untuk dia membuktikan ketokohannya. Ketika itu dia panggil A'mir Al Hadrami, dia yang anaknya dibunuh oleh tentera Islam dalam bulan Haram sebelum peperangan ini. Kata Abu Jahal, wahai A'mir, orang-orang Mekah dah mula nak balik, mereka berlepas tangan dari menuntut bela ke atas darah anak kamu. A'mir bila dengar hal itu, terus dia pergi ketengah-tengah tentera menangis sambil menjerit, apakah malangnya nasib A'mir, orang orang Mekah berlepas tangan dari anakku. Demi Tuhan kalau berlaku hal ini kepada anak-anak mereka nescaya aku tak akan berlepas tangan. Melihat hal ini, yang nak balik tak jadi nak balik, ini soal maruah. Begitulah peranan Abu Jahal dalam memusuhi dan memerangi Islam. Waktu itu mereka belum tahu lagi dimana orang Islam berkhemah. Mereka dah berdekatan tapi masing masing tak tahu pihak yang satu lagi dimana.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah