CARILAH RAHMAT DAN KASIH SAYANG TUHAN  

Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengannya ia dapat membeli nikmat Syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya.” Maka Sahabat bertanya: “Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat Allah.”

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke Syurga, maka itulah perkaranya yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat atau yang kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di antaranya ialah:

* Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
* Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
* Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
* Banyakkan amalan-amalan sunat. Allah ada berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Di dalam konteks yang sama, beramal untuk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia
dimasukkan ke Syurga. Ia bukan matawang untuk kita beli Syurga. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan pahala dan fadhilat.

Mereka yang beramal untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi untuk mendapatkan Syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dengan pahala dan fadhilat dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke Syurga. Mereka merasakan seolah-olah dengan memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yang lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan. Walaupun mulut mereka berkata: “Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah”, tetapi hati mereka mentasdikkan untuk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat hanyalah apa yang Allah janjikan di atas amalan soleh yang kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.

Mereka yang beramal untuk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dengan cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang untuk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna untuk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba untuk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yang memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yang harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yang memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KERAJAAN BUMI DAN KERAJAAN LANGIT  

Seorang raja itu, dia berkuasa. Dia memerintah dan mentadbir sesebuah negara. Jentera pemerintahan dan pentadbirannya dinamakan ke-raja-an.

Di zaman tidak ada raja atau raja telah hilang kuasanya, jentera pemerintahan dan pentadbiran tetap dinamakan kerajaan. Bila disebut kerajaan, maka ada berbagai jenis kerajaan. Ada kerajaan langit dan ada kerajaan bumi.

Kerajaan langit ialah kerajaan Tuhan. Segala-galanya di langit di tadbir dan di perintah mengikut hukum-hakam Tuhan. Tidak ada penyelewengan, tidak ada percanggahan sistem dan tidak ada yang tidak taat. Justeru itu, kehidupan di langit aman damai dan tenang. Tidak ada peperangan. Semuanya berjalan dengan licin, lancar dan teratur seperti mana yang Tuhan kehendaki.

Bumi juga satu ketika dahulu, termasuk di bawah pemerintahan kerajaan langit. Semuanya di bumi berjalan dengan baik. Semua makhluk di bumi ketika itu taat dan patuh kepada Tuhan. Tetapi, Tuhan ada jadual dan perancangan-Nya. Diciptakan-Nya manusia supaya menjadi khalifah-Nya di muka bumi. Dihantar-Nya manusia ke bumi dan diserahkan bumi ini untuk ditadbir oleh manusia bagi pihak Diri-Nya.

Maka wujudlah kerajaan bumi yang dikendalikan oleh manusia sebagai tambahan kepada kerajaan langit. Namun, tidak semua perkara di bumi diserahkan kepada manusia untuk ditadbirkan kerana manusia tidak mampu. Manusia hanya perlu mentadbir hal urusan mereka sendiri dan khazanah bumi sahaja. Soal hujan, air, angin, cuaca, iklim, putaran bumi, cahaya matahari, air pasang surut dan sebagainya tetap di bawah pentadbiran kerajaan langit.

Di zaman bumi ini ditadbir dan diperintah oleh orang-orang Tuhan seperti para rasul dan para mujaddid , semua hukum-hakam, peraturan dan sunnah Allah berjalan dengan lancar di muka bumi.

Tetapi di zaman-zaman yang lain, di kala bumi diperintah oleh manusia-manusia yang tidak beriman dan yang melawan dan menentang Tuhan, mereka tolak hukum-hakam Tuhan. Mereka tidak yakin dan tidak percaya dengan peraturan sistem Tuhan. Mereka cipta peraturan dan sistem mereka sendiri. Asalnya mereka dihantar ke muka bumi sebagai hamba dan khalifah Tuhan.

Tetapi mereka memberontak. Mereka tidak rela menjadi hamba. Mereka mahu menjadi tuan dan mahu mentadbir bumi ini ikut selera mereka sendiri. Mereka lupa bumi ini Tuhan punya. Mereka lupa mereka hanya wakil Tuhan. Mereka mahu mengenepikan Tuhan dan mahu mengambil-alih bumi ini menjadi hak mereka dan mentadbirkannya ikut cara mereka. Ini satu rampasan kuasa yang sangat besar dan sangat ketara. Ini satu coup-de-tat yang tidak ada tolok bandingnya.

Ini bukan satu rampasan kuasa di antara sesama manusia. Ini macam hendak merampas kuasa Tuhan atau setidak-tidaknya hendak melepas diri dari kuasa Tuhan. Memang manusia ini tidak tahu malu dan tidak sedarkan diri.

Menumpang di bumi Tuhan tetapi tidak mahu mengikut peraturan dan sistem Tuhan. Cuba bayangkan orang yang kita beri tumpang di rumah kita, tiba-tiba dia hendak ambilalih kuasa di rumah kita. Diubahkan susunan kerusi meja kita ikut selera dia. Ditukar langsir dan alas meja. Dipindahkannya peti ais ke depan dan tv ke dapur. Disusun semula jadual makan, jadual minum dan jadual sarapan. Dia pula yang hendak memerintah dan hendak berkuasa dalam rumah kita. Ini tetamu haprak namanya.

Tambahan pada itu, orang merampas kuasa kerajaan atau kuasa raja, dirampasnya semua kuasa. Bukan sesetengah kuasa sahaja. Tetapi manusia hendak merampas kuasa Tuhan di muka bumi namun tidak pula dia merampas kuasa Tuhan ke atas air, hujan, angin, iklim, cuaca, cahaya matahari dan sebagainya. Dia rampas benda-benda yang dia rasa dia boleh tangani dan boleh handle sahaja.

Tahu pula dia banyak benda dalam dunia ini yang dia tak boleh handle. Itu pun dia nak rampas kuasa juga. Maka manusia mulalah menggunakan segala bentuk kerajaan ciptaan manusia untuk memerintah bumi.

Semuanya berbentuk sekular belaka. Dunia untuk dunia. Dunia habis di dunia. Ada kerajaan komunis. Ada kerajaan demokrasi. Ada kerajaan sosialis. Ada kerajaan beraja. Ada kerajaan republik dan sebagainya.

Diciptalah juga berbagai sistem dan ideologi hasil fikiran akal manusia. Sistem ekonomi kapitalis, pendidikan sekular, kewangan riba, perundangan berat sebelah dan lain-lain lagi. Hasilnya, Tuhan berlepas diri. Apa yang terjadi? Hidup manusia jadi kucar-kacir, huru-hara dan kacau-bilau. Nafsu bermaharajalela. Timbul ketidakadilan, tindas-menindas, tekan-menekan, rebut-merebut dan tikam-menikam. Hilang kasih sayang. Hilang persaudaraan. Hilang perpaduan. Manusia jadi jahat. Jenayah berleluasa. Akhlak manusia rosak. Moral jatuh menyapu bumi. Manusia hidup di dalam ketakutan dan kebimbangan. Sentiasa resah dan gelisah. Hilang ketenangan dan kebahagiaan .

Manusia mula menjadi haiwan. Inilah tamaddun manusia hari ini. Sudah rosak dan merosakkan. Terlalu jauh dengan Tuhan. Dunia sudah jadi neraka. Berlaku kerosakan di lautan dan di daratan hasil usaha tangan-tangan manusia yang telah menolak peraturan, perundangan dan hukum-hakam Tuhan.

Nasib baiklah hujan masih turun. Angin masih bertiup. Matahari masih menyinar dan bumi masih berputar. Kalau semua ini Tuhan serahkan kepada manusia untuk diuruskan, nescaya tidak akan ada lagi manusia di bumi ini.

Di kala mana masyarakat manusia itu jahat, Tuhan akan hantar kepada mereka pemimpin yang jahat sebagi hukuman kepada mereka. Agar mereka rasa bala bencananya. Apabila manusia sedar dan memperbaiki diri, Tuhan akan hantar kepada mereka pemimpin yang baik agar mereka dapat hidup dengan tenang, aman dan damai.

Dan apabila datang pemimpin yang Tuhan tunjuk iaitu orang Tuhan atau pemimpin yang dijanjikan maka kerajaan langit akan membantu kerajaan bumi. Akan turun rahmat dan kasih sayang Tuhan. Kerajaan langit dan kerajaan bumi akan bergabung. Akan wujud kerajaan Tuhan di mukabumi ini. Segala-gala akan berjalan mengikut undang-undang Tuhan. Manusia akan cinta dan takut dengan Tuhan. Manusia akan berkasih sayang dan bersatu-padu. Manusia akan hidup dengan aman dan makmur dan akan mendapat keampunan Tuhan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button



Apakah yang paling mengembirakan hati ummi sepanjang usia menjadi ibu?



"anak2 tersohor akhlak terpuji dan berjaya dlm segala sudut, itulah buah daripada didikan yang diberi, menjadi kegembiraan kami"...





"i
nsyaAllah, Alang akan berusaha ke arah itu" jawab hatiku...


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Mutmainnah  


wahai jiwa yang tenang.. kembalilah kepada Tuhanmu...



wahai jiwaku..

kembalilah kepada Dhuha...
kembalilah kepada tahajud...
kembalilah bersujud...
kembalilah beruzlah...
kembalilah berbicara dengan Tuhan...
kembalilah bermujahadah...
kembalilah kepada taqwa...
kembalilah kepada perjuangan kebenaran...
kembalilah kepada fitrah sebenar...
kembalilah kepada hati mukmin sebenar, taqqiyin...
kembalilah kepada tawadhuk...
kembalilah kepada zuhud...
kembalilah kepada kerendahan hati...
kembalilah kepada mahmudah...
kembalilah kepada mengingat janjimu dahulu...
"Bala syahidna"


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


APA SIFAT YANG PERLU ADA PADA PEMIMPIN?  

Ramai orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin, malah berebut pula. Tumbuhnya keinginan itu kerana melihat kepada habuan yang bakal diperolehi. Ini dapat dilihat kepada mereka yang telah dan sedang bergelar pemimpin. Bukan sahaja hidup mereka sendiri kaya-raya, malah kadang-kadang keluarga, suku sakat dan kroni mereka turut memperolehi habuan.




Bukan sahaja harta kekayaan, banyak lagi keistimewaan lain yang diperolehi dengan mudah. Ini termasuklah populariti, sanjungan privacy dan masa bersantai. Ke mana pergi disambut dan diistimewakan. Seolah-olah bergelar pemimpin itu satu tiket untuk memenuhi keinginan dirinya.

Sekiranya kepemimpinan itu diperhitungkan pada aspek lain, umpamanya tanggungjawab, amanah, tugas, beban, dan khidmat nescaya ramai pula yang kecut perut dan menghindarkan diri dari kepimpinan. Andainya rakyat ramai, kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan yang mesti dipenuhi oleh pemimpin, nescaya tiada yang sanggup untuk berebut dan menawarkan diri. Terutamanya apabila memikirkan seluruh tanggungjawab tersebut bakal dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.

Siapa yang layak menjadi pemimpin?

Iaitu orang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dan sanggup meletakkan diri seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dengan sabda baginda maksudnya:

Pemimpin suatu kaum itu adalah khadam bagi mereka (kaumnya) (Riwayat Abu Naim)

Khadam merupakan seorang yang mengabdikan diri, merelakan diri memberi khidmat dan melayani tuan atau majikannya. Khadam sentiasa bersedia memikul beban tugas sehingga majikannya puas hati. Khadam itu sendiri akan merasa puas sekiranya segala khidmatnya sempurna tanpa mengharapkan sebarang balasan, habuan dan penghormatan. Bagi dirinya, cukup sekadar memilik keperluan hidup dan dapat menjamin kelancaran tugasnya tanpa sebarang gangguan. Dalam konteks pemimpin (khadam) maka tuan atau majikannya ialah rakyat ramai!

Bagaimana jiwa seorang pemimpin? Iaitu umpama jiwa Saidina Umar Ibnu Khattab apabila beliau berkata: "Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak."

Kalau sekadar seekor kambing yang patah kaki dan tidak dapat mencari makan tentu tiada pemimpin hari yang ambil hirau. Buktinya, rakyat merintih, keluh kesah dan akhirnya merusuh kerana kesukaran hidup, pun tiada pemimpin yang rasa bersalah. Andainya pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat, tentulah sudah dapat dikesan semenjak 30 atau 40 tahun yang lampau dan bertindak mencari penyelesaian. Tentulah tidak ada rakyat yang mati di Selat Melaka kerana bot pancungnya pecah dipukul gelombang.

Kemajuan mesti dicapai. Teknologi perlu dicanggihkan. Ekonomi wajar meluncur lebih pesat. Produktiviti perlu ditingkatkan. Untuk apa itu semua? Semuanya sebagai alat yang dapat membantu mentaati Allah SWT. Dan bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan umat. Itu idealismanya. Realitinya pula bagaimana? Mengapa kemajuan semakin tinggi dicapai, ekonomi semakin pesat,teknologi semakin canggih tetapi Allah SWT semakin dilupakan? Hidup semakin tegang, keluh kesah, kusut dan masih ramai yang terbiar tanpa pembelaan. Rakyat terpaksa bangun dan bertindak ganas untuk menyedarkan pemimpin.

Marilah kita menoleh sejenak kepada figur-figur contoh. Peribadi kepimpinan yang membayangi peribadi Uswatun Hasanah iaitu Rasulullah SAW. Hasil buah tangan didikan Rasulullah SAW itu maka lahirah Khulafa' Ar Rasyidin.

Jangan lagi ada suara sumbang bernada sinis, hendak ikut mereka naik unta, makan tamar dan bersenjatakan pedang.

Jangan lupa bahawa mereka adalah orang yang telah berjaya dan termaktub dalam sejarah. Sebahagian mereka telah dijamin memasuki syurga, ertinya Allah SWT telah redha ke atas mereka dan cara mereka. Andainya mereka tidak betul tentulah tiada jaminan Syurga ke atas mereka.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ya Allah... Dengarlah rintihanku ini...


Tuhan,

setiap hari aku melakukan dosa kepada manusia. mengapa aku ini begini Tuhan... semakin hari makin banyak dosa yg aku lakukan. bilakah aku ingin berhenti daripada melakukan dosa? aku sangat jahat ya Allah...

ya Allah... berilah kebahagiaan kepada orang-orang yang telah aku buat dosa kepada mereka... berilah mereka hidayah dan taufiqmu... pandulah mereka ke jalanmu...

ya Allah... bersihkanlah hatiku yg berkarat ini... aku sedih dengan dosa-dosaku... jika kau menjemput aku sekarang ini, alangkah malangnya hidupku...

ujian demi ujian yg kau timpakan kepadaku, jadikanlah aku redha menerimanya... agar kau redha kepadaku...

aku ingin keredhaanmu itu ya Allah, sekalipun aku terpaksa menderita...
aku inginkan keampunanmu itu ya Allah, sekalipun aku terseksa..

apalah ertinya hidup sekalipun kaya dan berkuasa jika salah satu dari keredhaan dan keampunanku itu tidak ku miliki...

ya Allah... masukkanlh aku dari golongan yg bertaubat dan meminta maaf dgn manusia... aku inginkan redha dan keampunanmu... jika tidak musnahlah hidupku...

dgn rahmatmu Ya Allah, segala yang kupinta kau kabulkanlah... agar aku selamat di negara Akhirat...

rahmatmu amat luas, tidak ada sempadan... anugerahkanlah kepadaku... Ya Khaliq, Ya Rabbl A'lamin.


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


snipp'  

Salamat Hari Guru buat semua org yg telah mengajar dan mendidikku secara sengaja ataupun tidak sengaja. aku bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti kamu semua... aku sayang pada semuanya.. yang sudah pergi, aku harap kamu damai di sana dgn mendapat saham dari ilmu yg bermanfaat yg telah kau ajari...




salam sayang dan rindu buat ayahandaku yg tercinta... aku telah jauh melupakanmu... kembalilah ke dalam hatiku... aku merinduimu.. kekasih yg di rindu... hadirlah jua ke dalam hatiku, mengubat kepiliuan hati ini... kamu semua telah banyak mendidik dan memproses hati ini...sehingga aku jadi begini...

jauh nun di rumah, ayah dan ibu yg di rindui selalu... anakmu di perantauan masih mencari sinar dan jgn takut... segala nasihatmu yg dulu ku mungkiri, kini menjadi peganganku... maafkan keteranjuranku sepanjang ummi dan abah mendidik alang...
Alang bersyukur dikurniakan "guru-guru" sperti abah dan ummi... x kenal jemu dalam mendidik..

Pada syeikh2 yg telah banyak menyedarkan ku tentang kepentingan hidup akhirat dan team2 seperjuangan... aku sangat bersyukur kerana memiliki insan2 seperti kamu.. sering memandu dan memberi harapan untuk aku terus bangkit setelah aku tersungkur beberapa kali...

pada semua guru2 yg telah mendidikku dr tadika ke sekolah rendah ke mozac ke KMPh dan ke IPGM KSM... semoga engkau semua sejahtera selalu... ingatlah, aku tidak melupakan kalian dalam doaku... aku sedekahkan semua pahalaku buat kamu semua.. agar kamu bahagia di akhirat sana.. itupun kalau aku ada pahala... kamu semua dah banyak mengajarku... dahulu aku buta hruf, sekarang sudah pandai menulis dan membaca... aku tidak buta huruf lagi, malah boleh menulis dan mengulas tulisanku itu... subhanallah.. ya Allah !!! bersaksilah bahawa semua insan2 ini telah banyak mmberi kebaikan dlam hidupku.. selamatkanlah mereka dari bencana dunia dan akhirat serta tempatkan mereka di dalam syurgamu yg kekal abadi selamanya....

pada bakal2 guru... teruslah belajar... jgnlah malas baca buku dan menuntut ilmu... mcmmana nak maju? masa dibiarkan berlalu... xde hasil dari masa yg berlalu itu... DEMI MASA.. SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAAN.. KECUALI.... sambung sendiri..=)

pemuda pemudi melayu.. bangkitlah dari lenamu.. bangkitlah dari keindahan novel2 cintamu... kamu itu aset negara dan bangsa... tuntutlah ilmu sebanyak2nya dan jgn lupa untuk membaiki diri... membaiki hati... teruslah memartabatkan islam dalam diri... sekali lagi! dalam diri!... x perlu nak baiki org lain... baiki diri kita dlu, insyaAllah Allah abiki diri org di sekeliling kita...

oklah.. sampai sini dlu. salam sayang buat semua guru2ku da sahabat seperjuanganku(",)






Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Exam!!!!  



Hmm, buat kawan-kawan yang baru menduduki peperiksaan, sila berusaha sebaik mungkin ya.. khususNYA buat kawan-kawan terlebih vitamin c (Over-C).. selamat maju jaya.. maju dunia & maju akhirat.. amin..[from saprofit kata.=)]




pada kawan2 yg dah terlampau study 2, relax2 kan minda anda.. jgn over sgt, takut tergeliat otak nnti.hehe.. tenang2kan hati k! exam nie sekadar ujian biasa.. bukan ker setiap hari kita di uji Tuhan.. ade org yg brjaya ada yang tidak berjaya... kalau berjaya alhamdulillah... kalau x berjaya, reflex balik diri kita di mana krg kita.. so, standard la. ujian yg akan dilalui minggu depan 2 kecil sahaja.

ada ujian yg lebih besar dari itu, nak mendidik anak bangsa=)... yg dah praktikum, tahniah jika dh berjaya menemui cara mengawal murid2..hee.. yg belum, sabar.. anda semua akan melaluinya... kalau yg bukan guru, anda akan berdepan dengan anak-anak yg pelbagai ragam. kalau lagi ramai lagi la... didikan yg diberi kepada mereka itu akan mencorak mereka utk jadi apa.. kalau kita didik dgn hawa nafsu kita, dgn sifat marah2 kita, dgn sifat pilih kasih kita, dgn sikap acuh x acuh kita.. maka yg akan lahir anak2 didik yg serupa macam kita.. kalau anak2 pula, macam 2 juga la... tapi jika kita tabah dgn ujian, x luntur semangat kita dgn ujian, anak didik sedegil manapun tenang saja kita hadapi.. malah dapat merubah anak itu menjadi baik.. subhanallah. ana tabik springggg pada mereka2 yg mampu bersikap sebegini.=)

saya berkata begini, maybe saya akan menghadapi ujian lebih berat dari ini... biasalah, kadang2 yg berkata2 ni di uji lebih berat dari apa yg dikatakannya.. aku berlindung dgnMu ya Allah dari bersikap mazmumah berhadapan dgn setiap ujian darimu kerana kau yg memegang hatiku.. demi diriku dalam gemggamanNya, aku bersaksi kau lah pemilik hati ini dan kau yg membolak-balikkan hati ini.. peliharalah hatiku...

Ya Allah.. permudahkan semua sahabat2ku yg akan menduduki peperiksaan.. tenangkan hati mereka. berilah keyakinan... kuatkan jiwa mereka. Jika ada dosa mereka yg belum beres, kau ampunkanlah sahaja ya Allah! mereka itu hambamu dan kau tetap Tuhan. Jika kau ampunkan mereka kau tidak rugi, malah makin bertambah keagunganmu di hati mereka... Berilah hidayah kepada mereka dan pandu mereka dgn taufik darimu.. smoga mereka di tempatkan dalam golongan yg mendapat keredhaanmu.. semoga mereka semua mendapat kejayaan di dunia dan jua di akhirat.... ameen..

ok lah.. selamat maju jaya kepada semua rakan2 yg akan menduduki peperiksaan. Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kalian=).. maassalamah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


ANEHNYA KERJA TUHAN  


Pelik kita dengan kerja Tuhan, Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya. Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran. Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya... Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan Memang pelik dan unik...


Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang,
Agar dia derhaka dan berdosa...
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh orang lain,
Maka dia pula mendapat pahala dan juga menghapuskan dosanya.
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj,
Ertinya mendapat rezeki secara murka.
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas.
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur.
Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala,
Begitulah seterusnya... sebagai satu contoh lagi,
Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang....

Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang?
Aneh kerja Tuhan!
Kalau kita tidak faham, mungkin kita menyalahkan Tuhan...
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan. subhanallah...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Bahagia Hakiki  


Susah hati itu kalau diikut-ikutkan sangat
ia akan parah menjadi penyakit jiwa
Dari susah hati pergi kepada sedih
dari sedih kepada derita dan sengsara
kemudian kecewa
akhirnya putus asa
Di waktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi
nama, glamor, ada kuasa tidak ada guna
tidak ada erti apa-apa
Orang yang semacam ini
kalau serba ada sekalipun, gelap dunianya
Setengah orang bunuh diri kerana putus asa
Mengapa dia kecewa hingga putus asa?
Padahal segala keistimewaan telah dimilikinya!




Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia
bukanlah segala-galanya
sekalipun tidak salah mempunyainya
Kebahagiaannya sementara
atau kebahagiaan tipu daya
tidak sampai ke hujung, akhirnya kecewa
Kebahagiaan bersama Tuhan adalah hakiki
sejati, kekal abadi
Tuhan adalah segala-galanya
keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun
tidak mengapa
Tapi kalau kehilangan Tuhan
segala-galanya tidak ada erti apa-apa
Tapi kalau dapat kedua-duanya
dapat Tuhan, miliki dunia pula
ia menambah bahagia
Bahagia dengan Tuhan tidak cukup percaya sahaja
sekalipun banyak ibadahnya.
Bahagia dengan Tuhan kenalah kenali Dia
kemudian terus takut dan cinta
Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan
apa yang dilakukan-Nya kepada kita tidak sia-sia
Apa yang Tuhan lakukan kepada kita
sama ada lahirnya nampak negatif atau positif
ada hikmahnya ada pengajarannya
Tuhan Maha Suci dari menganiaya
Kalau pandai menerimanya
di situlah ada kebahagiaan
Jika faham apa maksud Tuhan
yang dilakukan-Nya kepada kita, kita redha
jiwa akan tenang


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT  


Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menghadap kepadanya dan para sahabat, kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara andainya kamu ketepikan maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui saat itu. Tidak terserlah zina pada suatu kaum sehingga mereka melakukan terang-terangan kecuali mereka akan ditimpa taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka dimusnahkan oleh penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu. Dan tiada mereka mengurangi sukatan dari timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan berlaku zalim daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tiada mengeluarkan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka hujan dari langit. Jika tiada binatang, tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT. Dan tiada mereka mungkir janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan di saat itu Allah jadikan peperangan sesama mereka."



Penyakit-penyakit merebak khususnya taun berpunca kerana perzinaan sangat berleluasa dan terang-terangan. Terang-terangan berlakunya ini bukan bermaksud boleh dilihat dengan mata kepala. Tetapi banyaknya rumah pelacuran, sarang maksiat serta meningkatnya kes buang bayi, itulah tandanya manusia sudah berani mendedahkan pelakuan zina.

Banyak pula kedapatan penyakit yang tidak ada sebelumnya terutamanya Aids. Penyakit ini juga merebak dengan cepat melalui berbagai-bagai cara yang semuanya hasil perbuatan tangan manusia. Umpamanya, Aids hinggap kepada orang lain melalui perkongsian jarum suntikan. Ada juga melalui cara semulajadi seperti penyusuan bayi.

Semua penyakit ini menyusahkan kehidupan manusia. Jiwa turut tidak tenteram dan sentiasa tertekan kerana bimbang akan jangkitannya. Pihak yang mengalaminya sudah pasti menanggung derita yang berpanjangan. Manakala pihak lain turut terbeban dari aspek berbeza. Umpamanya sebuah keluarga kehilangan ahli keluarganya. Kadang-kadang terpaksa menanggung kos rawatan seumur hidup. Pihak kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan kewangan yang tinggi untuk rawatan, perubatan, kajian dan pencegahan.

Dari tahun ke tahun kosnya bukan semakin susut malah semakin meningkat berikutan pertambahan mereka yang terlibat. Kerajaan turut mengalami kerugian dari sudut kehilangan tenaga manusia.

Perniagaan sering dikaitkan dengan keuntungan. Selain dari itu, perniagaan sebenarnya merupakan tanggungjawab sosial yang sangat penting. Berlaku hubungan timbal balik yang akrab antara peniaga dan pengguna. Dan juga merupakan medan pertemuan tidak rasmi antara sesama pengguna. Di sini juga berlangsungnya pertukaran maklumat dan khabar berita bagi masyarakat setempat. Contoh paling mudah, cuba bayangkan di sebuah kampung yang ketiadaan kedai runcit. Tentulah banyak kesulitan bagi penduduk kampung tersebut untuk berulang alik ke pekan dan bandar bagi mendapatkan keperluan harian.

Namun itu bukan bererti peniaga di kampung tersebut boleh menangguk di air keruh. Tidak wajar mengambil keuntungan berlebihan. Dan tidak wajar menipu dalam timbangan dan sukatan. Apabila penipuan dalam timbangan dan sukatan (penipuan dalam perniagaan) berlaku berleluasa maka Allah SWT timpakan bala atau kesusahan dalam bentuk kemarau.

Kemarau pula selalunya dikaitkan dengan kesusahan memperolehi rezeki. Lihat saja negara yang sering kemarau, bumi yang subur menjadi merekah dan gersang. Tanaman tidak hidup subur atau buahnya tidak menjadi. Ramai rakyat yang kebuluran. Apabila sumber makanan terlalu sedikit, harga akan menjadi mahal berikutan permintaan yang tinggi. Diikuti pula dengan inflasi.

Satu lagi bala ialah meningkatnya kezaliman dan penindasan dari kalangan pemimpin. Lantaran masing-masing inginkan kemewahan, maka mereka yang berkuasa menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk mencapai kepentingan masing-masing menurut tingkat kedudukan mereka. Pada keadaan demikian sangat kurang para pemimpin memikirkan nasib rakyat terbanyak yang memang telah ,sedia susah.

Allah SWT wajibkan berzakat bagi umatnya yang dikurniakan kelebihan rezeki berupa harta benda. Ini juga memperlihatkan betapa Allah SWT mahu umat memandang berat mengenai hubungan sesama manusia. Bagi mereka yang memiliki kekayaan perlu ingat bahawa seluruh alam semesta ini adalah milik Allah SWT. Bukan saja harta benda atau wang ringgit malah diri kita ini pun milik Allah SWT.

Tidak wajar atau tidak timbul sama sekali hujah mengatakan harta itu milik mutlak, yang mana orang lain tidak berhak ke atasnya. Peratus tertentu dalam ketetapan zakat itulah sebenarnya hak orang lain yang ditentukan oleh Allah SWT.

Bagaimana seseorang itu memperolehi kekayaan? Sama ada secara langsung atau tidak, sama ada disedari atau tidak, seluruh manusia ini hidup saling sandar menyandar dan saling perlu memerlukan. Seorang ahli perniagaan yang berjaya tidak terkecuali dari sumbangan serta peranan buruh, kuli, pekerja bawahan yang memperolehi gaji kecil. Makan minum yang lazat dan mewah golongan berada merupakan tumpahan keringat petani dan nelayan. Andainya orang kaya berhujah dengan mengatakan segala itu telah dibayar dengan duit, katakan kita banyak duit dan bersedia untuk membeli, bagaimana andainya nelayan tidak turun ke laut?

Berpegang kepada konsep bahawa hidup ini merupakan ujian dari Allah SWT, maka harta yang diamanahkan itu Allah SWT mahu melihat bagaimana cara memperolehinya dan bagaimana pula cara penggunaannya. Allah SWT beri kelebihan kepada orang tertentu dengan kepandaian, kepintaran dan berilmu pengetahuan. Dengan itu pula Allah SWT salurkan kelebihan rezeki, yang mana sebahagian dari rezeki itu sebenarnya ada hak orang lain yang Allah SWT salurkan melalui orang tertentu. Apabila hujan tidak turun, itu tandanya rezeki berkurangan dan puncanya kerana zakat diabaikan oleh mereka yang sepatutnya berzakat.

Allah SWT yang bersifat pemurah, diturunkan juga hujan kerana untuk memberi kelangsungan hidup kepada haiwan.

Sabda Nabi SAW: Maksudnya: "...kalaulah bukan kerana bayi-bayi yang menyusu, orang-orang tua yang membungkuk dan haiwan ternak yang merumput, mungkin azab Tuhan akan melimpah ruah kepada kamu! "

Musuh-musuh berkuasa ke atas umat Islam dan merampas sebahagian apa yang ada ditangan umat Islam, bukanlah semata-mata dirujuk kepada kes penguasaan Yahudi (Israel) ke atas Palestin.

Penguasaan musuh-musuh ini telah berlaku lebih awal lagi semenjak bermulanya zaman penjajahan. Banyak negara Islam telah dijajah. Bukan saja harta benda dan kekayaan hasil bumi yang mereka kuasai, malah yang lebih penting iman, taqwa dan kehidupan beragama turut terhakis. Keadaan tersebut itu berlaku apabila umat Islam sudah mengabaikan janji terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Apabila umat ini lupa kepada Allah SWT maka Allah SWT melupai mereka. Apabila umat ini tidak bertaqwa kepada Allah SWT, maka Allah SWT tidak lagi membela mereka. Apabila umat Islam lalai, leka, derhaka dan banyak berbuat mungkar maka Allah SWT turunkan berbagai bala dan musibah. Termasuk hilangnya kekuatan untuk melawan musuh-musuh. Sementara itu azab neraka pula sedang rnenunggu mereka yang ingkar ini.

Pertumpahan darah di kalangan sesama Islam adalah kemuncak kepada sifat rakus dan cinta dunia. Juga kerana kebencian dan dendam yang meluap sesama sendiri. Telah berlaku banyak peristiwa seumpama itu. Ramai pemimpin Islam sendiri terkorban angkara perbuatan tangan saudara sesama Islam. Ini semua merupakan bala dari Allah SWT kerana membelakangkan Al Quran. Kalaupun tidak berlaku perang saudara seagama, namun perpecahan, perbalahan, pertelingkahan, kebencian, hilang kasih sayang dan permusuhan sesama sendiri tetap berlaku. Malah ada kalanya sama-sama satu kelompok dalam satu parti atau pertubuhan atau dalam satu kelabpun berlaku yang demikian itu.

Berpegang kepada ajaran Al Quran erti seolah-olah berpegang kepada satu tali yang sama-sama mengikat diri dengan tali tersebut. Itulah tali Allah SWT yang menjamin keutuhan kesatuan ummah. Masing-masing akan terikat hatinya kepada iman yang satu dan syariat yang satu. Kuat dan mendalam kasih sayang serta perpaduan. Perselisihan yang kecil tidak diperbesarkan. Perbezaan pendapat dalam hal yang dibolehkan sangat dihormati. Pengkritik tidak dianggap penentang. Penyokong tidak semuanya atau tidak selalu betul. Prinsip-prinsip ini boleh menghindari perpecahan ummah, jauh sekali dari pertumpahan darah dan peperangan.

Tidak salah kita berusaha untuk membebaskan diri dari bala sama ada penyakit berjangkit, kemarau, kesempitan rezeki, penguasaan musuh dan perang saudara. Malah syariat memang menyuruh kita berbuat demikian. Ertinya tidak boleh berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Namun adalah lebih berkesan sekiranya usaha kita itu benar-benar tepat kepada sasarannya. Iaitu kembali kepada Allah SWT. Yakni usaha lahiriah itu hendaklah disertakan dengan sandaran kepada Allah SWT. Kerana hadis Rasulullah SAW itu menyebut dengan jelas punca segala angkara yang berlaku .

Ambil AIDS sebagai contoh. Secara lahiriahnya is berpunca dari virus HIV. Andainya kita lihat selapis lagi mari kita bertanya dari mana datangnya HIV itu? Dan mengapa HIV itu hanya ditemui akhir-akhir ini apabila seks rambang berlaku di mana-mana? Di situ baru kita dapat lihat betapa di atas kesalahan manusia itu maka Allah SWT datangkan bala tersebut.

Usaha penyelesaian mestilah berlaku serentak iaitu melalui kaedah lahiriah yang saintifik serta kembali kepada mentaati Allah SWT dan menjauhi larangannya. Di sinilah pentingnya para pemikir dan pencinta masyarakat bertindak menjurus ke arah tersebut.

Supaya seribu penyakit boleh disembuhkan oleh satu ubat dan bukan sebaliknya satu penyakit dirawat dengan seribu ubat yang belum tentu kesembuhannya.


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


APA MANAFAAT DARI KRISIS?  


Negara kita sedang dilanda krisis. Kian hari kian meruncing. Masyarakat berpecah-belah. Perpaduan dan kesefahaman sudah tidak ada. Demonstrasi selalu berlaku. Masyarakat sudah tidak bersatu. Sudah tidak boleh bekerjasama. Keamanan dan keselamatan tergugat. Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat meluap-luap. Perselisihan pendapat dan perbezaan fahaman politik amat ketara.



Apabila ditanya kepada pihak-pihak tertentu tentang hal ini mereka berkata ini perkara biasa. Krisis itu membawa rahmat.

Sayidina Ali k.w. dan Sayidina Muawiyah r.a. pun berkrisis. Apa sungguhkah ini benar? Sungguhkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat hingga boleh disamakan dengan krisis yang berlaku di antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah?

Semasa mereka berkrisis, orang tetap berbondong-bondong masuk Islam. Walaupun mereka berkrisis, Islam bertambah kuat dan tanah jajahan Islam semakin meluas dan berkembang. Ekonomi Islam semakin kukuh. Ibadah dan akhlak masyarakat Islam tetap baik dan terpelihara.

Berbeza dengan krisis yang kita hadapi. Semakin berkrisis, semakin ramai orang Islam jadi murtad. Semakin berkrisis, ekonomi Islam semakin merosot dan kuasa ekonomi berpindah ke tangan orang lain. Huru-hara semakin banyak berlaku. Jenayah bertambah-tambah. Keamanan dan keselamatan negara tergugat. Moral dan akhlak muda mudi merosot. Ibadah dan akhlak masyarakat rosak.

Di mana rahmatnya? Di mana baiknya? Di mana untungnya? Yang jelas, krisis yang kita hadapi ini sangat merugikan dan merosakkan. Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah berkrisis dalam kebenaran. Nafsu mereka dan sifat-sifat mazmumah tidak berperanan. Kita berkrisis dalam kebatilan dan kemungkaran. Nafsu dan sifat-sifat mazmumah mereka kita bercakaran. Apa benarkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat? Atau apakah ia satu bala bencana yang Allah turunkan kepada kita kerana dosa, kemungkaran dan keangkuhan kita?

Ini harus kita kaji dan teliti betul-betul. Malanglah bangsa yang menganggap bala bencana itu sebagai rahmat tanpa melihat kepada dosa-dosa yang menyebabkan kemurkaan Tuhan dan tanpa bertaubat dari dosa-dosa tersebut.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Aku Mengadu.....  


Ya Allah, hati ini makin jauh darimu.. hadirlah kembali dalam hatiku... aku ingin sangat mencintaimu...dan aku jua ingin kau menyintaiku.. cinta mencintai antara kita sehingga bertemu di akhirat sana... dunia makin tenat, dan aku seakan hanyut sama seperti orang-orang di sekelilingku... bangunkanlah rohku.. jadikannya benar-benar berperanan... jadikan aku mencintai mati keranamu... aku xnk mati dalam kekufuran.. matikanlahku dalam keadaan menyembahmu, zahir dan batin... tundukkanlah hatiku ini... jangan kau jadikan ia mati...

Wahai jiwaku.. kembalilah kepada fitrah sebenarmu... bukankah kau telah berjanji kepada Allah suatu ketika dahulu...

Wahai iblis laknatullah! Berambuslah dari jiwaku!! Jgn kau bisikkan lagi kejahatan dalam hatiku... cukupklah dosaku yg terlalu banyak ini... x tertanggung siksaan yg akan ku terima di akhirat nanti.. Wahai nafsu yg sering di pengaruhi... kau sering melemahkan badanku ketika ingin melakukan ibadah... mengapakah sikapmu begitu... aku berharap kau kembali kepada jiwa yang tenang( nafsu mutmainnah). Wahai Tuhan.. lemahkanlah nafsuku terutama dalam sembahyangku.. agarku dapat merasakan kebesaranmu.. nafsu dan syaitan ini sering mengganggu aku.. setiap hari dia memusuhiku ketikaku ingin mentaatimu...

Tuhan, Jangan biarkankan aku keseorangan...menghadapi syaitan dan nafsuku... aku ingin mentaatimu dan ku ingin redhamu... kalau engkau biarkan aku, nanti ku akan kecewa lagi...

Ya Allah... kekejaman dan kemusnahan semakin menjadi-jadi di saat ini... di manakah janjimu Tuhan?? Yang engkau sampaikan melalui lidah rasulmu? Bilakah akan hadirnya kebangkitan Islam itu? adakah aku terlibat sama dalam kebangkitan itu? adakah aku membantu kebangkitan itu???

ya Allah... jadikanlah aku bersama golongan yang sedikit.. seperti permintaan sahabat dahulu... dan aku dapat merasai iman seperti mereka... para siddiqin, para syuhada, para solehin..

ya Allah... bersaksilah.. aku merindui para salafussoleh... aku merinduimu Ya Rasulullah.... jika hari ini aku dapat bertemu denganmu, alangkah bahagianya hatiku... ingin melepas rinduku kepadanya...aku ingin berada dalam dakapannya... doanya... wahai para sahabat nabi... alangkah bahagianya hidupmu dapat bersama-sama Rasulullah... bahkan hatimu sangat hebat ketika itu. mungkin tidak seperti yang diceritakan dalam sirah, malah lebih hebat dari itu!

Wahai Saidina Abu Bakar... kau mendengar suatu ketika dahulu, kekasih Allah pernah bertanya kepadamu tentang kerinduanmu pada ikhwan-ikhwannya... kerana ikhwan2 itu sangat merinduimu dan merindui sahabat2mu... sejauh manalah imanku nak di bandingkan dengan imanmu... sudah tentu tidak ade sedikitpun sumbangan imanku jika dicampur dengan iman umat Muhammad untuk digandingkan dgn imanmu.. tapi wahai sahabat nabi, as-Siddiq... aku berharap aku memiliki hati sepertimu dan para sahabat.. yang mana keyakinan kepada Allah itu sangat hebat sehigga kau menyerahkan diri kepada Tuhan tanpa syarat.. kerana hatimu sangatt yakin bahawa Allah menjaga kamu dan Allah menjaga Agamanya...

“...sesungguhnya orang mumin yg sebenar/sejati, walaupun belum sampai ke tahap muqarrabin.. tetapi setidak2nya mukmin yg soleh, bila di sebut nama Allah, gementar hati mereka, hatinya takut, hatinya rasa hebat.. bila dibaca ayat2 Allah, bertambah iman mereka dan lantas menyerah diri bulat2 tanpa syarat..”

Ini kuliah yg telah ku dengar berulang2 dan masih tidak boleh aku realisasikan...

Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati.. kuatkanlah hatiku, agar keyakinanku tidak berubah.. supaya hatiku sentiasa tabah.. Tuhan, egkau rasakan ke dalam hatiku sentiasa bersamamu.. supaya aku rasa ada kawan yang melindungku... agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku.. justeru malu melanggar perintah dan aku sentiasa bersiap sedia melaksanakan setiap perintahmu...

Tuhan.. bantulah aku menyuburkan mahmudah dalam diriku.. dan bantulah aku memusnahkan mazmumahku satu persatu... aku ingin sangat hati ini bersih..

Ya Allah.. berilah hidayah kepada semua orang yang ada jasa padaku... pada ibu dan ayahku... membesarkanku dengan didikan iman dan Islam.. hingga hari ini tidak putus-putus mengajar aku tentang Tuhan dan mengingatkanku untuk menjaga hati... agar aku tidak rosak dalam dunia yang dibungkam jahiliyah...

Pada Baba yang tidak jemu-jemu mengadakan program untuk anak-anak ini.... aku mendoakan kesejahteraaanmu bersama rahmat Allah dan keberkatannya.. engkau lebih aku cintai di sini kerana engkau sering memberi harapan untuk aku membaiki diri... biarlah kata orang aku telah berubah... tetapi aku berbangga kerana aku sedang mengharungi jalan yg sepatutnya dilalui oleh setiap mukmin.. aku menyatakan tidak! Sekali-kali tidak kepada kehidupan sekular yg sungguh rosak dan merosakkan... engkau memberi harapan untuk aku terus menghidupkan hati dengan ayat-ayat Allah, janji- janji Allah, ancaman-ancaman Allah, berita-berita gembira dan segalanya dari Allah... terima kasih Tuhan kerana menghantar seorang dutamu ke institut ini untuk mengembalikan hati yang telah jauh menyimpang dari jalanmu yg sebenar.. itu suatu rahmat darimu yang tidak dapat aku ceritakan betapa nikmatnya berada di atas jalanmu ini....

Bersaksilah teman-temanku... hidup ini penuh dengan keindahan yang tersirat maksudnya dari Tuhan... jalan Tuhan memang berliku, tetapi jalan kedurhakaan sangat mudah ditempuh... begitulah kehidupan nabi dan sahabat2.. penuh rintangan dan cabaran... baru beroleh rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat... kita belum lagi di uji seberat mereka... iman kita tidak sehebat mereka.. kerana kita telah meninggalkan mereka.. kita tidak mengikut jekak langkah mereka... malah langsung tidak membaca sirah hidup mereka...

Ya Allah... selamatkanlah kami semua dari sebarang bencana.. ampunkanlah kami atas keterlanjuran kami... kurniakanlah rahmat dan berkatmu ke atas kami... semoga kami bersama golongan manusia yang mendapat kasih-sayangmu...cintamu.. ameen..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KATEGORI UMAT ISLAM  



Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum.

Kategori-kategori tersebut ialah:

1. Orang yang abai
2. Orang yang cuai
3. Orang yang lalai
4. Orang yang bertaqwa


ORANG YANG ABAI

Ertinya orang yang mengabaikan Tuhan dan syariat Tuhan. Dia itu Islam mungkin kerana datuk neneknya Islam dan emak ayahnya Islam. Maka secara automatik, dia pun Islam. Namun dia tidak fikir tentang Tuhan dan tidak fikir tentang syariat Tuhan. Dia tidak fikir tentang ibadah dan dia tidak fikir tentang halal dan haram. Tuhan ada atau tidak, tidak penting baginya. Tuhan ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.

Begitulah rasa hati orang yang mengabaikan Tuhan.Dia hidup mengikut gaya dan corak yang disukainya. Tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Lebih tepat lagi, dia mengikut hawa nafsunya. Kalau kita tanya apa agamanya, dia kata dia Islam. Tetapi Islam itu tidak nampak pada dirinya, peribadi dan tingkah lakunya. Islamnya hanya berdasarkan keturunan dan warisan.

ORANG YANG CUAI

Ini baik sedikit dari orang yang abai. Orang cuai ini, dia rasa bertuhan tetapi di waktu-waktu yang tertentu sahaja terutama di waktu dia susah, di waktu dia sakit dan di waktu dia diuji. Di waktu-waktu itu dia mengeluh, “Wahai Tuhan!!” Waktu senang, dia langsung tidak ingat Tuhan. Ibadahnya mengikut keadaan. Apabila dia tidak sibuk dia beribadah ala kadar. Apabila dia sibuk atau dia tidak ada mood, dia tidak sembahyang dan tidak puasa. Begitu juga dengan perkara halal haram. Ada masa dan dalam sesetengah hal, dia tidak buat yang haram. Pada masa dan dalam sesetengah hal yang lain pula, dia selamba sahaja buat yang haram.

Dengan kata-kata yang lain, orang yang cuai ini, dia buat sedikit tetapi banyak yang dia tidak buat. Sebahagian kecil dia buat, sebahagian besar dia tinggalkan. Atau dia buat suruhan agama bermusim- musim. Dia tidak rasa menyesal dan tidak rasa bersalah atau berdosa di atas semua itu.

ORANG YANG LALAI

Orang ini, soal lahiriahnya termasuk ibadahnya sangat baik dan tidak boleh dipertikaikan. Semuanya selesai, semuanya beres. Kalau dipandang secara lahir, orang akan kata dia orang agama, orang baik, ahli ibadah. Segala rukun Islam dibuatnya, ditambah pula dengan yang sunat-sunat. Dia buat umrah, baca Quran,wirid dan zikir. Tasbih sentiasa di tangan. Orang ramai sekampung memujinya. Mereka kata, “Baik orang itu.” Amalan agamanya yang lahir beres. Syariat lahirnya selesai. Yang tidak selesai dan yang tidak beres ialah hatinya.

Semakin banyak beribadah, dia semakin tamak, semakin bakhil, semakin hilang rasa takut dengan Tuhan, semakin tidak ada rasa hamba dan dia rasa selamat dengan ibadahnya yang banyak itu. Dia tertipu dengan sembahyang dan ibadah-ibadahnya yang lain. Orang melihat dia seperti beragama tetapi hakikatnya dia adalah orang yang lalai. Manusia kata dia baik tetapi Tuhan kata dia tidak baik sebab hatinya tidak takut dan tidak cinta dengan Tuhan. Dia masih megah, angkuh, cinta dunia dan gila puji walaupun sembahyangnya banyak, puasanya banyak, baca Quran, wirid dan zikirnya banyak. Tuhan kata dia orang yang lalai. Walaupun dia tidak lalai dengan ibadah lahiriah tetapi hatinya lalai dengan Tuhan.

Hakikat ini membuatkan kita cemas. Orang yang dianggap beragama pun tidak selamat kerana faktor lalai. Dan lalai itu bukan perkara lahir tetapi perkara hati. Tidak takut Tuhan, tidak takut dengan dosa, itu termasuk lalai walaupun sembahyang banyak, puasa banyak, wirid, zikir dan baca Quran banyak.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang yang bertaqwa pula dia sempat buat ibadah yang wajib sahaja. Ibadah-ibadah sunat kurang. Itupun ibadah sunat yang dibuat hanya yang besar-besar sahaja. Yang kecil-kecil tidak dibuat. Kalau dibandingkan ibadahnya dengan ibadah orang yang lalai atau ahli abid, sangat jauh bezanya. Banyak kurangnya. Tetapi dia takut dan cinta dengan Tuhan. Rasa bertuhannya tebal. Hatinya sentiasa rasa tidak selesai dengan Tuhan.

Dia tidak rasa dirinya baik malahan dia rasa dirinya orang yang paling jahat, hina dan tidak berguna. Inilah orang yang bertaqwa.Walaupun dia buat ibadah yang wajib sahaja dan yang sunat kurang, namun dengan Tuhan hatinya sentiasa bergelombang dan bergelora macam air laut yang tidak pernah tenang. Dia kurang buat ibadah-ibadah sunat yang kecil-kecil sebab terlalu sibuk, terlalu letih dan tidak ada masa kerana terlalu banyak membantu dan menolong manusia serta membuat kerja-kerja masyarakat. Masanya banyak dimanfaatkan untuk orang ramai.

Ibadah hablumminallahnya kurang tetapi yang hablumminannasnya banyak. Ibadah ini lebih besar pahalanya dari ibadah-ibadah sunat. Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.” Memberi manfaat kepada manusia lain dengan tenaga, ilmu, minda, kuasa, wang ringgit dan lain-lain itu adalah lebih besar. Buktinya orang yang banyak ibadah pun tidak sanggup hendak berbakti, berkhidmat atau berkorban apa yang ada padanya untuk manfaat orang lain.

Orang bertaqwa tidak membuat dosa. Kalau dia sedar dia terbuat dosa, sehari suntuk jiwanya akan terseksa. Dia rasa menyesal, menderita dan dukacita. Dia akan buat ibadah-ibadah tambahan yang lain untuk menutup dan menebus dosanya itu. Begitulah kategori orang-orang Islam berdasarkan apa yang disebut dalam Quran dan Hadis sebagai zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Mengikut kategori-kategori ini, barulah kita tahu dan sedar tentang letak duduk orang bertaqwa berbanding orang yang abai, cuai dan lalai. Umat Islam sekarang ini hina-dina di mana-mana, tidak dibantu, tidak dilindung dan tidak dibela oleh Tuhan kerana orang Islam yang bertaqwa terlalu sedikit jumlahnya. Ia masih kumpulan minoriti.

Yang terbanyak ialah orang Islam yang abai, diikuti orang Islam yang cuai dan lalai. Tuhan tidak membantu dan tidak membela orang Islam yang abai, cuai dan lalai ini. Tuhan hanya akan membantu orang Islam yang bertaqwa sahaja. Di Akhirat nanti, hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


APA ERTI BENCANA ALAM KEPADA MANUSIA  


Salji jadi punca 60 kenderaan berlanggar

Anggota penyelamat berusaha mencari mereka yang cedera dalam kemalangan sejumlah kenderaan akibat jalan bersalji di Austria, semalam. – AFP.

SEEWALCHEN Austria 26 Mac – Seorang penumpang terbunuh dan enam lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan hampir 60 kenderaan di sebuah lebuh raya di bahagian barat laut Austria.

Kemalangan itu dipercayai berpunca dari timbunan salji-salji tebal yang turun dan memenuhi Lebuh Raya A-1 bagi menghubungkan Vienna dan Salzburg.

Kejadian itu menyebabkan seramai 45 anggota polis dan 150 anggota penyelamat berkejar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan.

Ulasan:
Maksudnya: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan) yang demikian itu supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak suka setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Al- Hadid: 22-23)

Jelas bahawa memang Tuhan yang mengaku sendiri bahawa Dia yang buat kerja itu (dengan sebab-sebab tertentu), kemudian mewahyukan kepada Rasulullah, bahawa kerja menghancurkan negeri dan kaum itu sebagai hukuman. Kalaulah kita sudah belajar ilmu ini, tentu kita tidak pertikaikan lagi. Tapi sayang ilmu tentang hidup begini sudah tidak dibaca lagi. Biar kami jelaskanlah bahawa Tuhan lakukan itu, bukan untuk kita bersedih hati sangat. Memang patut kita dihukum, apa nak disedihkan. Sepatutnya kita cepat-cepat minta ampun, dan mintalah Tuhan pimpin kita agar jangan ulang lagi kejahatan sebelumnya. Nikmat yang hilang itu, semuanya pemberian Dia. Kalau Dia tarik balik, kita boleh minta semula. Dia kan Maha Pemurah. Jangan bimbang tentang rezeki. Hidup lagi itu pun rezeki Dia yang beri, tentu masalah rezeki akan diselesaikan-Nya. Kalau tidak tentu Dia matikan juga kita seperti yang lain-lain itu.

Persoalan yang mesti kita semua fikirkan ialah bagaimana dan apa program hidup selepas ini, supaya benar-benar jadi hamba dan khalifah Tuhan, dan tidak lagi jadi hamba dan khalifah nafsu dan syaitan? Jadi tujuan dikhabarkan bahawa Tuhan marah dengan sikap-sikap sebelum ini adalah dengan tujuan kaunseling dan motivasi agar jiwa-jiwa mereka bangkit semula dengan penuh azam dan keinsafan untuk hidup lagi bersama Tuhan, berbakti dan berkhidmat pada-Nya dengan penuh kehambaan dan sebagai khalifah-Nya. Persoalan makan minum kecil saja. Kalau kita selesai dengan Tuhan, rezeki itu mudah saja sebenarnya. Seseorang yang tahu gurunya pukul sebab dia malas belajar, tentunya akan mengambil sikap rajin selepas itu. Hamba yang faham Tuhannya dengan bencana yang berlaku dalam dunia ketika ini, tentu akan bertanya dan menjawab, bahawa aku telah sombong dengan Tuhan. Maka Tuhan pun sombong dengan aku. Oleh itu, selepas ini aku akan ikuti cara hidup yang Tuhan perintahkan, yang diikuti oleh Orang-Orang Soleh, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul supaya Tuhan tidak marah lagi!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KAEDAH MENGHADAPI REMAJA BERMASALAH (5)  

9. Beri nasihat dalam berbagai bentuk

Nasihat, walaupun isinya baik, bila disampaikan secara formal, kurang berkesan kepada anak didik. Kreativiti guru dalam menyampaikan nasihat adalah diperlukan agar tercapai matlamat. Bentuk-bentuk nasihat yang boleh digunakan misalnya:




9.1 Perbincangan ringan

Dibawah ini adalah contoh bagaimana disaat makan pun seorang ayah boleh memberikan nasihat yang baik pada anaknya.

Dikisahkan seorang anak yang menginjak usia remaja, Thalut, merasa ayahnya mengekang dia dari kebebasan, hingga dia merasa ayah tidak sayang padanya. Sedangkan si ayah, kerana sayangnya pada Thalut, tidak selalu memberikan izin untuk dia melakukan perkara-perkara yang memang tidak baik. Pada suatu malam, diwaktu makan, terhidanglah berbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Lepas makan, dengan sabarnya si ayah membasuhkan tangan Thalut.

Ayah pun berkata : “Thalut, sedap ke makanan ini?”

Thalut : "Alhamdulillah, sedap"

Ayah: “Ini waktu ayah tak sayang. Ada ikan, ayam, sayur, ini waktu ayah tak sayang. Waktu ayah sayang, macam mana agaknya ya? Tolong doa agar ayah sayang semua anak . Kalau sayang, mungkin kambing terhidang di depan kamu.”

Thalut pun malu, merah mukanya. Ia sedar bahwa ayah telah memberi terlalu banyak padanya. Jauh sekali dari tidak menyayanginya.


9.2 Bentuk surat




Imam Ghazali juga pernah menggunakan kaedah menulis surat dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Ada ulama yang cuba menterjemahkan surat itu menjadi sebuah buku kecil :Ya Ayyuhal walad: Wahai anakku”.

Zaman Imam ghazali tidak ada masalah black metal, skin head, dll. Tetapi masa kini, masalah yang dihadapi lebih kompleks. Di sana sini kerosakkan sudah memuncak.

Dalam buku ‘surat-surat dari ayah pejuang, untuk anakku’, yang disertakan dalam pakej yang sama dengan buku ini, terdapat beberapa contoh surat yang begitu dalam isinya namun begitu seni dalam penyampaiannya.

Semoga dapat menjadi tatapan dan renungan kita bersama. Menurut pengalaman yang ada, dimana surat-surat tersebut dibacakan, bukan saja menyentuh perasaan para remaja yang mendengarnya, juga para guru, pemimpin dan para ibu dan ayah.


9.3 Perbincangan empat mata, dari hati ke hati

Perbincangan empat mata, dari hati ke hati ini juga cara yang cukup berkesan. Dengan cara perbincangan yang berkasih sayang, si anak akan merasa bahawa dirinya diperhatikan. Bahawa dirinya juga adalah sebuah aset yang sedang dibina. Perbincangan cara ini juga boleh menjadi alat untuk mengenal pasti sejauh mana perkembangan akal, jiwa dan terdidiknya nafsu anak didik.


10. Sekali sekala beri hadiah atas prestasi mereka

Untuk lebih mendorong mereka baiki diri dan juga bertambah erat kasih sayang guru dan murid, sekali sekala beri hadiah atas prestasi mereka dengan hadiah yang bermanfaat, yang mereka pun memerlukannya seperti pakaian, kain, buku, dll atau dengan diberi hiburan yang harus: berenang ke pantai, makan-makan, dll


11. Adakalanya diberi hukuman

Bila anak didik sudah mulai merasa bahwa guru sayang padanya, bila dia melakukan suatu kesalahan, bila dengan nasihat kurang berkesan, boleh diberi hukuman. Namun bila mereka belum lagi merasa guru sayang padanya, mereka pun belum lagi dapat didisiplinkan, hukuman bukan pilihan terbaik. Tapi bila mereka sudah sedia, hukuman pun mereka rasa kasih sayang dari guru kepadanya. Hukuman hendaklah diberikan dengan cara yang tidak menghinakan tetapi memberi keinsafan.



Contoh, bila anak-anak sudah mulai dapat disiplin sembahyang berjemaah, nak ditingkatkan kepada sembahyang awal waktu yang istiqamah, bila dengan nasihat tetap sering masbuk, boleh dihukum dengan 2 pilihan:

1. Sembahyang sunat 6 rakaat, sebagai rasa menyesal pada Tuhan

2. Tidak makan satu kali makan, iaitu waktu makan yang bertepatan dengan dia masbuk. Misal untuk sembahyang zuhur, kerana masbuk dia tak makan siang.


12. Doa, rintihan dan taubat ibu bapa dan pendidik

Untuk melahirkan manusia yang kuat hubungannya dengan Tuhan, manusia yang berperibadi agung, patutnya mereka dikenalkan pada Tuhan sejak mereka kecil lagi. Bila sudah kenal, lahir cinta dan takut Tuhan maka akan lahirlah manusia-manusia yang akan berbuat apa saja untuk Tuhannya, dan takut untuk melakukan kejahatan kerana sentiasa merasa diperhati oleh Tuhan.

Oleh itu untuk membaiki keadaan, perlulah kiranya para ibu bapa menyedari bahawa apa yang berlaku pada anak-anak adalah kerana dosa orang tuanya. Dosa ayah dan ibu boleh menghalang anak-anak untuk berubah. Oleh itu agar anak-anak boleh mudah berubah, ayah dan ibu kena banyak-banyak bertaubat.

Ibu bapa perlu menyedari bahwa mereka perlu melahirkan kerja sama dengan pihak pendidik dalam usaha mengembalikan fikiran dan hati anaknya pada nilai-nilai Tuhan. Bila ibu bapa kurang memberikan kerjasama, bahkan setengahnya kadang tak percaya pada guru bahwa anaknya bermasalah, maka susahlah hati anak untuk berubah. Mereka akan sentiasa merasa ada pembela. Padahal bukanlah suatu perkara yang susah bagi anak yang dah rosak untuk menipu orang tuanya. Boleh berlakon ‘sufi’ di depan ibu ayah, sedangkan di belakangnya mereka buat perkara-perkara yang jahat.

Ibu bapa juga jangan mengambil ringan apa yang dibuat oleh anak, dengan mengambil standard nilai kerosakan manusia di zaman sekarang. Dengan kata lain, adalah salah bila seorang ibu berpendapat bahawa anaknya cukup baik dengan hanya hisap rokok sekali seminggu saja, sebab dia tengok, yang lain lebih teruk dari itu. Padahal tentu saja sepatutnya kita sedari bahwa merokok 1 batang hari ini, boleh jadi satu kotak minggu depan. Lebih penting dari itu, baik tidaknya anak kita mesti diukur dari nilai baik menurut standard Islam, standard Tuhan, iaitu di mana anak disebut baik bila dia melakukan hal-hal yang baik secara lahir, dengan didasari oleh Tuhan dan syariat. Bila tidak, maka kita perlu waspada dengan keadaan anak kita, yang sewaktu-waktu boleh menjadi sangat jahat bila ia berada di lingkungan yang mendukung ke arah itu.

Rintihan, doa, tangisan ibu bapa pada Tuhan, yang harapkan anaknya berubah adalah satu senjata juga untuk terbukanya hati anak-anak untuk menerima kebenaran.

ITULAH point-point yang perlu diperhatikan dalam kita melaksanakan kaedah TRANSIT dalam menangani masalah remaja yang telah rosak.
Lamanya tempoh dalam kawasan transit ini, waktunya relatif.

Tidak sama antara satu individu dengan individu lain. Oleh itu guru kena mengenal betul-betul anak didiknya, kenal akal, nafsu dan rohnya. Walaupun tentunya penangannya beberapa individu dapat dibuat secara berkelompok, menurut level masalahnya.

Bila mereka sudah melalui tempoh transit, dimana anak didik sudah mulai stabil, patutnya dia sudah boleh berfikir perubahan apa yang dia kena buat. Atau sepatutnya dia sudah mulai befikir bagaimana yang terbaik yang mesti dia lakukan. Apa yang Allah mahu manusia melakukannya. Dalam keadaan demikian, pemberian ilmu dan didikan sudah boleh diberikan dengan mengikut langkah yang kedua, pendidikan untuk dapat menanamkan cinta dan takut pada Tuhan. (sila rujuk buku ‘ Pendidikan Rasulullah’ tulisan ASIAMAT)

Kita yakin hanya Tuhanlah yang memberi bekas. Semoga Allah tidak akan mensia-siakan usaha ini walaupun kita tidak cukup syarat untuk menerima bantuan dari Allah. Namun Kita mesti berusaha bertungkus-lumus, secara lahiriah dan rohaniah, secara ilmu dan amaliah, secara quwwah dan secara taqwa.

SEKIAN

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


KAEDAH MENGHADAPI REMAJA BERMASALAH (4)  

KAEDAH TRANSIT


7. Didik mereka dengan kesusahan



Banyak remaja bermasalah yang lahir dari kemewahan. Didikan dalam bentuk kesusahan akan memberikan kesan yang cukup mendalam. Bukanlah satu kebetulan bila Allah menyusah-nyusahkan orang-orang Tuhan dimasa kecilnya untuk kemudian menjadi orang besar Tuhan.

Walaupun keadaan di tempat kita tidaklah susah, namun pendidikan dengan kesusahan dapat tetap dijalankan dengan kaedah sebagai berikut:




* Kita dapat membawa pelajar ke tempat orang-orang yang susah. Bila kembali dari tempat tersebut, kemudian kita ulas.

Bila melihat rumah yang buruk-buruk di jalan, kita dapat sampaikan kepada anak didik kita:

“Tengoklah orang ini. Agamanya tidak ada, rumahnya buruk, makannya susah. jauhnya nasib dia dengan nasib kita. Seolah-olah dibandingkan hidup kita dengan hidup mereka, macam hidup seorang raja dengan hidup seorang rakyat. Sedangkan mereka itu hamba Tuhan juga, mengapa Tuhan buat mereka begitu. Tuhan boleh buat begitu pada kita juga. Siapa hendak tinggal di rumah itu sehari dua? Jangan sampai nikmat itu tidak disyukuri hingga jadi macam orang Iraq sekarang yang setiap hari hidup berdepan dengan peluru.”

Nanti mereka akan insaf bahwa selama ini tidaklah tepat bila mereka rasa tidak berguna, mereka susah, tidak dapat kasih sayang rupa-rupanya hidup mereka lebih istimewa.

* Bawa anak didik ke gunung, atau pantai, ajar mereka masak dengan cara tradisional, agar mereka sedar bahwa kehidupan kita jauh lebih mudah dibanding dengan cara-cara orang kampung dahulu. Dengan demikian semoga mereka lebih bersyukur atas apa yang Allah beri.

* Ceritakan pada mereka tentang tak berharganya dunia dan tentang keutamaan orang miskin disisi Tuhan. Hingga Rasul SAW pun berdoa pada Tuhan untuk hidup miskin dan dikumpulkan dengan orang-orang miskin. Contoh cerita yang dapat disampaikan misalnya:


A. Hari Jumaat disebut ibu hari atau sayidul ayyam atau penghulu hari untuk semua hari. Bagi orang biasa, maka di hari itu Tuhan berikan pahala penghulu hari. Namun bagi orang miskin yang bertaqwa, di hari itu dia mendapat pahala yang nilainya seperti naik haji. Begitulah Tuhan muliakan orang miskin. Tidak sama orang miskin yang bertaqwa dengan orang kaya yang bertaqwa. Katalah ada orang bertaqwa, hidup selesa, maka dia dapat pahala penghulu hari saja, ada pahala yang dilebihkan Allah , tapi tidak dapat pahala haji. Tapi kalau orang miskin bertaqwa setiap hari Jumaat naik haji. Itulah rahmat Tuhan. Khatib sering sebut bahwa Jumaat adalah penghulu hari tetapi tak faham tentang rahmat Tuhan yang berkait dengan orang miskin ini.

B. Rasul saw pernah bersabda:

Maksudnya :" 2 rakaat solat sunat orang miskin tidak sama dengan 100 rakaat orang kaya"

8. Beri latihan berdikari dan berekonomi




Anak yang biasa dimanjakan kelak mereka tidak akan mampu untuk mujahadah. Jiwanya tidak pernah dibiarkan lasak sendiri. Pada usia dimana mereka sebetulnya boleh dilatih memasak, ibu yang memanjakan anaknya akan berkata biarlah ibu yang memasak. Padahal dengan melatih mereka memasak, ada didikan disebaliknya. Dengan latihan memasak, mereka akan tahu bagaimana menyalakan api, bagaimana menunggu nasi masak. Anak yang biasa dimanjakan, tidak akan tahu bertanggung jawab. Kelak, bila berhadapan dengan ujian dalam hidupnya, dia rempuh saja: ”malaslah aku, tak larat lah aku.”

Mujahadah tak ada dalam kamus hidupnya. Contoh, di usia remaja, bila dia suka dengan seorang perempuan, kerana dah biasa bermujahadah, dia akan mengatakan itu tidak baik. Dia akan coba untuk mengontrol dirinya. Tapi bila dari kecil tak biasa begitu, maka dia akan merempuh, tidak pandnag halal atau haram, ambil saja perempuan itu.

Latihan lain adalah kemas bilik, asrama dan persekitarannya. Begitu juga dengan membasuh pakaian, menghidang makanan dan kemas-kemas selepas makan.

Selain dengan memasak dan tugas-tugas persekitaran rumah, latihan berdikari juga dapat dilakukan dengan mengajar mereka untuk membuat projek ekonomi, dimulai dengan projek ekonomi skala kecil, misal makanan harian.


...akan bersambung...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster