madah

.Apabila Allah membantu usaha-usaha hamba-Nya yang mukmin dengan keredhaan-Nya, sama ada di sudut ekonomi, pembangunan, ketenteraan dan lain-lain kerana ketaqwaan hamba-hamba-Nya, terutama pemimpin, di samping mendapat kejayaan dan pahala, ia berlaku sekali dengan sifat-sifat terpuji seperti merendah diri di dalam kejayaan, timbul perpaduan, keharmonian, pemurah, bertimbang rasa, bertolak ansur, jujur, taat, setia, sabar, redha, adil, terlalu sedikit maksiat, masyarakat bersih daripada gejala-gejala tidak sihat. Tapi apabila usaha-usaha kita berjaya dengan kemurkaan (dengan istidraj) justeru di dalam kita membangun masa yang sama kita derhaka kepada-Nya akan berlaku side effect dari kemajuan itu iaitu lahir orang-orang yang jahat, timbul kerosakan akhlak, terjadi perpecahan, perbalahan, perpaduan punah, disiplin hidup tiada, berfoya-foya, pergaulan bebas, menjadi-jadi zina, dadah, masyarakat huru-hara, hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan. Kemajuan yang pesat hanya boleh dimegah-megah dan dibangga-bangga sahaja, namun hidup terseksa. Di sinilah perlunya keredhaan dan berkat dari Allah di dalam semua usaha kita.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah