Hanifa hannan 2

Salam wrt...

Hanifa sudah berusia 2 bulan...
Kemarin, ummimu memandumu ke klinik untuk check up...
Alhamdulillah.. beratmu sudah 4.1kg... ketinggianmu makin bertambah...
49cm kepada 55cm...
Kau sudah pandai bermain sendiri...
Boleh diacah2... sudah mula belajar senyum...

Ayah pula telah menjadi bapa selama 2 bulan...
Banyak perkara yang ayah belajar dari kamu hanifa...
Tekadang, kesabaran teruji menghadapi anak pertama...
Tetapi, dengan cabaran itulah....
Ayah semakin menyayangi kamu, hanifa...

Harapan ayah...
Kau menjadi seorang yang bijaksana...
Hafizah Al-Quran...
pemberi syafaat kpd kami di negeri akhirat...
Memimpin tangan kami menuju syurga Allah yg sangat indah...
Menjadi seorang anak yang....
Mentaati Allah dan rasul...
Mentaati ibu dan ayah..
Menghormati org tua serta menyayangi org muda...
Amal makruf... nahi mungkar...
Moga subur jiwamu dengan sifat2 mahmudah.. syukur, sabar, redha,  tawakal, pemurah, pemaaf, penyayang..
Moga Allah pelihara kamu dari segala doaa dan kejahatan yg pernah ayah ummi lakukan..

Ummimu terlalu menyayangimu...
Tergambar wajah kerinduan kpdmu...
Kasih sayang dicurahkan sepenuhnya buatmu...

Sabtu ini raya haji.. tahun ini dijangka haji akhbar.. sebab wukuf hari jumaat...

Moga hidup kita penuh keberkatan dariNya... ameen..
InshaaAllah.

Dengarlah Kawan

Kawan...
Apalah yang kau kesalkan...
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan..
Kerna kebenaran dihina....
Jangan kau ragu dalam perjuangan...

Kadang kadang kawan jadi lawan...
Kadang kadang lawan jadi kawan...
Apalah di sedihkan hati...
Para pejuang selalu kekurangan...

Jangan sedih selalu tersisih...
Bukan kau saja ditimpa malang...
Lihatlah para rasul mulia...
Diri tersiksa mederita...
Tetapi mereka merasai ramai...
Walaupun keseorangan...

Mereka memadai dengan Tuhannya...
Itulah kebahagiaan...
Di waktu sempit seorang diri...
Kawan apalah disedihkan hati....

Jatuh cinta

Tib-tiba aku jatuh cinta
Bukan sekali
Tapi berkali-kali
Padamu kekasih...
Aku asyik

Tiba-tiha aku jatuh cinta
Ketika kau fahami
Sewaktu kau merasai
Padamu isteri...
Aku terpesona

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan pada wajah
Pun bukan pada tingkah
Hanya pada bicara hatimu
Aku rindu

Tiba-tib aku jatuh cinta
Terasa mesra dan serasi
Apbila kau dan aku
menjadi satu...
Kerana yang SATU

Hanifa Hannan 1

Salam wahai anakku...
Ayah ingin bercerita...

Kini sudah genap sebulan 5 hari kau di dunia. Wahai insan yang diberi nama Nurul Hanifa Hannan...

Selama sebulan ini jua ayah melihat kegigihan ummi untuk mnjadi seorang ibu mithali trhadap anak pertamanya.. belajar mnjadi ibu manakala ayah belajar mnjadi seorang bapa... cuma ayah tidak sehebat ibumu..ayah akui...

Kadang2 smpi tidak tidur malam dek kerana melayan kehendakmu... ketidakselesaaanmu.. keadaanmu kdg2 agak merisaukan ummi dan ayah... maklumlah.. anak pertama..

Takut hanifa kuning.. kami bawa ke hosp salam.. kami bawa ke klinik Azmi... ambil drh.. kami bawa juga ke kk m.tanah.. risau akan hanifa yg ditatang bagai minyak yg penuh... kami bawa dlm mjlis tahnik & marhaban.. walaupun kena marah sbb blik malam2...

Pernah ibumu sakit dada dan sesak nafas... x keruan ayah nk buat apa... hanifa menangis nkkn umminya.. tp ummi seakan2 sudah hilang tenaga... ayah papah ummimu ke kereta.. tros ke hosp tampin... wanlah mnjaga hanifa... terima kasih kpd wan...

Semua ibu melalui jalan yg sama... dalam mmbesarkan anak... disusukn anak dgn penuh kasih sayang...  dimandi, dibedakkan, dibedung... dibelai penuh manja.. dgn harapan bila besar nnti hanifa jadi anak yg boleh beri byk mnfaat pd semua orang...

Ayahmu sibuk mncari rezeki. Sementara ibumu masih bercuti... ibumu sgt memahami ayah... sgt sygkn kamu & ayah...

Majlis aqeqahmu telah selesai.. rmbutmu tlh dicukur.. di timbang dan duitnya tlh disedekahkn pd fakir miskin.. moga pertumbuhanmu dlm rahmat Allah...

Ibu dan ayah gembira.. berat hanifa tlh brtmbh.. dari 2.9kg kpd 3.4 kg.. alhamdulillah...

Wan dan atokmu di kampung sronok mnerima kehadiranmu.. kerisauan kami, kerisauan mereka juga... sangat ambil berat trhdp cucu2nya... trimas wan atok....

Sekian buat masa ini... Hanifaku sayang... jika ayah tiada.. tlg gembirakan ummi ya. Jadi hafizah quran ya. Pimpin tgn  ummi & ayah ke syurga... :)

Siti hajar & ismail pengajaran besar

Sofwa dan marwa
Kisah bermula
Siti hajar behati mulia
Taatkan Allah jua suaminya
Biarpun hidupnya penuh derita

Nabi Ibrahim, suami tercinta
Menerima wahyu perintah Allah
Suatu suruhan mengandungi hikmah
Perintah Allah segera dilaksana

Di padang tandus hajar ditinggalkan
Tiada teman, tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan

Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan, susu kekeringan
Menangis ismail kerana haus kelaparan
Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakan kaki anaknya.

Anakku

Salam wrt..
Duhai anak.. kini kau sudah 8 bulan dlm kandungan ibumu...  ibumu membawamu ke sana sini selama 8 bulan ini.. engkau makin membesar... ibumu kelihatan letih.. tapi terus bersemangat kerana tidak sabar menanti kelahiranmu ke dunia.. ayah jua begitu.. moga Allah jadikan dirimu penyejuk mata hati kami.. ameen.. insyaAllah.. moga Allah mudahkn urusan kelahiranmu.. insyaAllah..ameen

Ramadhan kareem..

Alhamdulillah.. ramadhan kareem sudah berbelas2 hari... aku masih di sini.. keseorangan mncari ilahi... masih samar2 dlm pencarian.. di manakah jalannya... di manakah halawatul iman?

Rezeki Allah mencurah2.. tanggungjawab pun bertambah.. moga Allah mudahkn urusanku serta shbt2ku.

Usia kandungan Isteriku sudah 8 bulan lebih.. x lama lagi aku akan diamanhkn dgn seorang anak.. moga Allah pandu aku.. aku perlukn panduan..

Peliharalah aku serta keluargaku.. jadikan kami mukmin taqqiyin... ameenn

....

Ya Allah. Berikan aku kekuatan! Mudahkan segala urusanku. Murahkan dan berkatilah rezekiku...

Ameen (",)

Sunyi..

Salam... apa aku hari ini?
Sudah lama ku berkelana di bumi Tuhan ini..
Sudah masuk 27 tahun.  Di mana aku bermula dan di mana akhirnya.. dunia kian kusut.. bermacam2 perkara sudah dan sedang berlaku..
Di manakah aku?
Aku sendirian...
Kemanakah hala tujuku?..
Apakah aku di dalam keimanan yg sebenar?

Perjalanan bermula dgn seorang guru.. kini,  tahun ini, sudah terlibat dengan perniagaan... benarkah jalanku ini?

Apa matlamat hidupku?

Ke mana laluanku sebenar?

Sunyi.. tiada jawapan...

April sudah tiba

Salam wrt. Alhamdulillah. Lama dah berhabuk blog ni. Sekarang tengah mesyuarat pengakap. Dah pukul 4.30 ptg. Jap lagi kena keluar. Nak ke Hospital Serdang melawat ayah mertua. Ayah dah potong jari kaki. Diabetis. So, hari ni nak pergi melawat.

Manakala di Hospital Seremban pula, zaf sedang buat pesentation ortho. Moga dipermudahkan. Jap lagi nak ke sana, ambil zaf dan terus ke hospital Serdang.

Moga Allah permudahkan perjalanan aku di dunia ini. Moga membawa bekal yang banyak untuk akhirat!

Teknologi "mencabar" teknologi

Hari ke-6 kehilangan MH370, dunia terus terpinga-pinga. Teknologi yang sudah dituhankan oleh sebahagian besar manusia juga menemui jalan ‘mati’.

Teknologi tidak bersalah, yang bersalah adalah manusia yang menjadikan teknologi sebagai tuhan baru mereka. Segala-galanya dirujuk kepada teknologi atau sains.

Ungkapan yang banyak tersebar di media social khususnya facebook, “bila kuasa sains berakhir, bermulalah kuasa Tuhan” adalah sebaris ungkapan sesat dan menyimpang jauh dari aqidah Islam.

Sains tidak berkuasa. Sains hanya mengkaji, menghurai dan mengolah segala ciptaan Tuhan.

Sains tidak berupaya mencipta sesuatu yang baru melainkan hanya mengadun dan mengolah bahan-bahan yang telah diciptakan oleh Allah.

Sepertilah tukang masak. Mereka hanya mengolah atau mengadun bahan-bahan dari pelbagai jenis untuk dijadikan menu baru, mengikut keperluan dan kesesuaian setempat atau semasa.

Sebelum kita memperkatakan tentang teknologi berkaitan MH370, minggu lepas ada orang bertanya tentang teknologi pengklonan. Adakah ini satu teknologi yang cuba mencabar kuasa Tuhan?

Tuhan tidak akan tercabar dengan manusia sekalipun ramainya manusia yang mahu mencabar Tuhan.

Tuhan menciptakan Nabi Adam tanpa didahului oleh sebarang makhluk berupa atau bernama manusia. Kemudiannya Allah menciptakan Siti Hawa dari tulung rusuk Nabi Adam. Bolehkah dikatakan ini satu permulaan system klon?

Nabi Isa as juga diciptakan tidak melalui system persenyawaan dua benih berbeza lelaki dan perempuan. Bukankah teknologi kejadian tiga manusia mulia ini lebih hebat dari teknologi pengklonan?

Klon sebenarnya masih sangat bergantung kepada kejadian asal. Sains tidak akan mampu dan selamanya tidak akan boleh mencipta suatu makhluk yang baharu!

Itulah sains atau secara khususnya teknologi. Teknologi adalah makhluk yang diolah oleh sejenis makhluk yang bernama manusia.

Allah ciptakan manusia ada fizikal, akal, nafsu dan roh. Dengan akal manusia telah menemui teknologi seperti apa yang kita nikmati sekarang. Tetapi semata-mata dengan akal sahaja, manusia tidak mampu menemui Tuhan.

Kehilangan pesawat Boeing 777-200, MH370 telah membuatkan dunia kembali berfikir bahawa teknologi bukan segala-galanya. Teknologi yang selama ini disangka mempunyai kemampuan luar biasa tanpa sempadan, akhirnya ‘tersekat’ dalam kes MH370.

Allah buatkan teknologi jadi bodoh ketika dunia sedang mengkaguminya. Allah jadikan teknologi celaru, kelu dan buntu dalam menghuraikan kes MH370.

Kita diingatkan kembali kepada peristiwa Nabi Ibrahim berhadapan dengan kaumnya, “Tanyalah kepada berhala yang paling besar itu tentang siapakah yang telah merosakkan berhala-berhala tersebut?”

Maka kehilangan pesawat canggih MH370 telah dirujukkan kepada semua teknologi yang serba canggih juga. Ternyata teknologi yang canggih itu juga tidak mampu memberikan jawapannya.

Sewaktu manusia semakin ghairah mahu mencabar Tuhan dengan teknologi, Allah telah mencabar teknologi dengan teknologi juga.

Sudah sampai masanya manusia kembali tersedar bahawa teknologi itu bukan Tuhan!

Teknologi itu sendiri adalah ciptaan Tuhan! Teknologi adalah makhluk sekali gus sebahagian dari tanda-tanda kebesaran kuasa Tuhan!

Ungkapan yang lebih tepat adalah, sains bermula di atas kuasa Tuhan dan dengan izin Tuhan. Berakhirnya kemampuan sains, bermakna Tuhan mahu kembalikan perhatian manusia daripada sains kepada Tuhan.

Kehilangan MH370 akan mengembalikan manusia kepada Tuhan yang sebenar, iaitu Allah Yang Maha Agung!

December

Salam wrt.. alhamdulillah.. wasyukru lillah... hari ni hari kedua zaujah di department baru.. posting ke 4 zaujah tercinta.. di orthopedic.. Moga Allah mudahkan segala urusannya. Semoga dia lebih mencintai Allah... Moga Allah memelihara kandungannya... kegembiraan Rasulullah saw... kegembiraan abi dan ummi..

Pagi ni ada mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2014... panjang.. mula 8.30 sampai pkul 1.45 ptg.. sehari jer selesai semua. Alhamdulillah. Selepas zohor, semua bergegas ke Rest House Tampin.. majlis meraikan Guru Besar lama.. cikgu Razali.. dan beberapa org staf... lama dah tak bersama dgn cikgu Razali.. beliau selalu memberi inspirasi pada aku dan rakan2 sekerja.. senyuman x lekang dari mukanya...

Beliau berjaya menjadikan Sekolah Kebangsaan Pedas menjadi sekolah 1 sesi.. dalam masa beberapa bulan berpindah ke sana.. so, tahun dpn satu sesi jer persekolahan di SK Pedas.. tahniah cikgu.. di Pedas ada 160 org murid tahun 6 tp 4 org jer dpt 5A. So, cikgu Razali bincang supaya ubah style lain.. tgk la cmner kptsn tahun dpn..hhehe:)

Smlm blajar dgn ust mad di surau rahman, RCK.. tntg tauhid.. abg yg bagi kitab tauhid minggu lps tanyer ade bawa kitab tak? Aku kate ade dalam kete... dia kate kitab tu boleh guna. So, aku amek. Buka muka 50. Same... wah.. bestnyer blaja buka kitab..

Ust mad sentuh pasal 4 perkara yg xle kita ragukan... rezeki, ajal, kerja, untung jahat dan baik..  kalau ragu boleh jatuh kufur... nauzubillah...

Banyak lah yg beliau kisahkan... alhamdulillah... akidah ahli sunnah ni dkt sgt dgn qodariah... so kena jaga2... kbykn kita kena selalu amalkan perkataan insyaAllah.. kerna kita selalu merasakan sesuatu yg berlaku sbb musababnya kita sandarkan pd diri kita atau makhluk.. istigfar aku dgn kuliah mlm ni.. mlm esok fekah pula di lubok china.. insyaAllah pergi.. :)

Nikmat vs ujian

Hidup ini antara pergiliran..
Nikmat dan ujian....
Nikmat melatih rasa syukur...
Ujian melatih rasa sabar...

Suka dan duka ada batasnya...
Gembira di akhirat untuk selama-lamanya...
Harga syurga bukan segunung emas...
Tetapi tangisan hati takutkan Allah...

Apalah erti hidupku sekarang?...
Dengan hati yang tidak tenang...
Bersarang dengan zulumat....
Masih mencari nur kebenaran...

Allah hadirkan seseorang...
Penyeri hidup memberi sinar...
Tapi ujian tetap ada...
Sebagai tanda keimanan...

Oh Tuhan...
Dimanakah cahaya ketenangan?
Dunia yg terang terasa gelap...
Hampir aku jatuh ke perigi yang dalam...
Kau datang selamatkan...

Dahulu.... pejuang kebenaran ada...
Aku nampak jalan...
Aku hidup dalam hiburan Islam...
Tapi kini sudah tiada...
Aku seperti anak ayam kehilangan ibu...
Aku ketandusan pemimpin kebenaran...
Aku mahukan penyelamat dengan segera...

Aku pening... jiwa berkecamuk...
Media2 massa terisi dengan noda dan darah...
Akibat kerakusan manusia....
Tangan2 manusia yang durjana...
Kasih sayang sudah berkecai...

Kawan kawan pula...
Susah nk jumpa ada roh perjuangannya....
Hari-hari cerita dunia... itu yg dikejarnya..
Menjadikan nafsuku membuak2 untuk turut sama...
Mazmumah...mazmumah....

Ya Allah... izinkan aku ke Haramain...
Hantarkan aku ke sana..
Aku nk bercakap2 di depan rumahMu..
Aku nak bercakap2 dgn nabiku...
Rezekikanlah....

::: November :::

salam wrt. alhamdulillah masih dihidupkan? apa khabar iman? 

Dahulu sebelum menyusuri alam rumah tangga, penuh ketenangan dan kemudahan dirasakan. Dapat ke sana ke sini dengan riang. Kini amanah telah dipikul dan banyak yang perlu dikorbankan..

Perjalanan dari bujang sehingga mencecah bulan ke 5 perkahwinan sekarang ini sangat mudah. Alhamdulillah. Keluarga yang Allah temukan padaku terdiri dari keluarga yang baik2. Zaujahku juga orang yang solehah. Subhanallah. Segalanya mudah. 

Ujiannya pada kekuatan hati dan jiwa. Dahulu pernah jua aku mengingatkan tunangku bahawa bersabarlah dengan setiap ujian Allah. Positiflah.. Bila demikian, setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang. Hatta besar manapun ujian itu.:) Begitulah dahulu sebelum tiba saat aku tidak optimis seperti yang aku tazkirahkan...:(.. Ketika ini, zaujahku pula menjadi penguat pada diriku.. terima kasih. Allah Maha hebat. setiap sesuatu ada sahaja petunjuk dan jalan Tuhan berikan. 

Cuma, di mana syukurmu Rauhan? di mana ibadahmu yang menunjukkan kesyukuranmu? Ibadah yang engkau lakukan kurang... malah bersahaja sahaja.. sebab itu Tuhan sambil lewa dengan permintaanmu... sebab sambil lewanya kamu dengan Allah...

Jiwa semakin bergolak. Lagu demi lagu ku dengar. Nasyid2 lama bermain di telingaku... Terasa jauh sangat. Seakan putus.... hatiku membawa diriku berlari ke sana sini... aku buntu... Mujur Tuhan ciptakan peneman hidupku.. penguat jiwaku... Memberi pencerahan masalah2 jiwaku... Alhamdulillah.. Allah Maha Baik...

Ummi berpesan semalam..." Ummi harap adik beradik saling berkasih sayang, tolong bantu... umi tak nak anak2 umi bersengketa. positifkan segalanya.."

InsyaAllah...

hari ini sarapan dengan ayah di Chembong. Banyak yang dibincangkan... Ayah pesan.. " Jagalah ibu bapa kita baik2.. Kalau ade duit bagi jangan lokek. tak banyak sikit. Tanda kita hargai atau hormat padanya.. Dulu kita lahir bukan tros pandai msuk MCKK, SBP, MRSM dan sebagainya. Semua atas didikan mereka dan doa mereka yg x putus2. Bagai menatang minyak yang penuh.. takkan dah bergaji besar, sikit pun kita tak dapat bagi mereka..." Ayah seakan kesal... 

"Ayah ni hidup dah x lama. esok lusa ayah dah pergi apa bakti yang dapat anak-anak bagi? masa mak ayah hidup ni, gembirakanlah mereka.. jaga kebajikan mereka..."

begitulah nasihat ayah... Seharusnya anak2 faham dan ambil peduli...

"Ada sesetengah anak dah kahwin dengan orang kaya, lagaknya macam orang kaya. Main golf sana sini... Bayar duit golf tiap2 bulan. Mak ayah sendiri tak pernah hulur... Kenapa begitu? mesti ada silapnya... ayah pun tak paham... Allah tu Maha kuasa... Apa yang ayah dapat hari ini ayah terima... Ada kawan2 ayah yang anak dia bagi sampai RM 500 setiap bulan. Sanggup anak tu nak gembirakan mereka. Ayah ni x byk pun xpe.. RM 50 pun dh ok. Sebenarnya mak ayah nk tengok apa bakti kita pada mereka... tanah dia bagi.. ingat tanah tu mak ayah dpt free ker?.. Adakah tanggungjawab mak ayah utk sediakan tanah utk anak2... xde... tapi mak ayah boleh bagi pada anak2... takkan anak tak mampu nk balas jasa mereka tu? mereka x harap pun di balas tp fikirkanlah tentang itu... ko blajar tinggi2 dah kerja yg baik tp duit ko sikit pun tak hulur pada mak ayah...".. nada ayah sedih.. " Gembirakan mereka selagi mereka hidup.." sambungnya lagi.

Sian ayah.. Moga Allah beri ketenangan pada ayah. Padaku ayah orangnya tidak berkira. Suka tolong orang dan mudah sangat kesian kat orang. Kalau tengok drama atau movie penderaan keluarga, ayah yang menitiskan air mata dahulu... sensitif sgt ayah dengan benda2 cmtu.. Kasih seorang ayah.. Silalah ambil tahu.. esok lusa kita pun melalui perkara yang sama.. cuma zaman yang berbeza...

ok la.. sekian..:)


Qathrunnada - Cinta Agung

http://www.youtube.com/v/f0j_9F9_rX0?version=3&autohide=1&autohide=1&showinfo=1&feature=share&autoplay=1&attribution_tag=WjLcx0WHrJw0bAqm6zqb6Q

syahdunya..

Rindu kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau di rindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Hati terus tetap bersabar
Kerana ikatan janji

Menunggu dengan rindunya
Siksanya sebuah penantian
Mujur janji Allah tetap benar
Pasti nanti tetap kau kan tiba

Hadir segera wahai kekasih
Datang bersama cahaya
Gembira di hati tidak terkira
Bukanku seorang malah seluruh dunia

Penantian hampirkan berakhir
Kerana kini sudah masanya
Bila sahaja kita berjumpa
Pasti Islam agung semula

::: Pray :::

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku. Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau Angkat kesaksianku. Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu yang hilang dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan. Ya Allah, karuniakan kepadaku keimanan dan keyakinan yang tidak ada kekufuran lagi setelahnya. Ya Allah karuniakan kepadaku rahmat, yang dengannya aku memperoleh kemulyaan-Mu, di dunia dan di akhirat. Ya Allah, ku mohon kepada-Mu keberhasilan dan keberuntungan dalam takdir. Predikat orang-orang syahid. Kehidupan yang bahagia. Dan pertolongan dalam menghadapi musuh.”(Syaikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi)

Solat

Salam wrt... Allah meminta kita membawa hati dalam mengadapNya. Ketika tangan diangkat untuk bertabir, contohnya; tangan hanya bergerak ke atas diangkat sedangkan tangan tak tahu apa-apa. Tangan tidak berkeupayaan memahami, fungsinya hanya bergerak bila diarahkan. Di masa yang sama, lidah dan bibir menyebut kalimah takbir… (Allahu Akbar) sedangkan lidah dan bibir sendiri tidak memahami apalagi merasai makna ‘Allahu Akbar’ itu. tidak terasa kebesaran Allah, kerana fungsi lidah dan bibir di sini hanya untuk menyebut. Maka, yang memahami kalimah Allahu Akbar itu adalah akal. Yang merasai kebesaran Allah ketika menyebutnya adalah hati. Jika sepanjang mengadap Allah, fikiran dan hati tidak di bawa bersama, apa yang kita persembahkan pada Allah? Allah mahukan perhubungan denganNya di hati. Penuh dengan perasaan-perasaan cinta dan takut. Firman Allah dalam hadis qudsi:

فرغ  قلبك أسكن فيه
Farrigh qalbaka askunu fihi.

Kosongkan hatimu, Aku hendak tinggal di situ. Sedangkan hati pula setiap saat berubah. Sebab itulah kena usaha buat penumpukan betul-betul ketika bersembahyang kerana kita berhadapan dengan Allah. Allah mahu perhubungan denganNya bertaraf CINTA. Adakah seseorang yang sedang bercinta tidak membawa perasaannya ketika berhadapan dengan yang dia cintai?

 Tetapi hakikat dan realiti yang berlaku, kita selalu lalai di dalam sembahyang. Kita tak tau sembahyang itu bakal membakar mazmumah kita atau bakal membakar kita di akhirat. Sedangkan kita semua sudah baligh, menanggung dosa masing-masing. Sedangkan sembahyanglah yang akan Allah periksa dahulu di akhirat kelak. Jika beres sembahyang, amalan lain insyaAllah akan diterima tetapi jika sembahyang tak selesai, semua yang lain tertolak.

Lalu bagaimana untuk kita lepasi persoalan ini? 

1. Kenalah benar-benar merendah diri ketika masuk majlis Tuhan. Benar-benar meminta dan merayu agar dikawal hati dan fikiran kita, kerana hati benar-benar milik Tuhan. Tuhan boleh merubah-rubahnya ikut yang Dia kehendaki. 

2.Seorang rakyat jelata, jika mengata-ngata rajanya di rumahnya atau di mana sahaja, itu adalah satu kesalahan. Bertambah besar kesalahan itu jika dia mengutuk raja di istana raja. Begitulah perumpamaan dalam sembahyang. Seorang hamba itu jika tidak mengingati Tuhannya di luar sembahyang, ini adalah satu kesalahan. Sepatutnya Allah diingat setiap masa justeru Allah sendiri tidak pernah melupai kita, dibekalkan lebih 1001 nikmat. Bertambah-tambah besar kesalahan si hamba bila lupakan Tuhan yang sedang dia sembah. Dalam program rasmi dengan Raja segala raja.

Sebab itulah orang-orang kampung dan mereka yang mendapat didikan yang berkat, selalu kita dengar, seusai memberi salam terus mengucapkan ‘astarghfirullahal ‘azim’, memohon ampun, meminta maaf kerana tidak beradab dengan Allah di majlisNya.

Itulah taraf paling rendah yang patut kita istiqamahkan iaitu, bersedih-sedih dengan Tuhan terhadap amalan sembahyang kita. Meminta ampun padanya kerana memberi sesuatu yang sangat tidak layak dengan  ZatNya yang Maha Agung dan Mulia

From :  anjangmuor

::: Bekam :::


Salam. Alhamdulillah. Hari Sabtu pergi hantar zaujah dan Wan bekam di Paya Rumput Melaka. Tak sangka pula dapat bersama dalam Majlis Syeikh Nuruddin Al Banjari. Kuliah Dhuha. Sementara tunggu orang berbekam, aku ke Baitul Qura, Payasum untuk mengisi rohani yang kekosongan... Biar roh ini dapat makanan yang baik:)



Syeikh Nuruddin Al banjari

Syeikh ku!

Ramai yang hadir mendengar


baitul qura'

Bersama Ustaz, anak Haji Ibrahim bekam

Sempat mengambil gambar ini di bilik ummi..:)


Catatan Ummi tentang solat sunat muakkad:)

Sekian
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

:: Cardiff Menantimu ::

Salam wrt. Alhamdulillah.. Ariff sudah nak berangkat ke UK pagi esok jam 3 pagi. Malam itu, menunggu Zaujah pulang ke rumah, balik dari kerja. Semua dah bersiap-siap untuk bertolak ke KLIA. Patient agak ramai. Addmission banyak masuk. So, agak lambat Zaujah pulang. Selepas siap tugasan di hospital, Zaujah call menyatakan minyak dah tinggal 2 bar. Zaujah pula tak bawa duit lebih. So, suruh zaujah pulang sahaja ke rumah. Nak pergi nanti isi minyak di mana2. Bukan apa, risau sket sebab beg Ariff belum di bawa ke sana. Kami solat isyak bersama-sama. Selepas zaujah pulang dan makan, kami terus bertolak ke KLIA. Ingat nak isi minyak di R&R Seremban. tapi, terlepas pula. So, isi di Petronas dekat dengan KLIA jer.

Sampai di sana, turunkan ibu ayah dan kak Mun dulu dan aku mencari parking bersama zaujah. Parking di blok A. jauh juga. Then amek troli dan bawa beg si Ariff. Jumpe semua di dalam Airport, menunggu masa untuk hantar beg masuk luggage.

Ariff, Aku dan Zaujah
Ariff kelihatan gembira. Rasanya perasaannya bercampur-campur. Antara hendak pergi belajar dan jua meniggalkan keluarga jauh berbatu-batu dari Bumi Malaysia. Moga Allah mudahkan perjalanannya, insyaAllah. Moga Allah mudahkan pembelajarannya jua.

Uzair yang cute!

Pandang camera tu Uzair..:)
bersama ibu ayah..:)

Ariff dan kawan-kawan yang meraikan pemergiannya..:)
Abang Usop mengendong Uzair

Ariff bersama ibu ayah

Naik Etihad

Di sekolah, sedang dalam proses melatih murid-murid bermain chess. Moga ada hasilnya nanti. Begitu juga dengan ping pong, macam dah ade jer wakil tahun depan..hehe. Moga Allah mudahkan segala usaha dan natijahnya dengan kejayaan... insyaAllah. Wallahua'lam.



Bumi Tuhan... Bersaksilah