Salam wrt... Allah meminta kita membawa hati dalam mengadapNya. Ketika tangan diangkat untuk bertabir, contohnya; tangan hanya bergerak ke atas diangkat sedangkan tangan tak tahu apa-apa. Tangan tidak berkeupayaan memahami, fungsinya hanya bergerak bila diarahkan. Di masa yang sama, lidah dan bibir menyebut kalimah takbir… (Allahu Akbar) sedangkan lidah dan bibir sendiri tidak memahami apalagi merasai makna ‘Allahu Akbar’ itu. tidak terasa kebesaran Allah, kerana fungsi lidah dan bibir di sini hanya untuk menyebut. Maka, yang memahami kalimah Allahu Akbar itu adalah akal. Yang merasai kebesaran Allah ketika menyebutnya adalah hati. Jika sepanjang mengadap Allah, fikiran dan hati tidak di bawa bersama, apa yang kita persembahkan pada Allah? Allah mahukan perhubungan denganNya di hati. Penuh dengan perasaan-perasaan cinta dan takut. Firman Allah dalam hadis qudsi:
فرغ قلبك أسكن فيه
Farrigh qalbaka askunu fihi.
Kosongkan hatimu, Aku hendak tinggal di situ. Sedangkan hati pula setiap saat berubah. Sebab itulah kena usaha buat penumpukan betul-betul ketika bersembahyang kerana kita berhadapan dengan Allah. Allah mahu perhubungan denganNya bertaraf CINTA. Adakah seseorang yang sedang bercinta tidak membawa perasaannya ketika berhadapan dengan yang dia cintai?
Tetapi hakikat dan realiti yang berlaku, kita selalu lalai di dalam sembahyang. Kita tak tau sembahyang itu bakal membakar mazmumah kita atau bakal membakar kita di akhirat. Sedangkan kita semua sudah baligh, menanggung dosa masing-masing. Sedangkan sembahyanglah yang akan Allah periksa dahulu di akhirat kelak. Jika beres sembahyang, amalan lain insyaAllah akan diterima tetapi jika sembahyang tak selesai, semua yang lain tertolak.
Lalu bagaimana untuk kita lepasi persoalan ini?
1. Kenalah benar-benar merendah diri ketika masuk majlis Tuhan. Benar-benar meminta dan merayu agar dikawal hati dan fikiran kita, kerana hati benar-benar milik Tuhan. Tuhan boleh merubah-rubahnya ikut yang Dia kehendaki.
2.Seorang rakyat jelata, jika mengata-ngata rajanya di rumahnya atau di mana sahaja, itu adalah satu kesalahan. Bertambah besar kesalahan itu jika dia mengutuk raja di istana raja. Begitulah perumpamaan dalam sembahyang. Seorang hamba itu jika tidak mengingati Tuhannya di luar sembahyang, ini adalah satu kesalahan. Sepatutnya Allah diingat setiap masa justeru Allah sendiri tidak pernah melupai kita, dibekalkan lebih 1001 nikmat. Bertambah-tambah besar kesalahan si hamba bila lupakan Tuhan yang sedang dia sembah. Dalam program rasmi dengan Raja segala raja.
Sebab itulah orang-orang kampung dan mereka yang mendapat didikan yang berkat, selalu kita dengar, seusai memberi salam terus mengucapkan ‘astarghfirullahal ‘azim’, memohon ampun, meminta maaf kerana tidak beradab dengan Allah di majlisNya.
Itulah taraf paling rendah yang patut kita istiqamahkan iaitu, bersedih-sedih dengan Tuhan terhadap amalan sembahyang kita. Meminta ampun padanya kerana memberi sesuatu yang sangat tidak layak dengan ZatNya yang Maha Agung dan Mulia
From : anjangmuor
No comments:
Post a Comment