:: Majlis Aqiqah di Taman Cheras Indah ::

Salam wrt. Alhamdulillah, masih di hidupkan untuk aku terus menulis kisah hidupku. Berhenti tulisanku jika matinya jasad ini. Allah Maha mengetahui kesudahanku itu. Moga Allah matikan aku dalam husnul khatimah. itulah permainan bibirku di setiap penghujung doaku. Amenkanlah siapa yang mendengar doaku! Moga Allah kabulkan ia berserta orang2 yang mengaminkannya. Ingin berkongsi juga video ini yang baru aku lihat...


Moga kamu yang membaca Allah selamatkan dari bala sebegini...Nauzubillahi min zalik.

Saat aku bangun tidur, sudah kedengaran ayat-ayat suci bacaan dari Ibu mertuaku... Alhamdulillah, sungguh merdu suara itu. Pastiku rindu suara itu seperti manaku merindu suara  ummi membaca Quran.(",).. Mandi dan minum air bercampur madu. Kismis sebelas biji..:)

Bermula pagi dengan solat subuh bersama ayah,ibu dan Ariff. Kemudian menerima panggilan telefon dari Zaujah dari Hospital. Dia Post call. So, bersiap-siap untuk menjemputnya. Sempat sarapan sementara menunggu kereta abah tiba untuk konvoi bersama ke PJ dan Taman Cheras Indah.

Roti canai dan Tosei di Cafe HTJ.. best! x cayer try la!hehe

Lapar ke?..:P

Kena sarapan dulu sebelum drive..:)

Kemudian terus ke R&R Tol Seremban. Tunggu Kereta abah tiba. Solat Dhuha la, apa lagi. Bersedekah ada 300 sendi dalam badan. Jangan lupa tu...:) Selepas solat, sempat mebelek buku ni. agak menarik juga! Kalo la perpustakaan, dah lama aku pinjam..hehe

Best buku ni..

isi kandungannya pun menarik
Umi abah sampai. Mereka tunggu di Petronas coz abah nak isi minyak dan keluarkan duit sket. Selepas itu, terus memecut ke UITM Shah Alam, Kampus Jati. Jemput Adik Zulhilmi. Adik dah 2 minggu kat situ. Wat engeenering. 

Follow the Leader

Kasihan pada Zaujah, penat bekerja...
 Sampai di Petaling Jaya untuk melawat Wan Cik, Ibu Abah. Alhamdulillah, Wan Cik nampak sihat. Senyum jer. Walaupun kerap kali tanya soalan yang sama..hehe..  Wan Cik mampu berjalan manakala wan Joyah masih kuat bertongkat untuk datang menziarahi besanya.. subhanallah... :)

Zaujah dan Wan Joyah

Bersama wan CIk
 Pak Tam takde hari ini, Mak Tam jer yang tinggal rumah dengan Wan.Raya haji ni pun Keluarga Pak Tam tak balik. Sebab buat korban kat sini. Pak Tam kan orang kuat Taman ni, so, kena ada kat sini tahun ni..:) 


DInding luar Rumah Pak Tam.


Selepas itu, kami terus ke rumah abang Fauzi di  Taman Cheras Indah. Berpusing-pusing jugak la.. Lama dah tak pergi. Tapi biasanya memang selalu pusing2 sampai jumpe rumah..hehe.. Lain kali nak on GPS, Papago, Lokatoo.. dlln.. Yakin boleh jumpe, last2 berpusing2..hehe..



Kambing Aqiqah...
 Selepas selesai makan dan bersalaman, kami ke Masjid At-Muttaqin(kalo x silap) untuk jamak zohor asar. Wan pula solat di rumah Abg Fauzi. Sempat merakam moment bersama di luar perkarangan masjid..:) wassalam..

Bergambar bersama sebelum balik..sweet!

::: Catatan hidup pertengahan Sept :::

Assalam wrt. Hari ni agak keletihan. Berkejar ke sana sini... Mula pagi berhajat nak makan di Kuala Sungai Baru. So janji semua nak gi pukul 7.30 pagi. Lepas solat subuh, Alfatehah 40, siap-siap dan terus ke sana bersama ayah, ibu, zaujah dan arif. Kak Mun dan Abang Usop sedang mengemas bilik masa ini. Bersiap2 untuk menyambut kelahiran Baby pertama mereka. Moga Allah mudahkan...insyaAllah. Si Ariff pula sedang menghabiskan masa yang berbaki ini bersama keluarga sebelum bertolak ke Cardiff pada hari Selasa malam Rabu jam 3 pagi.

bersama Ariff Hatta

Ibu & ayah

ada iras tak? :)
Selepas makan aku ke kereta. aku menoleh ke jalan raya. Aku tersenyum.. kenapa?... Abah, umi, wan, atok, arisya baru tiba ke Kedai makan ini. Abang Ijan dan Angah pun ada tapi naik kereta diorang lah. So, dapat sapa menyapa sesama besan. Ummi sempat menghulur sedikit saguhati kepada Ariff sebagai tanda tahniah dan selamat. 

Kami terus ke pasar Telok Gong. Ikan fresh2! Dulu sebelum kahwin, memang biasa bawa wan ke sini. Di belakang pasar, pantai tersergam indah. Air pasang dan angin bertiup kuat. Ariff ajak jalan2 di Jeti. Zaujah menemani ibu ayah membeli ikan, ketam, dlln... Sempat juga zaujah datang untuk merakam gambar bersama di tepi pantai itu.



Selepas tu, bertolak pulang ke Durian Daun. Sempat la juga singgah di Pekan Lubok China untuk beli ikan bilis dan makanan kucing kesayangan Ayah..:) 

Selepas menghantar ayah ibu, aku dan Zaf menemani Ariff membeli barang2 keperluan di Fresco. 



Last destination ialah ke rumah Kak Syuaida, majlis akikah anak pertamanya. Follow kak Leli sebab aku tak tau jalan.hehe.. Alhamdulillah, baby nampak sihat. Moga Allah rezekikan aku pulak lepas ni, ameen:)

Zaujah, Kak Syu, Muhammad, Kak An

Bersama Muhammad:)

Kak Syu, Muhammad dan Abg Mie
Isi Minyak di Petronas Sikamat. Depan tanah perkuburan Makam Syeikh Ahmad tu...Sempat amek gambar harga minyak lo nie...

:):):).. :(

 Solat Zohor di Masjid Negeri Sembilan then balik berehat. Penutupnya dengan menghantar Zaujah ke Hospital Tunku Jaafar. Hari ni On call. Drive back home. Sampai dah maghrib. Solat dan tahlil..Abg Usop dan Kak Mun ke Seremban. Fadli dan Ariff ke Lowyat, cari laptop.

Naik atas...hmmm, lampu bilik berkelip2... adoi... tutup teruslah. Solat isyak..tidur.. Moga Allah berkati hari esok jika msih di hidupkan... salam.. zzzz

::: September :::


Salam... Alhamdulillah, pagi tadi hantar ayah dialisis di Tampin dan pergi ke rumah Cikgu Razali Yassin di Air Mawang, Johol. Anak perempuannya bertemu jodoh dengan orang Selangor. Sempat aku bersama dalam moment khutbah, akad nikah dan majlis makan. Teringat 3 bulan lepas macam mana suasana itu..hmmm..:) Sementara tu, kat luar, ayam golek dah masak, kecur juga air liur..hehe..

Akad nikah
Pengantin baru..:)

Bersama Cikgu Razali.. :)

Ole-ole yang dapat di majlis ni berbeza. Muffin dan Kaktus.. unik tak? Pengantin import kaktus dari Cameron Highland kot.. maybe..hehe. Anyway, tahniah kepada cikgu dan keluarga. Moga Pasangan pengantin bahagia sampai ke akhirnya...insyaAllah

Selain tu, nak juga kongsi gambar menjadi Ketua Pengawas UPSR di Sekolah Kebangsaan Semerbok baru-baru ni...

Bersepah perkara-perkara yang perlu dicatat..hehe

Ini buku ketua pengawas

Kak Sharifah, Aku dan Ustzh Sumayyah

Bersama murid2 dan GPK 1
Oklah, setakat itu dahulu. Semoga Allah memberi kejayaan atas usaha mereka ini..

p/s: lama dah tak mencoret hati ke hati.. Moga Allah kuatkan diri untuk muhasabah... ameen

::: pics berbicara :::

Salam.. Bulan September ni agak banyak perkara berlaku.. Alhamdulillah, "Universiti Kehidupanku" kembali bermaya. Tidak seperti sebelum ini. Muram tak berseri...:) Allah kurniakan manusia2 yang baik disekelilingku. Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini. Hidup kian bermakna, sungguh! Bersaksilah bahawa Allah itu Maha Baik..(",)

Ingin berkongsi gambar-gambar bulan ini..
Moga jadi ingatan di masa-masa tuaku, jua generasi hari ini dan akan datang...
Jadual September Zaujah..:)
Murid mengaminkan doa Yasin yg dibaca oleh Ustaz Hisham

Inilah wajah GB baru SKCH.. sama2 mendoakan murid
leisure time...

Sembang adik-beradik.. Ikan turut mendengar!
Terjumpa MP3 128MB ku tahun 2005...

Fruit salad menjadi Pesemboq!
Jejaka di Pasar Sabtu Rembau...

Menunggu ayam kampung
Pak Din pengamal zikir Kaujakan. Aku terima ijazah Fatihah malam ini...
Bersama Qutub Syafie

Soleh & Ust Yazid. Majlis doa selamat sebelum gi Haji..:)

Alhamdulillah.. itu buat setakat ini. Moga Allah pelihara gambar2 ini. Moga Allah memimpin diriku dan orang sekelilingku..ameen.. Moga aku sentiasa membaiki diri... insyaAllah..


Suatu Malam Jumaat...

Salam.. Alhamdulillah. Malam tadi dapat juga bersama-sama dengan orang kampung dan anak-anak dalam Majlis Bacaan Yasin sempena UPSR di Masjid Kariah Chengkau Ulu. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNya..(",) InsyaAllah!

Sedang membaca Surah Yasin

Bahagian Muslimah
Bersama imam As-sofa

Bersama orang kuat!

Yati, Pn Roza dan Zaujah..:)
Semoga murid-murid Kariah Chengkau Ulu mendapat kejayaan yang cemerlang seperti tahun-tahun sudah, insyaAllah, ameen!!

Permata untuk isteri

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Hari terakhir GB di Sekolah...

Assalam... Hari ini hari Jumaat mubarokah. Hari ini juga diadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat. Selepas itu Jamuan raya bersama ibu bapa dan warga SKCH. Meriah. Selain itu, majlis perpisahan GB, Cikgu Razali Yassin. Beliau berpindah ke SK Pedas. Minggu depan beliau mula bertugas di sana. Sudah 7 tahun beliau berada di SKCH. Keberadaan beliau di SKCH mampu melonjakkan prestasi sekolah. Mendapat 3 kali baiah, 3 tahun berturut-turut. Pada tahun ni mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)... Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah...






Itulah sedikit sebanyak gambar-gambar yang dapat di kongsi. Semoga Cikgu Razali Yassin dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru nanti, ameen, insyaAllah.:)

:: IMAN :::

Kalau kau miliki iman
Engkau sesungguhnya menguasai segala
tapi sebaliknya kalau tiada iman
engkau sesungguhnya kehilangan segala

Iman adalah PUNCA TENAGA melahirkan segala
iman adalah hartamu yang mengayakan hati
pengubat jiwamu iman mendidikmu
berakhlak mulia dan berbudi tinggi

Iman pembimbing bahagia
penyuluh kegelapan dan kesesatan
mendorongmu berjuang
di jalan yang mendapat redho Tuhan
demi menjamin keselamatan

kerana itu berusahalah untuk iman
sumbang tenaga, fikiran, jiwa, harta dan apa sahaja
jangan sayang untuk dikorbankan
sebagai tebusan pada iman

kerana harga pengorbananmu terlalu kecil dibanding nilai iman...


::: Hati Insan :::


Setiap hati insan penuh ketakutan
Wajahnya lesu layu
Taman kediaman tiada keamanan
cetusan huru hara memenuhi taman

Keindahan kehidupan musnah dari insan
wajah tak berseri diselubung kebimbangan
umpama menanggung seribu derita
dihimpit resah tiada kesudahan

Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

Si kaya bimbang hartanya di ambil orang
si miskin takut dibiarkan tanpa bantuan
yang berpangkat besar takut tak dihormati
yang berkuasa takut hilang kekuasaan

Si suami menjadi bagai orang suruhan
tiada penghormatan kerana si isteri
lagaknya bagai tuan
hilanglah keamanan
Rumah jadi neraka

Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari


::: Sepi Mujahid :::


Para mujahid selalu sepi
Di perantauan yang jauh
untuk menyampaikan mesej perjuangan
tidakku menoleh kebelakang
Di dalam hati mereka
terselit gangguan cinta
antara keluarga dan perjuangan
tidakku berpaling pada gangguan

Siapakah yang akan menyambung perjuangan ini?
siapakah yang akan mensucikan noda dan dosa?

siapa oh siapa?
bukankah tugas kita
untuk generasi yang akan datang
akan ku teruskan perjuangan ini
untukku pusakakan kepada generasi dibelakangku nanti
oh Tuhan berilah aku kekuatan
dimanapun ada ketenangan dan bahagia
tak usah kau ragu dan bimbang
Tuhanmu tetap bersamamu

Tidak mungkin aku berdiam diri
ibu dan ayahku yang tercinta
Akan ku serahkan pada Tuhan
Tidakku berpaling pada gangguan

Tafakur


Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-Mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijap kalbu 
Antara kau dan aku 

Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijab kalbu 
Antara kau dan aku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Kusujud pada kudrat-Mu 
Kuserahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya pada-Mu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku 

Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-Mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijab kalbu 
Antara kau dan aku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Ku sujud pada kudrat-Mu 
Ku serahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya pada-Mu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Ku sujud pada kudrat-Mu 
Ku serahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya padamu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku

Jumaat

Salam wrt. Pagi Jumaat disinari sinar cahaya. Tengah malam tadi hujan lebat. Pagi ni dapat solat bersama ibu ayah dan Ariff. Surah Sajjadah dan A'la jadi bacaan. Alhamdulillah.

Dalam beberapa hari ini, hatiku diketuk2 umpama ada sesuatu yang hadir. memintaku membuka pintu. Siapakah tetamu yang hadir itu? Sentuhan yang lembut memberi aku ransangan untuk membukanya... Adakah hidayah yang hadir? Adakah sinar itu kembali lagi? Apakah cahaya ini hadir untuk menyinari hidupku? Adakah doaku didengar Allah?... bermacam persoalan bermain di mindaku...
Dalam masa 2 bulan lebih ini, banyak perkara yang aku rasakan baru. Aku pun x mampu handle semua itu, aku  let go je semua. Entah kenapa, aku umpama melihat air sungai deras mengalir sahaja. Sabar menjadi bekalan. Senyum menjadi mainan bibir. Alhamdulillah, kini kembali rasa itu untuk aku mengorak hidupku dengan lebih teratur dan mengikut sistem yang sebenar. Moga Allah dan rasul pimpin aku dan zaujah. Itulah harapan. Itulah matlamat... Akhirat... Tempat rehat yang abadi...



Bumi Tuhan... Bersaksilah