Setiap hati insan penuh ketakutan
Wajahnya lesu layu
Taman kediaman tiada keamanan
cetusan huru hara memenuhi taman
Keindahan kehidupan musnah dari insan
wajah tak berseri diselubung kebimbangan
umpama menanggung seribu derita
dihimpit resah tiada kesudahan
Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari
Si kaya bimbang hartanya di ambil orang
si miskin takut dibiarkan tanpa bantuan
yang berpangkat besar takut tak dihormati
yang berkuasa takut hilang kekuasaan
Si suami menjadi bagai orang suruhan
tiada penghormatan kerana si isteri
lagaknya bagai tuan
hilanglah keamanan
Rumah jadi neraka
Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari
No comments:
Post a Comment