alhamdulillah.

Ala kullihal. 
rezeki gadget utk berblog semula. Tak terpikir pun. Lama dah recce. Nk amek laptop ke cmne. Yg mudah utk jari tros menaip. 

Saje Tnya bro Suria kot ade hp lbh. Sekali beliau offer note 10 plus. Dia n wife dh ada HP baru. 

Xpenah trpikir nk pakai Samsung ni. Cari yg android supaya sng dpt pakai blog apps. Moga terms istiqomah dlm menulis tntg University kehidupan. Di sini dpt bljr erti hidup. Inshaa Allah 

rumah baruku, syurgaku, cepat persiapkan

1. Susunan rak buku2 & majalah & komik islami utk Hannans. Jgn lokek utk beli. Jd bahan bacaan mereka sehari hari. Biar tmbh knowledge agama Islam yg jitu.

2. Bilik solat dan suluk yg indah dan selesa.

3. Bahan-bahan interaktif islami supaya Hannans disibukkan dgn perkara2 yg menambah dan merangsang minat kpd Agama dan Islam mnjadi darah daging mereka. Hidup mati dan perjuangan mereka. 

4. Movie dan bahan2 dlm gadjet berunsur islam dan paling kurg penuh pengajaran dan ibrah utk diambil pedoman. Penggunaan handphone/laptop/tablet/ipad utk Hannans paling lambat diberi bila sudah lengkap ilmu menjaga diri sendiri. Dan amalan2 yang diberi istiqomah menjadi basahan hati dan lidah. Segala amaln pelindung perlu ada utk akhir zamn sebagai pendiding diri setiap jiwa bernama Hannan anak Mohd Rauhan & Nurul Zafirah.

5. Ceramah agama dan siapa tokoh2 ilmuan diperkenalkan kpd Hannans. Agar agama yg Hannans ciduk itu benar. Tidak salah aliran dan kekal sebagai ahli sunnah waljamaah yg nabi serta salafussoleh amalkan. Paling nak dijauhkan ialah fahaman wahabi yg selalu suka berdebat, mujadalah dan menyesatkan org Islam lain. 

6. Amalan harian seperti zikir pagi ptg, zikir sblm tidur, ayat2 lazim, bacaan doa dlm setiap amalan. Memprbetulkan niat agar semua jadi ibadah. 

7. Ilmu akidah, fekah, tasawuf yg fardhu ain sgt perlu dihadam sebelum baligh. Hannans perlu persiapkan diri memahami setiap satu dan persoalan2nya. Dr persoalan akidah sifat 20 sehingga kesimpulan iman, persoalan fekah bab solat smpi haji dan persoalan tasawuf mengenai diri secara basic(fardhu ain) perlu masyi. Ini penting supaya tidak dipersoal oleh Allah kelak. 

masa terus berlalu, May 2024 menjelma.

Masa terus berlalu pergi. Sedar tidak sedar dah bulan April, tetiber may 2024. Hari berganti minggu berganti bulan. Masa berlalu cepat disebabkn kerja dlln. 
Setiap pagi terjaga dr tidur (subuh awal 2 lbh) selalu terkenang byk perkara blom selesai. Banyak yg tertangguh. Terutama pendidikan anak-anak dan isteri. Apatah lagi diri sendiri. 
Setiap hari brcita2 tinggi nak dgr kuliah itu ini. Tp semakin byk rasanya xtau. Pengisian ank2 rasanya dah xboleh tangguh. Aku sendiri kena kuat mengisi mereka. Ya Allah bantulh. Keliling aku & mereka penuh dgn zulumat. Perlulah aku sebagai ketua mengisinya...

Masa pantas berlalu. Masa emas mereka utk menyerap ilmu perlu aku isi. 

Apa2 pun aku syukur dulu kerana Allah kembali aku utk menjiwai ibadah melalui tasawuf selepas 3 tahun melalui macam2 perkara itu ini akhi zaman. Aku direzekikan melihat dr luar negara ini sisi umat yg aku xnmpk sblm ini. Ada hikmah ramadhan kali ini buatku di umur 37 tahun ini. Itu yg ku syukurkan. Masa terisi setiap hari sekurang2nya 2,3 kuliah. Tp rasa xcukup tu sebab rasa makin banyak aku kena catch up dan susun utk sampaikan kpd ank2 dan keluargaku. 

Aku berdoa kpdmu ya Allah, moga kau terus bimbing aku. Terutama dlm menjaga amanahmu. Aamiiiin 



Tahun baru 2024 / Bulan Rejab 1445

alhamdulillah binikmatihi tatimmassolihat...

Sudah tahun baru. memperbaharui azam dan niat. Birthday dah berlalu 9 hari lepas. Sudah berusia 37 tahun umurku. Ma shaa Allah. ala kullihal...

Akhr-akhir ini nampaknya banyak seruan dtg untuk kembali kepadaNya dengan lebih mendalam.mksdnya taubat dgn benar, jadi mukmin sebenar.... sudah masanya. 3 tahun lagi dah 40 tahun umurku... eh tak la, 2 tahun lagi lah kiranya... cepatnya menua... 

serangan ke atas Palestin dah masuk 100 hari.. tak dapat bayangkan bagaimana tidur, makan minum dan lain2 mereka lalui sekarang. Setiap hari berdepan kematian... Allahumma surril islama wal mujahidin fi palestine. Yaman pun dh macam masuk ke arah peperangan. Moga Allah muliakan Islam... akhir zaman dah benar2 depan maa. mallhamah sudah tiba... Allahu akhbar.... dah bersedia ke nk jadi tentera2 di medan perang?? ayuh Hans. prsiapkan jiwa dan raga ke arah taqwa.

hari ni dah 3 Rejab. Bulan yg digalakkan istigfar sebanyaknya...

Allahummagfirli warhamni watuba'layya.. 

kerja di Uofg James Mccune dah bermula. agak sibuk sbb student dah mula ramai. beza sungguh dengan kerja di Library. dapat la merasa masa cristmas tu. kerja dengan Jacob. 3 hari juga. senyap dan xbyk kerja. cctv pun tingkat  je. JMS ade semua tingkat. haaaa. lain sket. dan kerja ada setiap masa. 
minggu pertama mula dengan buat bilik. jaga room sahaja. kemas lap meja dan vacuum. 

minggu ni tak tau lagi. tgk malam ni dekat board. in shaa Allah dah get use too. dah boleh tau la job scopnyer. 

channel youtube sendiri dah capai 606 subs. Hannans channel pula dh meningkat. pagi ni 82 subs. content dah byk ada. viewnya dh meningkat.. ada gunanya beli wireless mic tu. jelas suara rakaman. jelas juga kalau salah bacaan ketika record. haha. tu kena repeat balik la.. alhamduillah papepun.

in shaa Allah akan tulis beberapa azam yg mmg nk capai this year. lantak la org skrg ni ckp tak payah buat azam la dan lain2. last2 lagi lost ader la. hidup xde matlamat lagi laaa kan.. mcm bila diorg kata amalan tu xde dalil etc2... then, langsung umat tak buat apa aku tgk.... umat dekat malaysia tu dh makin hilang arah... nk ckp pun ade shj jawapannya... baik kita amal dan diam.. ni bukan zaman nk bertegang urat dgn perkara2 furuk.. tak penah habis... last2 meningkatkan kecerdasan nafsu amarah. wal iya zubillah...

moga Allah selalu pandu hati dan jiwa ini.

sabar ada 3.
1. sabar melakukan taat.
2. sabar tinggalkan larangan.
3. sabar menerima ujian.

dah kongsi masa perjumpaan baru ni dengan anak2 dan zaf. kena byk belajar bab sabar sbb resultnya syurga tanpa hisab. mashaa Allah.

pertingkatkan hafalan Quran..
ibadah dlln juga dipertingkat...

yg jadi ujian berat ialah meninggalkan larangan. itu yg berat sbb dlm melakukan taat, masa tu dia dtg. phone pun bahaya. byk sg content2 yg merosakkan muncul di layar screen. tah dari mana dtgnya.. mmg melekakan.. tu yg nk dikurangkan dengan mujahadah sedalamnya. moga berjaya dilakukan dgn iltizam yg tinggi. 

Dah nk menuju Ramadhan kareem. kena cepat ertidak. puasa dah byk buat. zaf pun dh mula. tahajud pun dh buat sesama. alhamdulillah. moga kami istiqamah yA Allah. samai ke akhir usia kami... istikharah subuh maghrib dah mula buat bebetul. doa2 nabi dah print tampal dan selalu baca. moga cpt hafal.. amiiin. 

okay. hari ni zaf tak kerja dan tak gi uni. so, jom mengemas. cumer suhu -3 degree. sejoook. anak22 pun dh ke sekolah. Humaira je lah skrg ni dh byk akal. nak2 kalau ummi dia ade kt rumah. xleh duk diam uminyer. nk berkepit jeee.. hadooiiii. Ini lah masa2 emaskan... esok anak2 dh besar dah bawa diri masing2. nk kepit2 xtau la ade lagi tak.. Allah...

okay. daaaa. wsslm

Happy Anniversary Ummi Abah ke 42


🌸Happy Anniversary Ummi Abah🌸

 Ummi abah merupakan contoh yang terbaik bagi kami anak-anak dalam menjaga pernikahan.🌷

Dari Ummi Abah kami belajar bagaimana caranya mencintai🌹

Dari Ummi Abah kami belajar bagaimana seharusnya menjadi seorang ayah, ketua keluarga dan isteri penyeri rumah tangga💐

Dari Ummi Abah kami belajar membina keluarga mengikut acuan Quran dan Sunnah disulami Roh perjuangan Islam.🕌

42 tahun usia pernikahan dan selalu bersama saling menguatkan bukanlah waktu yang sebentar. Semoga Allah yang Maha Kareem selalu menjaga Cinta serta memberkati 42 tahun usia pernikahan Ummi dan Abah.💍🌺

Didoakan semoga Ummi Abah sentiasa sihat dalam melakukan ibadah dan dapat menikmati waktu bahagia dengan anak menantu dan 21 orang cucu yang semakin bertambah.❤️🥰

Aamiin ya Rabbal alamiin.🤲🏻

MADAH MURSYID 6 dari Abah


*361*
Tokoh-tokoh dunia walaupun di waktu hidupnya disanjung orang tapi selepas matinya dilupakan orang, maqamnya jarang diziarahi.
Tokoh-tokoh Islam yang bertaqwa walaupun di waktu hidupnya dimusuhi orang tapi selepas matinya tetap dikenang orang dengan cara maqamnya sentiasa diziarahi. 

*362*
Lumrah berlaku walaupun tokoh-tokoh dunia mempunyai kuasa, kurang di hati orang tapi tokoh-tokoh agama yang bertaqwa walaupun tidak ada kuasa, selalunya di hati orang. 
Oleh kerana itulah mereka selalu dimusuhi oleh orang yang berkuasa. 

*363*
Orang politik (berkuasa) selalunya susah hendak disatukan pandangan dengan golongan kerohanian, kerana itulah tentangan dan pertembungan selalu saja berlaku sepanjang masa. 

*364*
Untuk menjadi seorang pemimpin mungkin mudah tapi untuk menjadi pemimpin yang disayangi dan ditaati amat susah. Kebanyakan pemimpin yang ada, dia ditakuti, bukan dihormati dan ditaati. 

*365*
Untuk mengenal seseorang pemimpin itu zalim atau sebaliknya, bila dia ditakuti, itulah tandanya dia zalim.

Derhaka Dalam Nikmat




Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau? 

MADAH MURSYID 5 dari abah


*356*
Perjuangan macam orang membuka ladang. 
Bermula daripada meneroka hutan belantara, setengah orang itu setakat mampu berangan, hendak membuka hutan, tidak mampu mencuba.
Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun, kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya, tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.
Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha. 
Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak, berhenti pula setakat itu. 
Setengah orang sudah siap membajak dan menggemburkan tanah, tidak sabar pula untuk menanam, mereka meninggalkan pula ladang. 
Setengah orang sanggup sampai menanam, hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup, keluar pula meninggalkan ladang. Akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam. 

*357*
Kalau ada umat Islam boleh berjuang hari ini; di zaman Barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-lain; di samping membangun mereka berakhlak,
di samping berkemajuan tidak ada diskriminasi,
di samping kuat ekonomi, pemurah, berkorban, membantu dan menolong pula,
di samping mempunyai ilmu, tawaduk, merendah diri, khusyuk,
di samping ada kemudahan, hidup bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta,
kalau orang bukan Islam memenuhi disko, kelab-kelab malam, umat Islam memenuhi masjid-masjid atau surau-surau,
di samping belajar, bekerja dengan cemerlang, tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, perempuannya bersopan dan pemalu,
di samping memiliki alat-alat dan kemudahan-kemudahan hidup yang canggih, hidup di dalam perpaduan, sama ada di dalam keluarga, di dalam parti, di dalam masyarakat, di dalam negara, di dalam pejabat,
di dalam membawa kemajuan, tidak ada rasuah, dadah, pendedahan aurat,
di dalam berjuang dan bernegara, pemimpin disayangi dan dihormati bukan ditakuti, rakyatnya dikasihani bukan ditakut-takutkan dan dikasari.
Ciri-ciri ini kalau wujud di dalam masyarakat Islam masya Allah, umat Islam akan menguasai dunia dan Akhirat, umat Islam akan menjadi empayar dan kuasai dunia sekali lagi. 

*358*
Pemimpin di zaman ini lebih-lebih lagi pemimpin negara, orang bukan hormat kepadanya tapi ditakuti, dia diikut kerana ada kepentingan diri padanya. 
Bila jawatannya sudah tiada, orang habis lari, dia pun menghilangkan diri. 

*359*
Orang sekarang tidak malu mengaku ulama kerana itulah ada persatuan ulama. Zaman dahulu seorang itu telah diiktiraf oleh ramai sebagai ulama, itu pun masih tidak suka mengaku dirinya ulama. 

*360*
Bila seseorang itu mengaku atau merasa dirinya ulama, awaslah fitnah darinya. 
Bila seseorang ulama itu tidak mengaku atau merasa dirinya ulama, ikutlah agamanya.

Mencari Kebenaran adalah Wajib




Mencari kebenaran adalah wajib.
Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara.
Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi.
Kebenaran itu hanya satu.
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya.
Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia.
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung.
Ia merupakan kebahagiaan di dunia
dan di Akhirat.
Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi.
Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah.
Carilah kebenaran itu. Jika dapat, perjuangkanlah.
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah.
Jika di dalam laut, selamlah.
Sekiranya di dalam bumi, galilah.
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah.
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit.
Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis.
Di dalam perjalanannya terseksa tapi kesudahannya bahagia.
Jika kebenaran sudah didapati, pertahankanlah bermati-matian.
Dengan harta, tenaga dan jiwa.
Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas sekalipun panas.

Bumi Tuhan... Bersaksilah