masa terus berjalan. Januari sudah hampir seminggu berlalu.

Hari ni 6 Januari 2025. Sama jua 6 Rejab 1446h.
Esok dah hari lahir aku. Menjangkau 38 tahun sudah hidup. Apakah hidup masih sama atau telah berubah banyak?

Apa perancangan hidupku di dunia? Sekembali ke Malaysia, apakah sudah bersedia? Mesej ummi pagi ni sblm subuh berkenaan simpanan utk mulakan hidup di Malaysia menjentik hatiku. Benar, simpanan ada dah sedikit tapi belum cukup untuk menampung jika Zaf benar2 blom bekerja tetap sebagai lecturer. Tp tu lah. Ikut logik akal mmg sukar utk meramal rezeki Allah. Simpanan cuba aku usahakan. Tp mgkn cukup atau tidak, yg penting usaha ke arah tu. Utk 3 bulan, in shaa Allah ada. Kena bincang lagi dgn Zaf byk mana lagi perlu utk mulakan hidup.  Banyak mana pun tak tentu cukup, kerana perniagaan sblm ni, terlalu berat utk ditanggung. Allahu. Lebih berat mengingatkan kehilangan kereta dahulu. Itu yg paling berat. Terima kasih ya Allah mematangkan hatiku dgn ujian itu. Allah mmg tak bagi kau berharta Hans, sbb kau leka bila kau ada. Itu aku mmg rasa. Dapatlah sekejap dulu dgn simpanan boleh tahan. Tp sekelip mata hilang semuanya... Allahu.. byk hikmah dan pengajaran hidup ketika itu.

Saat ini, aku lebih menghitung akan diriku... smpi bila nak berubah hidup bertuhan? Hidup sebagai hamba. Kerana dgn cara itu shj akan menarik rezeki yg lbh lancar. Kau jagalah aku ya Allah. Kau peliharalah aku ya Allah. Aku tetap.mencuba dan meminta. Moga kau kabulkan. Hidup sebagai lelaki di zaman ini sgt mencabar. Itulah pntgnya ilmu tasawuf yg menyucikan. Alfatihah buat imam Al Ghazali dan pata ulama yg meninggalkan tulisan dan catatan agong berkenaan jalan utk kembali bagi hati sang hamba. Moga aku dpt merintis dan menempuh jln itu dgn jayanya. Aamiiin

Salam subuh

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah