hidup sekarang

Selepas menjalani hidup selama 38 tahun, aku mula melihat bahawa tidaklah mudah untuk memiliki segalanya. Sebab engkau hanya hamba. Dan kau tidak layak memilih apa yg kau mahu. Hanya dgn izinnya, kau mampu memiliki sesuatu itu. Jangan pernah menyangka kau memiliki apa-apa. Barang yang sudah ada di tangan pun boleh terlepas. Mknn dah ada, nk suap masuk mulut pun boleh terjatuh.

Qanaah itu perlu. Redha itu mesti. Tanda kita hambanya yang tak punya apa-apa.

Kini anak-anak dah semakin membesar. Term 3 start hari ni. Kaklong P6, Maisa P3 dan Basyirah P1. Humaira dah 2 tahun lbh. Aku direzekikan punya putri-putri. Org kata senang jaga kalau dididik dgn betul. In shaa Allah. Beza anak lelaki. Lasaknya lebih sket.

Kaklong berjaya hafal surah Annaba, annaziat dan abasa masa cuti winter.

Maisa pula hafal surah allail dan assyam. Alhamdulillah. 

Then ada hifz challange from madrasah. Kaklong berjaya baca surah al fajr dan maisa berjaya baca al adiyat.




No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah