MADAH baru 490


Di antara amalan yang telah menjadi budaya hidup di akhir zaman, manusia makan, makanannya di dalam pinggannya masih ada, dia telah basuh tangan, makanan itu terbuang begitu sahaja.
Cuba gambarkan berapa banyak berlakunya pembaziran setiap hari dan sekaligus pula menjadi rakan syaitan. 

*257*
Di akhir zaman Tuhan hanya sekadar di mulut, bukan penghayatan,
Tuhan sekadar penyedap syarahan, bualan, bukan tempat rujuk dan sandaran. 

*258*
Lumrah berlaku di akhir zaman ini di dalam satu parti, tidak sehaluan,
di dalam satu organisasi, tidak sejalan,
di dalam satu masyarakat, tidak sepakat,
di dalam satu kampung, macam hidup seorang,
di dalam satu masjid, hanya berkenalan tidak berkawan,
di dalam satu pejabat, hanya berpandangan tidak satu ikatan,
di dalam satu rumah, hanya terpaksa tidak sejiwa. 

*259*
Di akhir zaman lumrah berlaku, guru dengan murid, pemimpin dengan pengikut, kawan dengan kawan, isteri dengan suami, bos pejabat dengan orang bawahan, kenalan sesama kampung, bukan sahaja hilang di mata, tapi hilang di hati. 

*260*
Di hari ini ada orang beragama sebagai escapism untuk melarikan diri dari kesibukan, dari ketidaktenangan rumah tangga, kerana susah hati tidak ada kerja, kerana jatuh dari jawatan, kerana rahsia telah terbuka.
Justeru itulah tidak lahir kekuatan dari agama.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah