panjang

assalamualaikum ... Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'tengah jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran.
.
Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku". 
.
Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya. 
.
Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba2 datang seorang kawan kita bertanya " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !" 
.
Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi. 
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu. 

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. 
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya. 

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran. 

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia. 

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati...

Siapa tahu? 
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..

Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga makayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya. 

Siapa tahu? 
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..

Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..

Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..

Siapa sangka? 
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..

Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..

Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja. 

Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.

Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..

Paling mulia?
Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..

Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti.

KEBERKATAN HIDUP


--------------------
Jenis2 keberkatan:

1. Keberkatan dalam hidup. Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama. Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya). Contohnya: Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah. Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu. Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah. Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.

6. Keberkatan pada keluarga. Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi. Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan. Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat. Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Semoga ada manfaatnya...

MADAH baru 493


*331*
Kalau ada orang menghina Islam, seseorang itu tidak tersentuh perasaannya tapi bilamana orang menghina dirinya, jiwanya sangat tersentuh, orang itu boleh menjual agamanya demi kepentingan dirinya. 

*332*
Kalau seseorang itu memanggil upah dengan agamanya, tidaklah salah tapi pahalanya di Akhirat tidak ada, rugi jugalah jawabnya.
 
*333*
Bersahabat pilihlah orang, 
berjuang sangguplah berkorban dan terkorban, carilah jodoh yang beriman dan penyayang, 
carilah guru yang mursyid, 
carilah rezeki yang halal, 
carilah jalan yang selamat, 
buatlah kerja pertengahan.
 
*334*
Berhadapan dengan gelombang kehidupan, lebih besar dan hebat daripada gelombang lautan, selalunya karam. Bahkan kapal besar pun sekali-sekala karam juga.
Gelombang kehidupan selalu saja mengkaramkan manusia ke dalam Neraka, kecuali mereka berada di dalam kapal iman yang besar sahaja yang selamat, itupun kalau tidak berhati-hati mengemudikannya, sekali-sekala karam juga. 

*335*
Kalau di dalam menegak kebenaran, kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran.
Kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutlah jejak Nabi Allah Musa a.s., 
kalau kita dikurung dengan ketakutan, ikutlah jejak Nabi Yunus a.s., di waktu di dalam perut ikan.
Kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s. 
Kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikan Nabi Sulaiman a.s sebagai teladan.
Begitulah seterusnya, para-para rasul a.s. itu ada teladan dan pengajaran, sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.

Hati Yang Kotor


Apabila hati kotor, ia akan mengotorkan akal dan mata.
Kotornya adalah bersifat maknawi dan rohani, ia tidak terasa.
Hati yang kotor, mata suka melihat maksiat dan kemungkaran.
Maka jadilah ia mata keranjang, suka melihat perempuan.
Lebih-lebih lagi perempuan yang separuh berpakaian atau bertelanjang.
Apabila hati kotor, akal pun memikirkan yang mungkar.
Berangan-angan yang tidak keruan, memikirkan yang sia-sia dan derhaka.
Bercakap pun sudah tidak ada pertimbangan dan tidak ada sukatan.
Apa yang dicakapkan tanpa difikirkan lagi baik buruknya.
Bahkan bercakap kotor dan lucah jadi budaya.
Dia rasa lazat dengan kata-kata lucah, rasa sedap dengan kata-kata kotor.
Sindir-menyindir menjadi basahan di dalam pergaulan.
Malu pun hilang, segan silu gersang.
Dia tidak fikir apa kata orang.
Orang suka atau benci, dia tidak ambil kira.
Dia fikir dia, orang peduli apa.
Itulah dia budaya orang yang hatinya kotor.
Mata, lidah, hati ikut sama-sama kotor.
Bersihkanlah hati dari kekotoran mazmumah.
Agar hidup kita bersih daripada budaya kotor.
Kerana ia merbahaya di dalam kehidupan manusia. 


CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..



Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

CERITA PASAL REZEKI



Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. 

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. 

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. 

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya. 

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. 

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya. 

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? 

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. 

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT. 

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

MADAH baru 492



*326*
Selagi kita umat Islam tidak bertaqwa, selama itulah segala usaha-usaha kita tidak dibantu oleh Allah sama ada tidak berjaya atau kalau berjaya ada side effectnya, seperti boleh membangun tapi akhlak pula rosak, kemajuan yang dicapai itu sebagai istidraj sahaja. 

*327*
Allah menyuruh kita berusaha, maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kita.
Kalau kita campur tangan kerja Tuhan, kita akan kecewa, yang parahnya kita akan putus asa.  

*328*
Kalau dengan usaha kita, kita yakin mendapat kejayaan, kita telah mentuhankan usaha atau mentuhankan diri kita. Secara tidak sedar kita telah melakukan perbuatan syirik. 

*329*
Tanda usaha kita tidak dibantu Allah, terlalu banyak berbincang, terlalu banyak kertas kerja, terlalu banyak undang-undang dan peraturan, selalu sahaja mencuba-cuba, di dalam keadaan ini timbul krisis pula, hasilnya terlalu sedikit atau berhasil tapi ada side effectnya yang negatif.  

*330*
Kalau orang menghina agama Islam, hati tidak merasa sakit, bila kita dihina orang terasa sakit, tandanya kita tidak memperjuangkan agama Islam lebih daripada memperjuangkan untuk diri kita.

Hamba Yang Jiwanya Bersih



Jika seorang hamba itu ilmunya cukup,
jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin,
kelihatan orangnya tenang.
Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin.
Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana dan lemah lembut.
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia hingga disenangi oleh orang.
Kalau dia pemimpin, sangat dikasihi dan disayangi.
Kerja-kerja tersusun dan teratur.
Tenang, tidak gopoh, berdisiplin.
Pandai bergaul dengan manusia.
Sangat beradab dengan Tuhannya.
Redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian.
Mengutamakan orang lain dari dirinya.
Bertimbang rasa dengan manusia.
Sangat bersimpati dengan orang yang susah dan mendapat kemalangan.
Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup.
Jiwanya hidup, sangat peka, suka khidmat dengan manusia. 


KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG


1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan 

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Wallahu A'alam

SEDIH DAN TERSENTUH..

Salam wrt...

Kisah menarik untuk dikongsi...

SEDIH DAN TERSENTUH..

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"
 
Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan. 

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya. 

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur. 

Aku tengok dan tanya harga. 

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli. 

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku. 

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

Dia jawab,

"Nak sangat. Tapi..."

Aku mencelah.

"Tapi?"

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli. 

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat. 

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka. 

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia. 

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya."

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum. 

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"

Isteri dan anak-anak serentak jawab,

"Nak!~~"
♥♥♥♥

Bersyukurlah dengan apa yang kite ada kerana Ada mereka yang lebih tiada dr apa yang kita ada...

Pengemis Dan Isteri Cantik


-----------------------------

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

*Pengajaran*:
Bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah saw. bersabda yang maksudnya: _"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan_".

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
_"Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"_.

🌻 Semoga manfaat 🌻

MADAH baru 491


*271*
Apabila kerosakan sesuatu bangsa itu menyeluruh, orang jahat mengambil peluang menangguk di air keruh hingga pemimpin tidak boleh tidur, orang kaya di dalam ketakutan, ahli ilmu tidak dihormati orang, orang awam di dalam kebimbangan, fakir miskin bertambah terhina.
Di waktu itu, semua golongan itu mencari jalan keluar daripada malapetaka itu.
Yang malangnya, secara majoritinya tidak mahu juga bertaubat secara serius agar kembali menerima pimpinan Allah dan Rasul serta meninggalkan penzaliman yang telah dilakukan. Bagaimana Allah mahu menolong? 

*272*
Allah berfirman melalui Al Quran yang bermaksud, lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan disebabkan apa yang telah diusahakan oleh tangan-tangan mereka sendiri agar mereka merasa menderita di dunia lagi.
Oleh itu, kalau berlaku kerosakan yang merata pada sesuatu bangsa itu hingga menyusahkan mereka, patutnya para ulama dan pemimpin mengajak orang ramai bertaubat, menangis memohon ampun kepada Allah dan ajak manusia kembali mentaati Allah dan Rasul.
Orang yang terzalim hendaklah dilepaskan.
Pelanggaran hukum Allah hendaklah dihentikan.
Inilah hakikat sebenar, bukan sibuk membahas dan membincangkan di sudut teknikal saja.  

*273*
Apabila sesuatu bangsa itu Allah anugerahkan kemajuan dan pembangunan yang pesat secara istidraj; bukan atas rahmat-Nya; pasti akan berlaku kerosakan di sudut lain terutama sudut akhlak hingga kemajuan dan tamadun fizikal itu sudah tidak ada nilai. 

*274*
Cuba gambarkan kalau sesuatu bangsa lumrah berlaku seperti berikut:
* ahli politik menerima rasuah, berlaku politik wang, ada klik-klik sesama sendiri, yang bukan klik ditindas atau dibiarkan.
* Ahli perniagaan memberi rasuah, menjadi lintah darat kepada masyarakat. 
* Ahli-ahli ilmu sombong, mengguna ilmu untuk kekayaan.
* Guru-guru bekerja untuk duit, murid-murid belajar untuk masa depan dunia, bukan untuk masa depan akhirat.
* Pihak keselamatan ibarat pagar makan padi, orang ramai tidak boleh didisiplinkan.
*Kaum ibu lebih seronok di luar rumah daripada dalam rumah.
* Para-para artisnya mempamerkan budaya kuning.
Di manakah keindahan hidup?
Di manakah ketenangan? 

*275*
Kalaulah gejala masyarakat yang kronik berlaku pada sesuatu bangsa, kemudian tidak tahu puncanya secara tepat, tidak tahu pula kaedah yang mana hendak dilaksanakan untuk membaikinya, kemudian tidak ada golongan yang mampu menanganinya serta menjadi contoh yang baik untuk diteladani,
dalam pada itu timbul tuduh-menuduh satu sama lain dan wujud pula golongan yang mengambil kesempatan untuk menjadi wira masyarakat walaupun tidak faham menanganinya, sama-samalah kita lihat kehancuran bangsa itu.

Kasih Sayang Hasil Cintakan Tuhan



Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita,
yang ada hubungan cinta dengan Tuhan.
Kasih sayang begini adalah murni.
Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati.
Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat
kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan.
Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia kekal abadi dan murni.
Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal,
hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal.
Kasih sayang yang begini ia adalah sejati, sampai ke mati.
Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu.
Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati.
Sekalipun suami isteri.
Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada.
Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan.
Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia kekal abadi dan murni.
Cintakan Tuhanlah pengikat kasih sayang hingga berpanjangan.
Susah hendak diputuskan, payah sekali hendak dihilangkan.
Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan.
Ia bersih, murni dan sejati, kekal abadi. 


MADAH baru 490


Di antara amalan yang telah menjadi budaya hidup di akhir zaman, manusia makan, makanannya di dalam pinggannya masih ada, dia telah basuh tangan, makanan itu terbuang begitu sahaja.
Cuba gambarkan berapa banyak berlakunya pembaziran setiap hari dan sekaligus pula menjadi rakan syaitan. 

*257*
Di akhir zaman Tuhan hanya sekadar di mulut, bukan penghayatan,
Tuhan sekadar penyedap syarahan, bualan, bukan tempat rujuk dan sandaran. 

*258*
Lumrah berlaku di akhir zaman ini di dalam satu parti, tidak sehaluan,
di dalam satu organisasi, tidak sejalan,
di dalam satu masyarakat, tidak sepakat,
di dalam satu kampung, macam hidup seorang,
di dalam satu masjid, hanya berkenalan tidak berkawan,
di dalam satu pejabat, hanya berpandangan tidak satu ikatan,
di dalam satu rumah, hanya terpaksa tidak sejiwa. 

*259*
Di akhir zaman lumrah berlaku, guru dengan murid, pemimpin dengan pengikut, kawan dengan kawan, isteri dengan suami, bos pejabat dengan orang bawahan, kenalan sesama kampung, bukan sahaja hilang di mata, tapi hilang di hati. 

*260*
Di hari ini ada orang beragama sebagai escapism untuk melarikan diri dari kesibukan, dari ketidaktenangan rumah tangga, kerana susah hati tidak ada kerja, kerana jatuh dari jawatan, kerana rahsia telah terbuka.
Justeru itulah tidak lahir kekuatan dari agama.

bertimbang rasa sesama Makhluk Tuhan


Engkau ingin disayangi tapi engkau tidak pernah menyayangi makhluk Tuhan.
Engkau ingin diambil perhatian tapi engkau tidak pernah mengambil perhatian kepada manusia.
Engkau suka dibantu ketika engkau mendapat kesusahan.
Tapi kesusahan orang engkau tidak pernah mempedulikan.
Engkau ingin simpati orang terutama di masa diperlukan.
Tapi simpati tidak ada di dalam kamus hidup engkau.
Engkau ingin menagih penghormatan dari orang.
Tapi engkau tidak pernah menghormati orang.
Engkau hanya mementingkan diri sendiri.
Perasaan engkau sahaja yang engkau fikirkan.
Tapi perasaan orang lain engkau tidak pedulikan.
Ingatlah perasaan manusia sama sahaja.
Apa yang kita rasa susah itulah juga yang dirasa manusia.
Apa yang disenangi kita itulah juga disenangi orang lain.
Kerana itulah kita kenalah bertimbangrasa.
Di dalam memikirkan diri kenalah juga memikirkan diri orang.
Barulah kita boleh hidup berkasih sayang dan bekerjasama.

Bumi Tuhan... Bersaksilah