Kalau orang kata kita adalah musuh Allah. Ini kira dah teruklah. Bagaimana sepatutnya kita respon? Eloklah kita koreksi diri. Ada banyak sebab yang boleh jadikan kita setaraf dengan musuh Allah. Antaranya;
1. Amalkan riba. Allah isytihar perang kepada pengamal riba.
2. Memusuhi wali atau kekasih Allah. Juga Allah isytihar perang.
3. Paling kurang pun kita selalu membazir. Tak kiralah membazir dari aspek mana dan banyak mana. Jika jadi tabiat maka jadilah kawan syaitan. Kalau syaitan jadi kawan dengan sendirinya jadi musuh Allah.
Cukuplah tiga contoh mudah untuk kita akui bahawa adakalanya memang benar kita ini musuh Allah. Cuma kadang jadi musuh sejam atau sehari atau sebulan atau selagi kita belum bertaubat dan berubah.
Sebab itu ada keterangan hadith umat Islam di akhir zaman paginya Islam petang kafir. Petang Islam pagi pula kafir. Begitulah susahnya nak istiqomah jadi hamba Allah. Lagilah susah nak jadi kekasih Allah. Jadi kalau orang kata kita macam-macam yang negatif, mula-mula terima dulu. Kemudian koreksi diri. Baiki diri. Begitulah sifat orang beriman.
No comments:
Post a Comment