Yasin ayat 9

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat.Saya ibu kepada 2 orang anak..Saya dan suami bekerja shif(perhotelan).Kami bekerja nun di atas bukit genting.Tapi kami tinggal di batang kali.Setiap hari kami berulang.30-35 minit setiap hari..Cara bekerja di genting ni lain.Kami bekerja 3minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus.Tiap bulan begitu.

Saya,suami dan anak2 memang dah biasa rutin kami memang begitu.3minggu bekerja dan 1minggu cuti.Selalu nya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah.Pergi bercuti.Sebab tak ada banyak masa dengan anak2.Time cuti saja lah boleh nak spend time.

Ceritanya begini,rumah kami memang ada cctv,suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama2 hampir setiap bulan untuk bercuti.Nak dijadikan cerita.satu hari lepas kami balik bercuti,saya bukak saja pintu rumah saya nampak ada lelaki dalam rumah saya.Keadaan dia tak bermaya.Boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak2,dan saya nak telefon polis.Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi.Biar dia jumpa lelaki tu dulu..Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air,lepastu bagi pulak makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu.Lepas dia selesai makan,suami mula menyoal.Buat apa di rumah kami?? Dia kata dia memang mark rumah kami.Tiap bulan mesti akan kosong lama.So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak..Ye rompak.

Menggigil tangan saya admin nak telefon polis.Suami tak izinkan.Suami saya tanya apa yang terjadi?Kenapa tak rompak?Kenapa masih di dalam rumah?Kenapa lemah tak bermaya?Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung.Dia cari jalan nak keluar tak jumpa2.Dah 3hari dia dalam rumah saya.Tak jumpa jalan keluar.Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan.Suami saya kata dia pernah terbaca.Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah,sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia,tapi sedang uji kita juga.Bagaimana kita tangani perkara tu.Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa2 barang pun lagi.

Selesai semuanya,suami saya bukak cerita.Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah.Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah,bacalah satu ayat dari surah yasin(ayat 9)..Bukan saja nak keluar rumah,tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya.Anak2 pun suami saya ajar doa ni..Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi..Disini saya kongsikan sekali ayatnya..Semoga bermanfaat.Semoga diri kita dan orang2 kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada..Amin...

Musuh Allah

Kalau orang kata kita adalah musuh Allah. Ini kira dah teruklah. Bagaimana sepatutnya kita respon? Eloklah kita koreksi diri. Ada banyak sebab yang boleh jadikan kita setaraf dengan musuh Allah. Antaranya;

1. Amalkan riba. Allah isytihar perang kepada pengamal riba.

2. Memusuhi wali atau kekasih Allah. Juga Allah isytihar perang.

3. Paling kurang pun kita selalu membazir. Tak kiralah membazir dari aspek mana dan banyak mana. Jika jadi tabiat maka jadilah kawan syaitan. Kalau syaitan jadi kawan dengan sendirinya jadi musuh Allah.

Cukuplah tiga contoh mudah untuk kita akui bahawa adakalanya memang benar kita ini musuh Allah. Cuma kadang jadi musuh sejam atau sehari atau sebulan atau selagi kita belum bertaubat dan berubah.

Sebab itu ada keterangan hadith umat Islam di akhir zaman paginya Islam petang kafir. Petang Islam pagi pula kafir. Begitulah susahnya nak istiqomah jadi hamba Allah. Lagilah susah nak jadi kekasih Allah. Jadi kalau orang kata kita macam-macam yang negatif, mula-mula terima dulu. Kemudian koreksi diri. Baiki diri. Begitulah sifat orang beriman.

Pencinta Allah vs Pencinta Dunia

Lumrah berlaku didalam kehidupan didunia
Jika seseorang yang cinta dunia itu ternama
Ada glamour kaya raya ataupun berkuasa
Sambutan orang kepadanya hanya sementara

Diwaktu tua tenaga sudah tiada berguna
Orang sudah lupa. Dia terpinggir seorang diri
Adakalanya kehidupannya sedih sekali
orangpun tidak peduli
Apatah lagi selepas matinya
 jarang sekali namanya disebut orang lagi
Belainan sekali pencinta Allah
Yang kerjanya untuk Allah
Walaupun sesungguhnya ujian menimpa
Pada mereka berat sekali
Walaupun begitu di masa hidupnya dihormati oleh manusia

Diwaktu tuanya pula apatah lagi
Bahkan walaupun selepas matinya
Namanya masih disebut-sebut lagi
Makamnya sentiasa diziarahi pada setiap hari
Seperti makam para nabi dan para wali
Begitulah beza antara dua golongan manusia
Pencinta Allah dan pencinta dunia

Marilah ambil pengajaran darinya

SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasibdiri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan  dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

MAK DAH TAKDE

:: ALONG.. ANGAH.. ALANG.. ATEH.. ANDAK.. ACIK.. ADIK..

::  ::

Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...

"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau pasni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Amek peluang terakhir ni..
Usap rambut mak...mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan taik aku..
Mak dukung aku.. mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau takleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita semayang..
Arini kita semayangkan mayat mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tanak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..

Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."

Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..

"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."

Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain.

#ummi

Orang tenang?

"Macam mana nak jadi orang yang tenang, tak suka marah2, dan pandai urus masa dengan baik?"
.
One powerful tips that I learned from my favourite ustaz, Sheikh Hussain Yee--
.
When u make time for Allah,
Allah will give you time that you need.
When you practice calmness and peace in solah,
Allah will give you calmness and peace that you need.
.
😊
.
Kunci dia--
prektis urus masa dan emosi dalam solat.
.
Orang yang tenang dan tak terburu2 dalam solat,
akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.
.
Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
.
Masa mula2 belajar pasal benda ni dulu,
saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee 😑
.
Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I've improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.
.
Kalau tak, sebelum ni sikit2 nak baling hanger 😂
.
Since then I realised--
calmness is a superpower given by Allah.
.
Rupanya ketenangan diri takde kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan is the ability to not overreact, to keep your mind clear and your heart at peace walau dalam apa jua keadaan.
.
And it comes--
from Allah.
.
Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri--
"I'm a calm and peaceful person."
InsyaAllah 😊
.
Good night, everyone!
.
#AskAR
#AskAdlilRajiah

MARUAH MELAYU - BERSATU SYARIAT

1. Bersatu syariat itu ialah bersatu dalam menerima lima hukum Allah, iaitu:

• Wajib

• Sunat

• Haram

• Makruh

• Harus

Dalam kegiatan hidup kita sehari-hari, kita tidak dapat melepaskan diri dari salah satu dari 5 hukum tersebut di dalam kerja apa pun yang kita buat samada yang kecil maupun kerja yang besar.

Adapun takrif hukum-hukum tersebut adalah seperti berikut:

i) Wajib: Perkara yang bila dibuat mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa, maka kedudukannya mesti dibuat. Seperti sembahyang fardhu, puasa di bulan Ramadhan, belajar Fardhu Ain, menepati janji, berkata benar, amanah dll.

ii) Sunat: Perkara yang apabila dibuat diberi pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa, maka kedudukannya elok dibuat. Bukan mesti. Elok. Seperti sembahyang sunat, puasa sunat, ziarah orang sakit, berwirid zikir, berselawat dll.

iii) Haram: Perkara yang bila dibuat berdosa, kalau ditinggalkan mendapat pahala, maka kedudukannya mesti ditinggalkan. Seperti minum arak, berzina, berbohong, khianat, membazir dll.

iv) Makruh: Sesuatu perkara yang jika dibuat tidak berdosa (tapi Allah benci) kalau ditinggalkan mendapat pahala, maka kedudukannya elok ditinggalkan. Bukan mesti. Seperti memakan makanan yang busuk baunya dll.

v) Harus: Suatu perkara yang kalau dibuat tidak berpahala jika ditinggalkan tidak berdosa kedudukannya, tepuk dada tanya selera. Nak buat sila, nak tinggalkan pun tak apa. Tetapi kalau dibuat cukup 5 syarat-syaratnya boleh jadi ibadah kepada Allah dan mendapat pahala. 5 syarat tersebut ialah:

a. Niat kena betul iaitu buat suatu perkara itu kerana Allah Taala.

b. Perlaksanaannya mengikut syariat.

c. Perkara yang dilaksanakan itu dibolehkan oleh syariat (tidak bertentangan dengan syariat),

d. Natijahnya (hasilnya) mesti betul.

e. Tidak meninggalkan atau mengabaikan perkara yang asas iaitu semua rukun Iman dan Islam.

2. Semua ahli parti Melayu atau parti Islam atau apa-apa organisasi kena bersatu menerima sembahyang fardhu itu sebagai wajib dan semua ahli kena pastikan mendirikannya. Adakah ia berlaku? Jangan malam dengar ceramah politik atau pasang bendera parti, subuh esoknya ‘ke laut.’ Orang kata ‘Subuh Gajah’. Begitu juga puasa Ramadhan, zakat dan haji. Jangan London, Paris, Los Angeles pergi saban tahun, Mekah Madinah dilangkah je. Ini tak bersatu dalam bersyariat namanya.

3. Mendirikan perusahaan makanan Islam yang halalan toiyiban seperti mi kuning, tauhu, kicap, sos cili dan tomato, fish ball, fish cake, sosej, ais krim, roti, coklat, biskut dll hukumnya wajib. Wajib Fardhu Kifayah. Kalau di buat oleh sebahagian umat Islam dalam lingkungan 2 marhalah, gugur dosa yang lain. Kalau tak diusahakan, semuanya berdosa. Kalau Allah tak ampunkan, semua Umat Islam di kawasan itu akan masuk neraka.

4. Adakah parti-parti Melayu Islam ini, sejak merdeka hingga sekarang yakini perkara ini wajib dan usaha bangunkan kilang-kilang ini? Sejak lebih 60 tahun, berapa kilang yang telah kita bangunkan? Dah selamatkah Umat Islam khasnya Bani Melayu dari menyuap mulut mereka dan anak isteri mereka dengan makanan yang benar-benar suci kerana ia membina hati dan peribadi mereka. Apa yang kita perhatikan di media social, perangai mencarut, maki hamun, membawang, bermegah-megah, mendedahkan perkara-perkara sulit sudah menjadi kebiasaan. Selain dari didikan dan persekitaran, apa yang kita makan itulah yang membentuk perangai dan sikap kita.

5. Kalau hendak melepasi bersatu dari sudut syariat ini, kena pastikan semua ahli parti, persatuan, malah semua Umat Islam menerima hukum haram itu sebagai haram dan meninggalkannya. Adakah ia berlaku? Rasuah itu haram, riba itu haram, membazir itu haram, judi itu haram, khianat itu haram, berbohong itu haram, tak tunaikan janji itu haram, tak tutup aurat itu haram, bergaul bebas lelaki perempuan bukan mahram itu haram, memaki hamun itu haram, memfitnah itu haram, mencarut itu haram, zina itu haram, minum arak itu haram dll. Adakah kita semua meyakini semua perkara ini sebagai haram dan meninggalkannya 100%? Kalau belum berlaku, terimalah hakikat kita belum bersatu. Maruah kita masih rendah.

Artikel penuh ; https://www.anjangmuor.com/2019/10/08/maruah-melayu-siri-ii-bersatu-syariat/

MAKHLUK PALING HINA

Di sebuah sekolah pondok, terdapat seorang pelajar yang tengah menuntut ilmu daripada seorang guru. Sudah bertahun-tahun lamanya si pelajar ini belajar hingga tibalah saat di mana dia akan dibenarkan pulang untuk berbakti kepada masyarakat

Sebelum dia pulang, gurunya memberi satu ujian kepadanya. Si guru kemudian berkata pada pelajar tersebut, "Sebelum kamu pulang, dalam tiga hari ini, aku ingin meminta kamu mencarikan seorang ataupun satu makhluk yang lebih hina dan buruk daripada kamu", ujar si guru.

"Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru. Hari ini saja saya mampu menemui ramai orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya", jawab si pelajar penuh keyakinan diri.

Si guru tersenyum seraya mempersilakan muridnya membawa seorang ataupun satu makhluk itu ke hadapannya.Pelajar itu pun keluar dari ruangan gurunya dengan semangat kerana menganggap begitu mudah ujian itu. Hari itu juga, si pelajar berjalan menyusuri jalanan. Di tengah jalan, dia menemui seorang pemabuk tegar. Menurut pemilik warung yang dijumpainya, orang tersebut selalu mabuk malahan setiap hari. Fikiran si pelajar sedikit tenang, dalam hatinya dia berkata,

"Pasti dia orang yang lebih buruk dariku, setiap hari dia habiskan hanya untuk memabukkan dirinya, sementara aku selalu rajin beribadah."

Dalam perjalanan pulang si pelajar kembali berfikir,

"Rasanya si pemabuk itu belum tentu lebih buruk dari aku, sekarang dia sering mabuk tapi siapa yang tahu di akhir hayatnya Allah SWT mendatangkan hidayah hingga dia mampu husnul Khotimah, sedangkan aku yang sekarang rajin ibadah, kalau di akhir hayatku, Allah SWT mengkehendaki Su'ul Khotimah, bagaimana? Ini bermaksud pemabuk itu belum tentu lebih hina dari aku", ujarnya bimbang.

Si pelajar kemudian kembali melanjutkan perjalanannya mencari orang atau makhluk yang lebih buruk darinya. Di tengah perjalanan, dia menemui seekor anjing yang menjijikkan kerana selain bulunya kusut dan baunya yang busuk, anjing tersebut juga menderita penyakit kudis

"Akhirnya aku temui juga makhluk yang lebih hina dari aku. Anjing tidak hanya haram, tapi juga berpenyakit kudis dan menjijikkan", kata santri dengan girang.

Dengan menggunakan guni beras, si pelajar membungkus anjing tersebut bertujuan hendak di bawa ke sekolah pondoknya. Namun di tengah jalan, tiba-tiba dia kembali berfikir

"Anjing ini memang buruk rupa dan berkudis, namun benarkah dia lebih buruk dari aku? Oh tidak, kalau anjing ini mati, maka dia tidak akan diminta bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya di dunia, sedangkan aku harus bertanggung jawab pada semua perbuatan selama aku di dunia dan boleh jadi aku akan masuk ke neraka"

Akhirnya si pelajar menyedari bahawa dirinya belum tentu lebih baik dari anjing tersebut.

Hari semakin senja, si pelajar masih mencuba kembali mencari orang atau mahkluk yang lebih hina darinya. Namun hingga malam tiba, dia tak juga menemuinya. Lama sekali dia berfikir, hingga akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke sekolah pondoknya dan menemui gurunya.

"Bagaimana Anakku, apakah kamu sudah menemukannya?", tanya sang guru.

"Sudah, guru", jawabnya seraya tertunduk.

"Ternyata di antara orang atau makhluk yang menurut saya sangat buruk, saya tetap paling buruk dari mereka", ujarnya perlahan.

Mendengar jawapan si pelajar, si guru tersenyum lega

"Alhamdulillah. Kamu ternyata lulus dari perguruanku ini, anakku", ujar si guru terharu.

Kemudian si guru berkata, "Selama kita hidup di dunia, jangan pernah bersikap sombong dan merasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain. Kita tidak pernah tahu, bagaimana pengakhiran hidup yang akan kita jalani. Boleh jadi sekarang kita baik dan mulia, tapi di akhir hayat menjadi makhluk yang seburuk-buruknya. Boleh jadi pula sekarang kita beriman, tapi di akhir hayat, syaitan berhasil memalingkan wajah kita hingga melupakan-Nya"

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi"
(Hadis Riwayat Muslim no 91 )

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Dan semoga di sisa umur yang Allah SWT berikan dapat kita pergunakan sebaik-baiknya untuk memperbanyak amal soleh dan bukan hanya disibukkan dengan urusan duniawi belaka dan semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

KISAH SEORANG PAKCIK DAN PEMUDA


Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali masuk waktu solat fardhu di masjid.

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. whatsapp

ktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no.3 no.4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, doakan pemuda tersebut dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & al quran. Semoga doa itu berbalik kepada Tuan/Puan juga.

Perkongsian: whatsapp

tuntut

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Takde seorang pun yang terlepas.

Kat dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 Tahun perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik-beradik perempuannya (walaupun sudah berkahwin).

Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat. Begitu juga ibubapanya, walaupun di dunia ni tak jaga ibubapa yang sakit, mak ayah kata dia redho tapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut. Jika ada mertua tapi tidak menjaga hak mertua di akhirat, juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu, kata Ustazah Asma' Harun.

Di akhirat, suami pun akan saling menuntut pada isterinya. Anak-anak pun akan saling menuntut pada mak ayahnya. Adik-beradik perempuan akan saling menuntut dengan abangnya. Mertua pun akan saling tuntut menuntut pada menantunya. Hatta, kawan-kawan pun akan saling tuntut menuntut pada kawan-kawannya.

Kat dunia ni semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun dah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab di akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tak kejutkan suami yang sedang tidur. Kat dunia ni kita nampak kecik je benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut kat isteri.

Kat dunia ni jika suami membiarkan isteri-isteri mereka saling umpat mengumpat, bercakap buruk tentang orang lain, tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri akan saling tuntut menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa.

Benda ni mungkin nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun isteri akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang kawan, di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut haknya dari kita.

Hidup kita kat dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook.

Jangan ingat alam maya ni Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walau sekecil-kecil kuman amalan kita akan dihisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedah aurat jika tiada satu pun kawan-kawannya yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan tu supaya dia menutup aurat dan kawan yang tak tutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawannya yang tak menegurnya.

Nampak?
Ini antara hak seorang kawan.
Kita ada ilmu agama tapi kita tak lunaskan haknya sebagai seorang sahabat.

Saya ambil contoh paling mudah.

Saya kena tulis dan sebarkan yang baik-baik untuk bacaan orang-orang yang mengikuti saya bukan kerana saya bajet suci atau gerenti masuk syurga tapi saya dalam usaha untuk mendidik diri saya jadi baik dan saya anggap ini adalah satu usaha kecil saya untuk agama.

Copy&paste.

❤Semoga dgn sedikit perkongsian ini menambahkan lg ilmu kita,saling muhasabah Dan perbaiki diri untuk sama2 kita mencari redha Allah.❤

Jangan biarkan

Seorang ayah sebelum dia meninggal dunia panggil anak dia dan berkata "Ini jam yang atuk kamu bagi, dah 200 tahun usianya, tapi sebelum ayah bagi kat kamu, kamu pergi kedai jam dan cakap kamu nak jual, tengok dia offer berapa harga"

Anak dia ni pun pergi lah kedai jam. Balik tu dia cakap kat ayah dia, "Kedai jam nak RM5 je ayah, sebab dah lama sangat". Ayah dia pun suruh dia pergi kedai kopi dan offer jam tu. Balik tu anak dia balik dan cakap "Ayah, lagi teruk, dia nak RM2 je. Harga kopi pun lagi mahal"

Ayah dia suruh pergi Muzium pulak dan tawarkan jam tu. Dia pun pergi muzium dan balik dalam keadaan excited, dia cakap kat ayah dia "Ayah, dia offer RM1 Juta ayah untuk jam ni".

Ayah dia terus jawab "Anakku, ayah suruh kamu buat semua ni sebab ayah nak kamu tahu, tempat yang betul akan value kamu dengan betul, jangan letak diri kamu di tempat yang salah. Marah diri kamu kalau tak dihargai kamu. Jangan tinggal di tempat yang tak sesuai."

Pengajaran dari cerita ini ialah "Tahu value diri kamu, jangan biar orang pijak diri kita"

Copypaste....

Bumi Tuhan... Bersaksilah