Ego, sombong atau takabur adalah sifat mazmumah mendekati kekufuran
Ia bermula daripada sikap iblis terhadap nabi Adam
Kalau dibiarkan hingga subur mudah membawa kepada kekufuran
Sama ada secara sedar atau tidak sedar
Macam adil, salah satu sifat mahmudah mendekati taqwa
Tambah sedikit sahaja lagi sifat taqwa itu pun dapat dicapai
Sifat-sifat mazmumah yang lain di bawah ini
Atau dia buah-buah yang lahir daripada satu pokok yang dinamakan ego atau takabur
Ego adalah pokok boleh melahirkan berbagai-bagai buah mazmumah yang banyak jika disuburkan
Di sini dibawa beberapa contoh untuk mudah difaham
Seseorang yang sombong jika tersinggung marahnya pun datang dan merangsang
Dia datang meluap-luap tanpa dapat ditahan-tahan
Sama ada di hadapan orang sedikit mahupun orang ramai
Marahnya membakar, matanya merah, badan menggeletar
Jika dia tahu ada orang lebih darinya
Sama ada ilmu, harta, pengikut, pengaruh
Wah! Hasad dengki membakar
Jiwanya menggelisah tidak tentu arah
Kalau orang itu pula mencabar
Wah! Dendam kesumatnya pun macam gunung berapi menunggu keluar lahar
Jika bertukar fikiran dengan orang dia membantah tidak sabar-sabar
Bertelagah, membantah, sekalipun orang itu benar
Sekiranya melihat orang bawahnya yang hina-dina hatinya jijik, bibir mencemik
Melahirkan rasa benci atau menghina yang datang dari hati
Kalau orang memberi nasihat hatinya sakit
Dengan orang susah hendak berkawan
Jika ada orang bawahnya tersalah
Aduh! Tengking herdiknya macam muntah yang keluar
Keluarlah bahasa-bahasa kesat yang sangat dahsyat
Kalau dia ada jasa minta dipuji dan disanjung tinggi
Jika dia ada kuasa, nama dan glamor minta dihormati pula
Susah hendak memuji orang
Payah mahu hormat
Orang yang mempunyai sifat ego atau sombong ini jika ada kuasa
Aduh! Musuh-musuhnya tidak ada maaf, dibelasahnya
Kawan setia pun dia boleh khianat
Jauhilah sifat sombong dia
hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Ego Mendekati Kekufuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment