MIMPI SEORANG GADIS

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. ============================= Lalu Rasulullah menegurnya. ============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" ============================= Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya ============================= "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. ============================= "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ============================= "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? ============================= Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. ============================= Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. ============================= Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" ============================= Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" ============================= Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." =============================
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. ============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. ============================= Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....‪
#Tidak‬ berat mana pon hanya baca copy dan paste sahaja :')
BACALAH
         
👉   Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..

Maaf

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"

Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang.

Inshaa Allah.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA.

SELESA DI ALAM KUBUR

.

Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.
Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fanaA ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan-kawan,

Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita.

Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.

Tapi tulah, dah bersediakah kita ?

In sha Allah.

Ahli Makrifat

Berkata Al-Habib Umar bin Hafidz:

Ahli makrifat memahamkan kepada kita bahawa seseorang yang meningkat tinggi dalam perjalanan menuju Allah hendaklah tidak terlalu agresif untuk memaksa dirinya dalam pertarungan hawa nafsunya, bahkan hendaklah secara bijak mengendalikan hawa nafsu tersebut, jika tidak, hatinya berkemungkinan menjadi buta (bosan dan muak) kerana kejutan tersebut.

Seandainya ada perkara yang boleh merehatkan nafsu tersebut dari keletihan bermujahadah melawan nafsu, maka perkara tersebut diperbolehkan selagi mana ianya tidak haram disisi syariat. Hal demikian dilakukan adalah bagi memberi ruang kepada hatinya untuk menguatkan perasaan kehadiran dengan Allah(hudhur) dan perasaan kebersamaanNya(mai'yyah).

Meskipun begitu, untuk orang yang baru saja bermula perjalanan rohaninya(al-mubtadi) hendaklah dia memiliki azam yang jitu dan semangat yang tinggi dalam menekan hawa nafsunya. Kerana tanpa semangat yang kuat dalam melawan hawa nafsunya, maka dia akan terperdaya dan terbuai dengan godaan hawa nafsunya untuk memuaskannya dari satu perkara yang kecil kepada perkara yang lebih buruk.

Lalu jika seseorang memiliki pembimbing rohani, maka panduan dalam menambahkan amalan-amalan dengan lebih banyak adalah berdasarkan bimbingan guru tersebut agar pengembara menuju Allah meniti fasa demi fasa, peringkat demi peringkat dalam keterbukaan mata hatinya(basirah) dan tersingkapnya hijab-hijab hati(raf'ul hujub).

-Pengajian Kitab Hikam al-Haddad, Subuh, 30 Sept 2019, Masjid Negeri Shah Alam.

PERBAIKI NIAT

“Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu.
Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.

Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.

Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!”

(Syaikh Shalih Awadh Al Mughamisi - Imam Masjid Quba)

#TarbiahJiwa

ENAM PRINSIP‼️

1.Teguh, tidak mudah stress dan nampak tenang  karena selalu meninggikan kecintaan Allah dalam hatinya.

2.Berbuat kebaikan dan suka menolong karena percaya malaikat mencatat.

3.Mampu memimpin dirinya sendiri dan orang laindan menjadikan Rasulullah uswatun hasanah.

4.Suka belajar dan terus melakukan perbaikan dgn tuntunan Al Qur'an dan Hadist.

5.Selalu berupaya maksimal mencapai tujuan dan senantiasa Berorintasi jauh ke depan, bahkan hingga "Hari Akhir".

6. Hati selalu Ikhlas dalam setiap peranan dan hasil sebagai sebuah takdir terbaik dari Allah.

Maksud Bacaan dalam Solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Ego Mendekati Kekufuran

Ego, sombong atau takabur adalah sifat mazmumah mendekati kekufuran
Ia bermula daripada sikap iblis terhadap nabi Adam
Kalau dibiarkan hingga subur mudah membawa kepada kekufuran
Sama ada secara sedar atau tidak sedar
Macam adil, salah satu sifat mahmudah mendekati taqwa
Tambah sedikit sahaja lagi sifat taqwa itu pun dapat dicapai
Sifat-sifat mazmumah yang lain di bawah ini
Atau dia buah-buah yang lahir daripada satu pokok yang dinamakan ego atau takabur
Ego adalah pokok boleh melahirkan berbagai-bagai buah mazmumah yang banyak jika disuburkan
Di sini dibawa beberapa contoh untuk mudah difaham
Seseorang yang sombong jika tersinggung marahnya pun datang dan merangsang
Dia datang meluap-luap tanpa dapat ditahan-tahan
Sama ada di hadapan orang sedikit mahupun orang ramai
Marahnya membakar, matanya merah, badan menggeletar
Jika dia tahu ada orang lebih darinya
Sama ada ilmu, harta, pengikut, pengaruh
Wah! Hasad dengki membakar
Jiwanya menggelisah tidak tentu arah
Kalau orang itu pula mencabar
Wah! Dendam kesumatnya pun macam gunung berapi menunggu keluar lahar
Jika bertukar fikiran dengan orang dia membantah tidak sabar-sabar
Bertelagah, membantah, sekalipun orang itu benar
Sekiranya melihat orang bawahnya yang hina-dina hatinya jijik, bibir mencemik
Melahirkan rasa benci atau menghina yang datang dari hati
Kalau orang memberi nasihat hatinya sakit
Dengan orang susah hendak berkawan
Jika ada orang bawahnya tersalah
Aduh! Tengking herdiknya macam muntah yang keluar
Keluarlah bahasa-bahasa kesat yang sangat dahsyat
Kalau dia ada jasa minta dipuji dan disanjung tinggi
Jika dia ada kuasa, nama dan glamor minta dihormati pula
Susah hendak memuji orang
Payah mahu hormat
Orang yang mempunyai sifat ego atau sombong ini jika ada kuasa
Aduh! Musuh-musuhnya tidak ada maaf, dibelasahnya
Kawan setia pun dia boleh khianat
Jauhilah sifat sombong dia

Terima seadanya

Dari Firdaus shakirin :

Sebelum mengahwini mana2 perempuan, tgok rumahnya, tgok keluarganya, tgok kesihatan org tuanya…

Jangan kahwin dgnnya jika kita tidak mampu tinggal didlm rumahnya…jgn kahwin dgnnya jika kita tidak boleh terima keluarganya…jgn kahwin dgnnya jika kita ingin menghalang dia utk berbakti kpd org tuanya…

Jika kita memilih utk meneruskan jugak hubungan itu, kelak kita hanya akan menerimanya seorang diri sahaja, bukan tempat tinggalnya, bukan keluarganya, bukan org tuanya…kita tidak selesa dirumah mertua, kita tidak balik ke rumah mertua, kita tidak suka kpd org tuanya, kita xnak org tuanya dtg ke rumah kita dan kita xnak dia berbakti kpd mereka…

Sikap dan perbuatan kita tu sebenarnya akan membuatkan hati seorang isteri berbelah bahagi…samada mengikut kata2 dan kemahuan suaminya sekaligus mengecilkan hati kedua org tuanya, atau memilih org tuanya berbanding suami…

Jika ingin menerima seorang wanita itu sebagai isteri yg akan tinggal bersama dgn kita seumur hidup kita, maka terimalah dirinya, tempat tinggalnya, keluarganya, org tuanya, SEADANYA mereka…✌️

Syukur kan indah‼️

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk  menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah...

Anakku

Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna

Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu

Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta

Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara

Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Sedarlah

Berhati-hatilah, bahawa bumi yang engkau pijak, Allah yang punya,
Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri

Makanan dan minuman setiap hari yang engkau makan dan minum, nikmat dan pemberianNya,
Malulah kepadaNya, syukurilah Dia

Setiap pakaian buat menutup badanmu dan perhiasan dirimu, anugerahNya,
Jangan engkau hairankan dirimu

Setiap ilmu dan maklumat yang memandaikan akalmu, kurniaan-Nya,
Jangan pula engkau angkuh dan sombong,
Merasa manusia luar biasa, memandang orang menghina

Ingatlah, setiap kekayaan yang engkau miliki,
Adalah sedikit daripada kekayaan Tuhan yang diberikan kepadamu,
Dia boleh mengambil semula bila-bila masa

Janganlah engkau terpesona dengan kekuasaanmu,
Kemudian dengan kuasa melakukan sewenangnya,
Allah sedang melihat dan memerhati,
Bila-bila Dia boleh bertindak,
Engkau akan jatuh terhina dan di Akhirat pula, neraka

Ingatlah, nyawamu di antara nafas turun naik sahaja,
Bila naik tidak turun, matilah kamu,
Jika turun tidak naik lagi, pun matilah kamu,
Tapi ini mudah sahaja,
Takutilah Allah, agar di waktu mati di dalam keredhaanNya

*_Hidup Bertuhan~_*

Kisah Penjual Haiwan!!!

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:
---------------------------------------

Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memperhatikan jualan kami,
Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.
Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.
Alahai..saya bingung, kerana itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...”
Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.
Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.
Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.
Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."
Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.
“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya....
Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.
“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,
“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung"
Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....
Semoga Allah menginsafkan kita...😭

sumber kekuatan

Sumber atau asas kekuatan umat Islam ialah perpaduan dan kasih sayang yang diikat atas rasa cinta dan takutkan Allah swt. Mesti diikat dengan tali Allah, barulah kekuatan umat Islam tiada tolok bandingnya,  sekalipun bilangan mereka sedikit.

Kita belajarlah daripada sejarah Nabi saw dan sahabat ridhwanullah alaihim. Mereka diberikan kejayaan dan kemenangan tidak bersandar semata pada kekuatan lahiriah.

Yang lahir diusahakan sungguh-sungguh,  tetapi Allah swt bantu kerana usaha Taqwa mereka, kasih sayang mereka,  ukhuwah mereka, ibadah mereka. Usaha lahir mereka itulah ibadah mereka selain solat, zakat dan puasa.

Sembahyang malam hingga bengkak kaki, sedih dengan kesusahan kawan,  senang bila muslim lain dapat nikmat, barulah kemenangan Allah tiba.

RM 20??

Malam semalam aku teringin sangat makan nasi lemak di kampung baru. Terbayang dah dalam kepala, lauk sotong dan paru serta telur mata kerbau yang meleleh tu. Tambah lagi sambal yang pedas manis dan nasi yang panas berbau pandan dan lemak.

Kampung baru KL ni memang pusat makanan kalau malam. Mahal? Itu biasa. Golden Triangle. Memang mahal. Dari sewa hinggalah kepada harga makanan. Tapi bab makan ni aku tak berapa kisah sangat. Asal sedap. Datang pun bukan selalu, tapi sesekali bila rasa mengidam.

Setelah park kereta, aku masuk lah dalam satu warung tu untuk makan. Ambil nasi, paru, ambil sotong, telur mata dan sambal kerang. Aku lihat semua orang ambil makanan terus berlalu dan duduk ditempat yang disediakan.

Aku pula, tak biasa begitu. Bukan tak biasa macam mana tapi sebab ia terkait hukum.

Memang dari segi hukum jual beli pun, tak boleh makan sebelum tuan kedai melihat akan makanan yang kita ambil.

Kalau harga tetap macam KFC atau Mc Donald tak apa lah! Atau makanan lain yang berbentuk seketul seketul dan sepinggan sepinggan seperti laksa, mee rebus dan sebagainya. Harga memang dah tetap. Boleh duduk terus dan kira kemudian.

Tetapi kalau makanan seperti nasi campur, wajib kita tunjukan makanan campur yang kita ambil itu kepada penjual dan kita wajib pastikan kuantiti makanan dan harga dulu supaya kita tidak menzalimi penjual dan penjual juga tidak menzalimi kita dari sudut kuantiti yang kita ambil waktu pengiraan dan pembayaran nanti.

Bayangkan, macammana kita nak istihar makanan yang telah kita makan itu banyak atau sikit kepada sipenjual kalau kita tidak tunjukan dulu. Sipenjual pasti tidak mahu rugi dan kita juga sudah pasti tidak mahu dizalimi.

Maknanya tuan kedai tu kena kira betul betul mengikut kadar kuantiti makanan yang kita ambik dan dengan harga yang patut dia kenakan.

Begitulah adilnya hukum islam, supaya sesama kita tidak zalim menzalimi.

Berbalik kepada cerita aku, aku terus ke kaunter untuk dinilai dan dikira makanan yang aku ambil.

"Berapa kak." Tanya aku.

Dia merenung aku sambil senyum. Makanan aku pun di lirik nya saja sambil lalu.

"Tak apa. Encik makan dulu nanti kita kira kemudian." Kata kakak kaunter itu yang aku agak tokey kedai nasi lemak tu.

"Tak boleh gitu kak, saya ambik banyak ni. Nanti rugilah kalau tak nilai dan kira dengan betul. Macam ambik kerang dan sotong serta paru yang diricik halus ni. Macam mana nak kira kalau saya dah makan. Mestilah tengok dulukan?" Ujar ku pada kakak itu seolah ingin mengajar dia.

"Tak apa, tak apa, tak apa nanti adalah orang datang kira kat table encik. Encik duduk dulu ya." Ujarnya lagi menyuruh aku duduk.

Aku pun teruslah ke meja makan dan menunggu seseorang datang untuk mengira juadah yang aku ambil. Hampir lima minit menunggu. Tak ada kelibat orang pun yang datang.

Aku kembali balik pada kepada kaunter untuk bertanya. "Saya lama dah tunggu ni kak, tak ada pun orang datang kira." Ujar ku pada tokey kedai.

"Tukang kira tu sibuklah encik. Encik makan jer lah dulu." Jawab nya.

"Tak boleh begitu kak, haram hukumnya saya makan kalau tak dikira dulu sebab orang yang kira tu tak tengok apa yang saya ambik. Takut dia silap kira nanti. Akak tak boleh kira ke?" Ujar ku lagi.

"Tak boleh encik. Saya terima duit jer."

"Ok tak apa, nanti saya pergi jumpa tukang kira tu."

Aku pun terus pergi menuju orang yang mengira makanan dipenjuru warung. Aku lihat ia sibuk semacam. Maklum lah ramai pelanggan nak dilayan.

"Dik, kira makanan abang ni?" Ujar aku pada tukang kira sambil menunjukkan makanan yang aku ambil.

Tanpa merenung aku dia berkata, "Abang duduk dulu, nanti saya datang kira."

"Tak apa, adik kira dulu, senang. Sebab abang nak cepat ni." Aku buat buat kalut.

Tanpa banyak cakap dia melihat dan meneliti makanan aku dan menulis. Kemudian terus memberi kertas kecil dengan harga sekali tanpa memandang aku. Haaa Rm 14.20.

Tanpa bicara, aku pula terus menuju meja untuk menikmati makanan malam aku sambil meminta air suam. Lazat memang lazat. Puji aku dalam hati.

Selang beberapa ketika, datang kembali si tukang kira ke table aku. Waktu itu makanan aku hampir separuh aku makan.

Mungkin dia tak perasan aku tadi dan terus mengira. Aku biarkan saja sebab aku nak tengok cara dia mengira dan menganggar makanan aku.

"Abang ambik apa tadi." Dia bertanya.

"Owhh, saya ambik paru sikit, kerang sikit, sotong dan telur mata." Jawab ku.

"Nasi ada tambah bang?" Tanya nya lagi.

"Tak ada." Jawab ku rengkas.

"Minum?"

"Air suam jer."

Dia terus menulis dan memberi aku kertas kecik dan berlalu pergi tanpa sempat aku tanya.

Aku lihat di kertas tu harga yang ia tulis rm17.80

Aku senyum sendirian. Senyum kerana betapa ulamak feqah tedahulu telah tahu dan mengkaji sifat manusia berjual beli dan bagaimana mereka nak istinbat sesuatu hukum dalam jual beli ni untuk memudahkan hidup manusia agar tidak zalim menzalimi.

Seperti yang aku jangka, tidak semua peniaga peniaga islam ni belajar hukum muamalat sewaktu ingin membuka perniagaan.

Justeru, jika kita tidak belajar hukum dalam apa pun bidang hidup kita, pasti nya kita akan silap dan menzalimi orang lain. Serta berdosa dengan Allah.

Usai makan, aku ke kaunter. Aku tunjukan slip harga yang telah di beri pada aku tadi.

"Kak, mula mula tadi, orang akak nampak makanan saya dan dia kira makanan saya harganya rm14.20. Ni slip kedua, dia kira waktu saya hampir selesai makan dengan harga rm17.80. Jadi mana satu yang saya patut bayar?" Tanyaku sambil senyum.

Aku lihat muka wanita itu tiba tiba berubah kemerahan. Senyumnya tenggelam. Dia diam. Mungkin malu.

"Mana satu ya kak." Tanya aku lagi. Ikhlas.

"Tak apalah, encik bayar ikut yang mula mula tadi." Ujar nya sambil menunduk dan tidak memandang wajah aku.

"Akak tuan kedai kan?" Tanya ku.

"Betul. Saya dan suami. Saya tak pandai letak harga, suami yang letak, sebab tu saya suruh encik kira dengan petugas yang ditugaskan kira tu."

Aku lihat, dia macam takut takut. Mungkin takut aku viral kot. Tapi pastinya aku tak kan buat begitu. Aku pun tahu dosa menyebarkan aib orang kalau ia bukan maslahah yang besar yang boleh kita betulkan. Aku cuma nak ajar dia saja, supaya berniaga mengikut syariat yang betul dan mengubah sistem pembayaran cara syariat.

"Tak apa kak. Nasi dan lauk pauk akak memang sedap. Saya puji. Tapi akak kena ubah cara mengira makanan tu mengikut cara syariat. Tak boleh agak agak begitu saja. Berdosa kak, menzalimi orang."

Tanpa menunggu jawabannya aku pun mengambil wang rm20 dan menghulurkan pada nya sambil berkata, "Akak, simpan bakinya sebab nasi akak sedap." Sambil aku berlalu pergi.

Aku lihat dia kaku. Mungkin tersedar kesilapannya.

Benar, terkadang dalam dakwah ini kita harus ajar dia cara begitu supaya dia faham dan berubah.

Muga Allah majukan perniagaan nya dan memberi ia ilmu berniaga mengikut apa yang dikehendaki syariat.

Sekadar renungan buat kita pagi ini

Kalau menfaat pengalaman aku ni, sharelah yer supaya kita dapat pahala dakwah.

Bumi Tuhan... Bersaksilah