ikhlas

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas,"

kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN :
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

Kita ikhlas kan hati dlm setiap amalan In Sya Allah....

lumrah bisnes

Bisnes ni mudah saja.

+ Tingkatkan pendapatan.

+ Kalau tak dapat tingkatkan pendapatan, kurangkan perbelanjaan.

+ Kalau perlu potong, potong. Kalau perlu buang, buang.

+ Ada benda cepat dapat hasil, ada benda lambat dapat hasil.

+ Kalau lambat dapat hasil, sediakan modal banyak sikit.

+ Kalau cepat dapat hasil, usah boros. Simpan untuk musim kemarau.

+ Kita buat bisnes, kita tahu sakit-demam sendiri. Cakap orang lain kita dengar sajalah.

+ Orang pandai cakap bisnes belum tentu pandai buat bisnes.

+ Dengar cakap semua orang. Nak buat, pilih-pilih.

+ Apabila berjaya, kongsilah di Facebook. Kalau gagal, rawatlah luka sendiri.

+ Kalau berjaya senyum. Kalau jatuh, bangun.

Penunggang Agama

Ujian untuk alim ulama, duduk duduk dengan anak bini bercerita dan bercakap tentang Islam tak glamor. Anak bosan isteri pun angkat kaki.

Kuliah depan orang ramai, manusia puji habis majlis ada sampul diberi. Dapat bonus glamor pula sampai masuk tv.

Sebab itu nilai dakwah kepada keluarga sendiri lebih besar dan bernilai dan ia perintah Allah. Sampai dalam Quran pun Allah perintahkan selamatkan diri dan keluarga daripada api neraka. Itu kerja kuliah lah, ceramah, sembang-sembang Islam.

Berjaya bawa keluarga kepada Islam barulah dapat bawa masyarakat kepada Islam. Kalau tidak, hanya pura-pura. Itulah penunggang Agama.

mak ayah anugerah

Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah".

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe".

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe".

Pakcik senyum.

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga.

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya.

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun.

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata,

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk.

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia.

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam.

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka.

Tak payahlah kita nak pesan bagai.

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku.

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu.

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak.

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan.

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu".

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?"

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah.

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat.

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja.

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak.

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua.

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak.

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak.

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang!

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe.

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka. 

Saya pun maafkanlah. Selesai.

Lepas tu kami makan sama-sama.

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?"

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe.

Awak ada lagi ayah dan mak?

Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda.

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik.

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita.

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua.

Kawan,

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar.

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu.

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya.

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

biodata lengkap 25 Rasul


1. ADAM AS.


Nama: Adam As.

Usia: 930 tahun.

Tempoh sejarah: 5872-4942 SM.

Tempat turunnya di bumi: India, ada yang berpendapat di Jazirah Arab.

Jumlah keturunannya: 40 laki-laki dan perempuan.

Tempat wafat: India, ada yang berpendapat di Mekah.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 25 kali.

2. IDRIS AS.

Nama: Idris / Akhnukh bin Yarid, nama Ibunya Asyut.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As.

Usia: 345 tahun di bumi.

Tempoh sejarah: 4533-4188 SM.

Tempat diutus: Iraq purba (Babylon, Babylon) dan Mesir (Memphis).

Tempat wafat: Allah mengangkatnya ke langit dan ke syurga.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

3. NUH AS.

Nama: Nuh / Yasykur / Abdul Ghaffar bin Lamak.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As.

Usia: 950 tahun.

Tempoh sejarah: 3993-3043 SM.

Tempat diutus (lokasi): Selatan Iraq.

Jumlah keturunannya: 4 putra (Sam, Ham, Yafits dan Kan'an).

Tempat wafat: Makkah.

Sebutan kaumnya: Kaum Nabi Nuh.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 43 kali.

4. HUD AS.

Nama: Hud bin Abdullah.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ 'Aush (' Uks) ⇒ 'Ad ⇒ al-Khulud ⇒ Rabah ⇒ Abdullah ⇒ Hud As.

Usia: 130 tahun.

Tempoh sejarah: 2450-2320 SM.

Tempat diutus: Al-Ahqaf (antara Yaman dan Oman).

Tempat wafat: Bahagian Timur Hadhramaut Yaman.

Sebutan kaumnya: Kaum 'Ad.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 7 kali.

5. SHALIH AS.

Nama: Shalih bin Ubaid.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ Amir ⇒ Tsamud ⇒ Hadzir ⇒ Ubaid ⇒ Masah ⇒ Asif ⇒ Ubaid ⇒ Shalih As.

Umur: 70 tahun.

Tempoh sejarah: 2150-2080 SM.

Tempat diutus: Daerah al-Hijr (Mada'in Shalih, antara Madinah dan Syria).

Tempat wafat: Makkah.

Sebutan kaumnya: Kaum Tsamud.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 10 kali.

6. IBRAHIM AS.

Nama: Ibrahim bin Tarakh.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As.

Usia: 175 tahun.

Tempoh sejarah: 1997-1822 SM.

Tempat diutus: Ur, daerah selatan Babylon (Iraq).

Jumlah keturunannya: 13 anak (termasuk Nabi Ismail As. Dan Nabi Ishaq As.). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron, Palestin / Israel).

Sebutan kaumnya: Bangsa Kaldan.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 69 kali.

7. LUTH AS.

Nama: Luth bin Haran.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Haran ⇒ Luth As.

Umur: 80 tahun.

Tempoh sejarah: 1950-1870 SM.

Tempat diutus: Sodom dan Amurah (Laut Mati atau Danau Luth).

Jumlah keturunannya: 2 anak perempuan (Ratsiya dan Za'rita).

Tempat wafat: Desa Shafrah di Syam (Syria).

Sebutan kaumnya: Kaum Luth.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 27 kali.

8. ISMAIL AS.

Nama: Ismail bin Ibrahim.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As.

Usia: 137 tahun.

Tempoh sejarah: 1911-1774 SM.

Tempat diutus: Mekah.

Jumlah keturunannya: 12 anak.

Tempat wafat: Makkah.

Sebutan kaumnya: Amaliq dan Kabilah Yaman.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 12 kali.

9. Ishaq AS.

Nama: Ishaq bin Ibrahim.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As.

Usia: 180 tahun.

Tempoh sejarah: 1897-1717 SM.

Tempat diutus: Bandar al-Khalil (Hebron) di daerah Kan'an (Kana'an).

Jumlah keturunannya: 2 anak (termasuk Nabi Ya'qub As. / Israel).

Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron).

Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 17 kali.

10. YA'QUB AS.

Nama: Yaakub / Israel bin Ishaq.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As.

Usia: 147 tahun.

Tempoh sejarah: 1837-1690 SM.

Tempat diutus: Syam (Syria).

Jumlah keturunannya: 12 anak laki-laki (Rubin, Simeon, Lewi, Yahuda, Dan, Naftali, Gad, Asyir, Isakhar, Zebulaon, Yusuf dan Benyamin) dan 2 anak perempuan (Dina dan Yathirah).

Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron), Palestin.

Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 18 kali.

11. YUSUF AS.

Nama: Yusuf bin Ya'qub.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Yusuf As.

Usia: 110 tahun.

Tempoh sejarah: 1745-1635 SM.

Tempat diutus: Mesir.

Jumlah keturunannya: 3 anak; 2 laki-laki dan 1 perempuan.

Tempat wafat: Nablus.

Sebutan kaumnya: Heksos dan Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 58 kali.

12. AYYUB AS.

Nama: Ayyub bin Amush.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-'Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayub As.

Usia: 120 tahun.

Tempoh sejarah: 1540-1420 SM.

Tempat diutus: Dataran Hauran.

Jumlah keturunannya: 26 anak.

Tempat wafat: Dataran Hauran.

Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori, di daerah Syria dan Jordan.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 4 kali.

13. SYU'AIB AS.

Nama: Syu'aib bin Mikail.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Madyan ⇒ Yasyjur ⇒ Mikail ⇒ Syu'aib As.

Usia: 110 tahun.

Tempoh sejarah: 1600-1490 SM.

Tempat diutus: Madyan (pesisir Laut Merah di tenggara Gunung Sinai).

Jumlah keturunannya: 2 anak perempuan.

Tempat wafat: Jordan.

Sebutan kaumnya: Madyan dan As-habul Aikah.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 11 kali.

14. MUSA AS.

Nama: Musa bin Imran, nama Ibunya Yukabad atau Yuhanaz Bilzal.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Musa As.

Usia: 120 tahun.

Tempoh sejarah: 1527-1407 SM.

Tempat diutus: Sinai di Mesir.

Jumlah keturunannya: 2 anak, Azir dan Jarsyun, dari isterinya bernama Shafura binti Syu'aib As.

Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu ') di Jordan (sekarang).

Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Firaun (gelaran raja Mesir).

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 136 kali.

15. HARUN AS.

Nama: Harun bin Imran, isterinya bernama Ayariha.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As.

Usia: 123 tahun.

Tempoh sejarah: 1531-1408 SM.

Tempat diutus: Sinai di Mesir.

Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu ') di Jordan (sekarang).

Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Firaun (gelaran raja Mesir).

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 20 kali.

16. DZULKIFLI AS.

Nama: Dzulkifli / Bisyr / Basyar bin Ayyub.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-'Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayyub As. ⇒ Dzulkifli As.

Umur: 75 tahun.

Tempoh sejarah: 1500-1425 SM.

Tempat diutus: Damsyik dan sekitarnya.

Tempat wafat: Damsyik.

Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori (Kaum Rom), Syria dan Jordan.

Al-Quran Menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

17. DAUD AS.

Nama: Daud bin Isya.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As.

Usia: 100 tahun.

Tempoh sejarah: 1063-963 SM.

Tempat diutus: Palestin (dan Israel).

Jumlah keturunannya: 1 anak, Sulaiman As.

Tempat wafat: Baitul Maqdis (Jerusalem).

Sebutan kaumnya: Bani Israel.

Al-Quran menyebutkanya namanya sebanyak: 18 kali.

18. SULAIMAN AS.

Nama: Sulaiman bin Daud.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As.

Umur: 66 tahun.

Tempoh sejarah: 989-923 SM.

Tempat diutus: Palestin (dan Israel).

Jumlah keturunannya: 1 anak, Rahab'an.

Tempat wafat: Baitul Maqdis (Jerusalem).

Sebutan kaumnya: Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 21 kali.

19. ILYAS AS.

Nama: Ilyas bin Yasin.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As. ⇒ alzar ⇒ Fanhash ⇒ Yasin ⇒ Ilyas As.

Umur: 60 tahun di bumi.

Tempoh sejarah: 910-850 SM.

Tempat diutus: Ba'labak (Lebanon).

Tempat wafat: Diangkat Allah ke langit.

Sebutan kaumnya: Bangsa Fenisia.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 4 kali.

20. ILYASA 'AS.

Nama: Ilyasa 'bin Akhthub.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Ifrayim ⇒ Syutlim ⇒ Akhthub ⇒ Ilyasa 'As.

Umur: 90 tahun.

Tempoh sejarah: 885-795 SM.

Tempat diutus: Jaubar, Damsyik.

Tempat wafat: Palestin.

Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 2 kali.

21. YUNUS AS.

Nama: Yunus / Yunan / Dzan Nun bin Matta binti Abumatta, Matta adalah nama ibunya. (Nota: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan kepada Ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya'qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Bunyamin ⇒ Abumatta ⇒ Matta ⇒ Yunus As.

Umur: 70 tahun.

Tempoh sejarah: 820-750 SM.

Tempat diutus: Ninawa, Iraq.

Tempat wafat: Ninawa, Iraq.

Sebutan kaumnya: Bangsa Asyiria, di utara Iraq.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 5 kali.

22. ZAKARIYA AS.

Nama: Zakariya bin Dan.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab'am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal'athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As.

Usia: 122 tahun.

Tempoh sejarah: 91 SM-31 M.

Tempat diutus: Palestin.

Jumlah keturunannya: 1 anak.

Tempat wafat: Halab (Aleppo).

Sebutan kaumnya: Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 12 kali.

23. YAHYA AS.

Nama: Yahya bin Zakariya.

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab'am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal'athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As. ⇒ Yahya As.

Umur: 32 tahun.

Tempoh sejarah: 1 SM-31 M.

Tempat diutus: Palestin.

Tempat wafat: Damsyik.

Sebutan kaumnya: Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 5 kali.

24. ISA AS.

Nama: Isa bin Maryam binti Imran. (Nota: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan kepada Ibunya kecuali Yunus dan Isa As.).

Garis Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab'am ⇒ Radim ⇒ Yahusafat ⇒ Barid ⇒ Nausa ⇒ Nawas ⇒ Amsaya ⇒ Izazaya ⇒ Au'am ⇒ Ahrif ⇒ Hizkil ⇒ Misyam ⇒ Amur ⇒ Sahim ⇒ Imran ⇒ Maryam ⇒ Isa As.

Umur: 33 tahun di bumi.

Tempoh sejarah: 1 SM-32 M.

Tempat diutus: Palestin.

Tempat wafat: Diangkat oleh Allah ke langit.

Sebutan kaumnya: Bani Israel.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 21 kali, sebutan al-Masih sebanyak 11 kali, dan sebutan Ibnu (Putra) Maryam sebanyak 23 kali.

25. MUHAMMAD SAW.

Nama: Muhammad bin Abdullah.

Garis Keturunan Ayah: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As. ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya'rub ⇒ Tairah ⇒ Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma'ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah ⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu ' ay ⇒ Ka'ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Hasyim ⇒ Abdul Muthalib ⇒ Abdullah ⇒ Muhammad Saw.

Garis Keturunan Ibu: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As. ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya'rub ⇒ Tairah ⇒ Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma'ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah ⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu ' ay ⇒ Ka'ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Wahab ⇒ Aminah ⇒ Muhammad Saw.

Umur: 62 tahun.

Tempoh sejarah: 570-632 M.

Tempat diutus: Makkah.

Jumlah keturunannya: 7 anak; 3 laki-laki Qasim, Abdullah dan Ibrahim, dan 4 perempuan Zainab, Ruqayyah, Ummi Kultsum dan Fatimah az-Zahra.

Tempat wafat: Madinah.

Sebutan kaumnya: Bangsa Arab.

Al-Quran menyebut namanya sebanyak: 25 kali.

(Dipetik dari: Qasas al-Anbiya 'Ibn Katsir, Badai' az-Zuhur Imam as-Suyuthi dan selainnya).

*👑"TERJAWAB SUDAH MENGAPA RASULULLAH MELARANG KAUM LELAKI MEMAKAI EMAS...."👑*

Tentu kita pernah mendengar kalau dlm Islam melarang kaum lelaki memakai emas dan benda lain yg bercampur dgn emas yg kadarnya kalau kita bawa ke tukang emas dia akan dapat memisahkan antara emas dan campuran logam lainnya, juga umpamanya campuran emas dgn tembaga..maka hukum nya tetap juga haram..

Mungkin diantara kita tertanya-tanya kenapa Islam melarang pemakaian emas kpd kaum lelaki,  padahal ianya bukan barangan yg haram.

Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas.

Ternyata bukan karana takut kaum wanita disaingi tapi karana ada alasan lain yang baru ditemui yg dibuktikan pada abad ke 20 ini.

*Berikut Hadisnya :*

Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas [Al-Bukhari dan Muslim] masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas ditangannya, maka beliau memintanya supaya membuka cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim.

Ternyata diabad ke 20, para ahli fizik telah menyelidiki hal ini dan kemudian menyimpulkan bahwa atom pada emas mampu _"menembus"_ ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia, dan jika kaum lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka,  didapati penemuan didalam darah dan urine akan mengandungi atom emas dalam kadar yang melebihi batas *(dikenal dengan istilah migrasi emas)*.

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit *Alzheimer*.

Sebab jika tidak di buang maka dalam jangka waktu yang lama atom emas dalam darah ini akan sampai ke otak dan menyebabkan penyakit *Alzheimer*.

*_Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti kanak²_*

*Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.*

Antara individu yang terkena penyakit Alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Ealdo Emerson dan Sugar Ray Robinson.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

*_"Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut ke luar dari tubuh wanita melalui menstruasi."_*

*Itulah sebabnya Islam mengharamkan kaum lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.*

Inilah alasan agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun silam.
Padahal baginda tidak pernah belajar ilmu fizik.

Allahu Akbar.
*SUBHAANALLAH...*

Semoga dengan maklumat ini kita khususnya sebagai seorang Muslim/mah​ dapat mengambil hikmah dari larangan ini dan diteguhkan iman kita agar tetap taat menjalankan Perintah Allah dan menjauhi laranganNya melalui Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.

*CATATAN :*
Untuk wanita yang *_sudah manopause_* sebaiknya ketika tidur malam perhiasan emas jangan dipakai.

*Semoga Bermanfaat*
Waallahu'allam bisaawab...

Alahai Anak..

Ramai orang jaga anak tapi biar anak tanpa tutup aurat, tak tegur anak sebab nak jaga hati anak. Jaga anak lebih baik dari jaga Allah. Allah mengingatkan melalui ayat yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

(Al-Munaafiquun 63:9)

Ada ibu bapa yang tak rasa apa-apa bila anaknya tak boleh baca Quran berbanding jika anaknya tak lulus SPM. Quran mesti boleh dibaca. Bila kita mati, kita hanya harapkan anak-anak untuk baca Quran.

Engkau Guru?

Kalau engkau guru, apakah engkau guru yang bercakap dan bersikap?
Apakah engkau guru yang berkata dan mengkota?
Tentulah engkau boleh menjawabnya

Bercakap mudah, bersikap payah
Berkata mudah, mengkota susah

Kalau engkau guru yang berkata dan mengkota,
engkau guru yang mendidik dan menjadi contoh

Jika engkau guru yang bercakap sahaja, engkau bukan guru
Engkau sebenarnya penyampai maklumat
Atau engkau guru hanya sekadar memberitahu!

Kalau engkau guru yang bercakap dan berbuat, engkau akan dihormat
Murid-murid engkau kasih dan sayang serta taat

Kalau murid-murid engkau ganas, tidak mendengar cakap, susah hendak didisiplinkan
Koreksilah diri engkau
Suluhlah diri engkau, apakah engkau orang yang taat?

Guru ibarat kayu, lurus kayu, luruslah bayangannya
Bengkok kayu bengkoklah bayangannya

Begitulah guru yang baik, baik pulalah murid-muridnya
Kalau ada sedikit-sedikit yang jahat itu biasalah
Untuk menguji engkau, engkau sabar atau tidak?

Oleh itu disamping perhati murid-murid engkau, engkau perhati jugalah diri engkau
Apakah engkau guru, atau penyampai maklumat.

untung taqwa

Beruntungnya jadi orang berTAQWA. Mereka boleh mengerjakan amalan-amalan hati, di mana sahaja berada, diwaktu bila-bila pun dan sesibuk mana pun. Bahkan amalan hati itulah yang menjadi nilaian Allah SWT.

#kempentaqwa

SIFAT TAQWA ADALAH ASET BAGI ORANG MUKMIN

Sifat taqwa adalah aset bagi orang mukmin.
Aset di dunia aset juga di Akhirat.
Ertinya taqwa itu sangat mahal.
Carilah taqwa sebanyak mungkin di dalam kehidupan.
Ia adalah bekalan orang mukmin di Akhirat.
Tuhan memang berpesan carilah bekalan, sebaik-baik bekalan adalah sifat taqwa.
Asas taqwa adalah rukun iman, rukun Islam dan ihsan.
Selain yang tiga adalah tambahan.
Atau selain yang tiga adalah buahnya.
Oleh itu jadikanlah semua aktiviti kita addin cara hidup.
Jika cara hidup kita addin, ia adalah sifat taqwa.
Jadikan projek pendidikan kita addin, projek ekonomi addin.
Projek kebudayaan kita addin, projek pentadbiran kita addin.
.Bahkan jadikanlah seluruh projek perjuangan kita addin.
Kalau seluruh projek perjuangan kita jadi addin barulah Tuhan terima dan diberi pahala.
Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan “Barangsiapa mengkehendaki selain Islam sebagai  addin maka tidak akan diterima daripadanya”.
Maka di Akhirat kelak menjadi orang yang rugi.
Barulah kita faham sifat taqwa ada di mana-mana.
Ia boleh berlaku di dalam sebarang masa.
Cuma terpulang kepada kita sahaja.
Apakah usaha kita boleh kita jadikan addin.
Addin itu adalah cara hidup mengikut Tuhan.
Janganlah anggap sifat taqwa itu hanya boleh berlaku di dalam masjid sahaja.
Sifat taqwa banyak berlaku di dalam kehidupan yang global.
Di darat, di laut, di udara.
Di hutan, di lurah, di gunung.
Di tengah padang pasir, di dalam musafir.
Di rumah, di pejabat, di pasar.
Di ladang, di masa lapang, di waktu tidur dan baring.
Ada orang hendak mencari sifat taqwa di Mekah dan di Madinah.
Di luar Mekah dan Madinah lebih lagi banyak.
Mahu atau tidak sahaja.
Terpulang kepada kita, tepuk dada tanya selera.
Sifat taqwa ada di mana-mana.
Janganlah semptikan erti addin mengikut otak kita.

Fat

kamu sama seperti syaitan

Jiwa Pendakwah dengan maksiat

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW.
Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya:

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"

Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"

Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.

Apa yg Allah suka

Allah Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosa menyesal dan memohon ampun
Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannya seumur hidupnya
Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlaku
Adakalanya mengenangkan dosa air matanya menitis berguguran
Begitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang apabila membuat kebaikan, dilupakan
Dia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukan
Yang dia anggap belum berbuat, yang dia rasa adalah hamba yang berdosa
Tuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya, tidak dilupa
Ingin membalas jasanya atau mendoakan
Juga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakan
Dia teringat sepanjang masa
Bahkan dengan kesalahannya itu jiwanya terseksa dan menderita
Dia memohon maaf kepada orang ini
Kalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinya
Dia doakan selalu, kalau dia membuat kebaikan pahalanya dihadiahkan kepadanya
Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba yang merasa dirinya hina
Hina dengan kejadian, hina dengan kelemahan, hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanya
Hinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnya
Yang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya
Yang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannya
Hingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembira
Kerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita

PAKAI KOPIAH VS TAK PAKAI KOPIAH


PAKAI KOPIAH VS TAK PAKAI KOPIAH

Oleh ; AnjangMuor : https://www.anjangmuor.com/2016/08/13/pakai-kupiah-vs-tak-pakai-kupiah/

Salam ceria,

Lumrah manusia, dia akan sentiasa mencari hujah dan alasan untuk membenarkan sikap dan perbuatan mereka. Agar orang lain menerima dan mempercayai mereka walaupun sikap dan perbuatan mereka itu diselubungi persoalan dan tanda tanya.

Peminat bola akan mengatakan bolasepak baik. Menyatukan antara bangsa. Walaupun tertinggal Asar, Maghrib dan Isyak. Orang makan gaji kata hidup mereka lebih terjamin. Lupa Tuhan beri rezki sebab rasa hujung bulan mesti dapat. Bisnesman kata kalau nak kaya, niaga sebab 9/10 rezki itu dari perniagaan. Walaupun menipu dalam berniaga. Penentang vaksin kata, anak saya 10 orang tak pernah ambil vaksin, so far ok je! Dah beso panjang, ada dah kawin pun. ‎Fanatik muzik kata, muzik memecahkan tembok agama dan bangsa. Pejuang mahar kahwin murah kata, yang penting tak menyusahkan kedua pihak khususnya kedua bakal mempelai. Pejuang mahar tinggi kata, sapa nak tanggung belanja kenduri kahwin? Takkan tak jemput semua kawan-kawan? Geng pokeman Go kata, dulu tak keluar fatwa tak terasa nak main, dah keluar fatwa ni, baik aku download. Kawan aku yang Ustaz pun main. Dia kata, yang penting jaga keselamatan.

Bahkan ada orang yang ada ilmu agama yang sanggup mencari hujah membenarkan sesuatu yang memudahkan kehidupan mereka, demi periuk nasi mereka atau dengan kata-kata yang lain sesuai dengan nafsu mereka. Kalau mereka merokok, mereka akan mencari hujah mengatakan rokok itu tidak haram atau makruh. Kalau mereka kaki MLM, mereka akan berhujah dengan bermacam-macam dalil membenarkan MLM walaupun yang diniaga bukan barang tetapi sistem. Kalau dia pelabur Forex, ke mana-mana dia pergi, Forex lah yang dia kempen. Tuhan dan Rasul entah ke mana! Kalau anak perempuannya artis, dia sanggup membela kerjaya anaknya walaupun jelas membuka aurat dan bergaul bebas. Kalau dia kaki politik demokrasi, dia tak akan menerima hujah kita mengatakan politik ini ciptaan kafir. Kalau dia dah termakan hujah IS, dia hanya percaya Jihad mesti perang dan bunuh.

Begitulah juga dalam isu tidak menutup kepala dan menutup kepala dengan kupiah, songkok atau serban di atas kupiah. Mereka yang terbiasa tak menutup kepala teruslah berhujah menafikan kata-kata ulama terdahulu yang menuqilkan dalam kitab-kitab mereka bahawa antara ciri-ciri orang fasik itu sentiasa atau melazimi tidak menutup kepala ketika berjalan di merata tempat. Di dalam kitab disebut berjalan di pasar. Lihatlah sendiri kitab Matla’ul Badrain yang suatu ketika dahulu menjadi teks wajib Sekolah Agama Negeri Johor. Juga kitab Sirrus Salikin. Pengarang kitab-kitab turath ini adalah ulama yang sangat dipercayai, ikhlas dan tiada kepentingan. Berbeza dengan alim ulama sekarang yang ramai mempunyai nawaitu yang bermacam-macam. Tak payah cakap tentang ustaz-ustaz muda yang baca kitab Arab tak berbaris pun tak tahu, malah ustaz-ustaz mereka, doktor-doktor dan pensyarah mereka dah beberapa generasi dah kurang keikhlasan dan keberkatan. Masing-masing dah jual muzakirah dan kitab untuk menambah pendapatan selain dari makan gaji. Bahkan ramai yang takut isteri dan rumahtangga tak menjadi contoh! Mengapa kita tolak ulama dahulu semata-mata nak membenarkan kata-kata kita yang penuh kepentingan.

Lebih-lebih lagi bila kita bermursyid, percayalah didikan mursyid. InsyaAllah ada keberkatan. Sebenarnya memang benar, tak memakai kupiah itu ciri-ciri orang fasik. Kesaksian mereka tidak boleh diterima. Budak-budak tadika pun tahu, masuk tandas pun kena tutup kepala, inikan pula di luar tandas. Inikan pula berjumpa orang ramai. Berjalan-jalan ke sana, ke sini. Bahkan, inikan pula bertemu Allah, mengadap Tuhan dalam sembahyang. Sebab itulah Ibnu Umar pernah memarahi hambanya yang bersolat tanpa memakai penutup kepala.

Korang fikirlah, ketika ihram haji dan umrah tidak dibenarkan memakai penutup kepala samada songkok atau kupiah, kenapa? Cuba fikirkan. Wajib buka. Kalau pakai, kena dam. Ini menunjukkan selain waktu ihram kena pakai. Tak kan datang hukum wajib buka, kalau memang dah terbuka. Ini menunjukkan orang Islam sentiasa memakai kupiah dan serban atau seumpamanya. Walaupun Ulama tidak mengatakan wajib tapi mereka mengatakan ia sangat dituntut. Meninggalkannya menghilangkan wibawa. Lebih-lebih lagi kalau meninggalkannya kerana ingin mengikut style orang kafir, maka jelas haramnya. Juga haram bila meninggalkannya kerana malu memakai pakaian sunnah.

Sebab itu ketika nak nikah, semua orang pakai songkok. Pakai kupiah. Bukan pengantin je. Tapi bila tak ada ilmu, pakai sebab semua orang pakai. Bukan nak kesaksian diterima. Lepas tu, dengan penuh hikmah, jurunikah ajak beristighfar beramai-ramai kerana apa? Kerana ramai yang dah jatuh fasik kerana berbuat dosa besar. Fasik kerana istiqamah buat dosa kecil. Atau melakukan perkara yang menghilangkan wibawa sebagai seorang muslim yang adil seperti tak pakai kupiah. Maka Imam ajak beristighfar beramai-ramai. Moga Allah terima sebagai seorang muslim yang adil. Kemudian Imam atau jurunikah mengajak semua yang hadir mengucapkan 2 kalimah syahadah? Kerana apa? Kerana umat Islam Akhir Zaman ni mudah jatuh kafir. Kadang-kadang dengan niat. Atau kata-kata dan perbuatan. Pagi muslim, petang kafir. Petang muslim, malam kafir. Jadi bila bersyahadah, kembali pada Islam.

Kerana pernikahan adalah majlis terpenting dalam membina masyarakat Islam. Jika majlisnya tepat, ikut syariat dan sunnah, wali dan saksi‎-saksi adil-adil belaka. Semuanya dalam suasana Ibadah, insyaAllah zuriat yang dilahirkan soleh dan solehah. Sebaliknya jika program pertama dalam membina institusi paling kecil dalam masyarakat iaitu menyatukan dua pengantin itu penuh dengan maksiat dan kemungkaran, wali, saksi, jurunikah, pengantin dan semua yang hadir tak takut Tuhan, jangan salahkan generasi yang lahir nanti lebih jauh dari Allah.

Itulah pentingnya kupiah. Ulama dah gariskan, malah mengatur kehidupan masyarakat dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya tapi malangnya yang menentang tradisi ulama itu di kalangan orang yang dikatakan ulama juga kerana mempunyai sijil. Walhal syarat ulama bukan pada sijil tetapi mesti ada ilmu, beramal dengan ilmunya dan takutkan Allah. Kalau ada ilmu saja, ramai lagi orang-orang yahudi yang lahir ilmu Islam. Kalau beramal ilmu yang kita suka je dan menentang yang terkena atas kepala kita, inikah ulama? Kena takut Tuhan sebab Allah sebut dalam Al Quran tentang ulama itu takutkan Allah.

Kemudian, kupiah yang dipakai mestilah sentiasa istiqamah dan tidak bermusim. Boleh dibasuh dan sucikan. Ternafilah memakai songkok kalau tak boleh menjaganya dari najis. Malah kalau lama dipakai, tentulah busuk. Makruh. Nak basuh tak boleh. Mereka pakai pula di masa-masa tertentu pula. Antaranya kerana mudah nak buat maksiat di waktu lain. Kalau tak pakai pula, orang akan kata, dah tukar Parti ke? Ini semua memakai penutup kepala kerana adat semata. Tak jadi ibadah.

Yang paling baik, kepala di cukur botak, pakai kupiah dan serban. Kalau tak mampu, pakai kupiah atau songkok yang boleh dibasuh. Songkok ikhwan contohnya. Bukan kempen tapi sebagai contoh! Jangan sensitif pula. Memang bergunting pun Sunnah tetapi Mursyid memilih Sunnah bercukur, maka sebagai murid, pilihlah bercukur. Guna pisau cukur bukan mesin rambut no 1 atau 2. Tentu ada hikmahnya. Sebenarnya bila botak licin, ia lebih rasa hamba berbanding cuma bergunting dengan berfesyen-fesyen. Remaja 6 orang yang pergi tengok wayang pada 1 Syawal, yang lelakinya tanpa berkupiah tentu rambutnya tidak botak. Kalau botak, rasanya mereka tak akan buka kupiah. Kalau pakai kupiah, dengan keberkatan, Allah akan kawal mereka dari maksiat.

So, yakinlah kata-kata orang yang telah membuktikan hidup matinya untuk Islam. Sanggup dicaci, dihina, difitnah, diperlakukan apa saja demi mempertahankan keyakinannya daripada orang yang hanya pandai bercakap tentang Islam sedangkan peribadinya dan keluarganya tidak boleh dijadikan contoh.

Sekarang semua orang kena bertindak. Semua orang kena beramal. Cukuplah kata-kata yang dah terlalu banyak, kita nak berbuat. Mulakan dengan bertaubat. Dosa-dosa kita yang terlalu banyak dengan Allah dan sesama manusia. Sebenarnya jatuhnya kembali kita ke lembah dosa atau mengulangi dosa yang lama adalah kerana taubat kita belum diterima. Mungkin kerana belum bertaubat atau taubat yang tidak serius serta tak cukup syarat. Bila mengulangi dosa, prestasi kita merudum, bantuan terhijab dan keberkatan tidak turun.

Kalau semua orang bertaubat, sanggup meminta maaf. Bayar balik apa yang pernah dihutang dengan manusia. Qadha’ segala kewajipan yang pernah ditinggalkan seperti solat, puasa dll. Baiki diri dan keluarga. Cari dan belajar dari masyarakat yang sama cita-cita untuk Takutkan Tuhan dan rindu Nabi, insyaAllah keberkatan akan turun mencurah-curah kepada seluruh rakyat. Rakyat akan menjadi baik sebab Tuhan merahmati mereka. Jika majoriti rakyat sanggup lakukan semua ini dan berubah menjadi baik, Allah akan datangkan pemimpin yang baik. Itu janji Tuhan. Tuhan tidak pernah mungkiri janjiNya. Pemimpin yang baik, untuk rakyat yang baik.

Nanti seluruh negara menuju keampunan Tuhan.
(( بلدة طيبة ورب غفور ))

kita sebenarnya diuji

Aku kerja polis min,
Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
2010 masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).
Sampai kat teaco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?".
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.
So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..
Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.
Dh depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.
Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dh insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.
AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah"
Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu.
Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku
"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu"

Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.

4 perkara boleh hilang

Ada empat perkara paling berharga dalam diri manusia, dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

1-Akal.

2-Agama.

3-Malu.

4-Amal Soleh.

a) Akal akan hilang disebabkan marah.

b) Agama akan hilang disebabkan dengki.

c) Malu akan hilang disebabkan tamak.

d) Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

***************
Jagalah harta berharga buat diri kita, penyelamat kita ke Akhirat sana.

***************

Kongsikan untuk kebaikan sejagat!

Nafsu

NAFSU

Pengajaran yg terbaik

*لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا واحدة لاشتهى الواحدة*

Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yg seorang tu pun dia mahu juga

*"قال: حين أعجبت بزوجتي ..*

Berkata seorang lelaki : aku hairan dgn isteriku

*كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم*

Dulu sebelum kahwin, Ketika aku melihat dia, pd mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun spertinya

*ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها*

Ketika aku bertunang dgnnya, aku dapati ramai pula sepertinya

*ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها*

Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya

*فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن
Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati...

*كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !*

Semua perempuan lebih indah drp isteriku

*فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!*

Maka berkata Syeikh : inginkah kau aku khabarkan apa yg lebih dahsyat drp itu?
*قال الرجل : بلى*

Kata lelaki itu : ya, khabarkan!

*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*

Maka kata Syeikh : kalau engkau telah berkahwin dgn seluruh wanita yg ada di alam ini..

*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*

Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik drp setiap wanita tersebut!!

*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟*
Tersenyum lelaki itu dgn senyuman kecil lalu bertanya : kenapa Syeikh kata begitu?
*فقال الشيخ :
لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة
أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً،*

Kata Syeikh : kerana yg musykilah itu bukan pd isterimu. Tp pada manusia yg kalau telah diberi hati yg tamak

*وبصراً زائغاً،*
Dan pandangan yg liar

وخلا من الحياء من الله
Dan tidak malu kepada Allah

فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..

Maka tidak ada apa lagi yg mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..

يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله

Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.

أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟
Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)
قال الرجل : نعم
Kata lelaki itu : ya mahu

فقال الشيخ : اغضض بصرك .... "

Maka kata Syeikh : Tundukkan pandanganmu..

HARGA SEORANG TAMU


*Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah saw kerana perilaku suaminya.*

*Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan  menjamunya sehingga tamu-tamu tersebut menyebabkan si isteri menjadi kelam kabut dan merasa penat.*

*Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasul saw dan tidak mendapatkan jawapan apa pun dari Rasul saw.*

*Setelah beberapa waktu...*

*Rasul saw pergi ke rumah suami-isteri tersebut, Rasul saw bersabda kepada si suami : "Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini."*

*Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan Rasul saw tersebut, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasul saw.*

*Si isteri pun merasa bahagia kerana kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat.*

*Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.*

*Ketika Rasul saw akan pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredhaan pasangan itu.*

*قال للزوج عندما أخرج من بيتك دع زوجتك تنظر إلى الباب الذي أخرج منه*

*Rasul saw bersabda kepada suaminya : "Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."*

*Maka si isteri melihat Rasul saw keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasul saw.*

*Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.*

*فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلك.*

*Maka Rasul saw bersabda : "Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."*

*"Maka inilah hikmah  memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah kerana kedatangannya."*

*Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.*

*Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.*

*Rumah yang di dalamnya turun rahmat  dan berbagai keberkahan dari langit.*

*قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية.*

*Rasul saw bersabda : "Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka.*

*Para sahabat bertanya : "Hadiah apakah itu, ya Rasul saw...............?."*

*قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan  menghapus dosa-dosa penghuni rumah."*

*وقال صلى الله عليه وسلم: كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة."*

*Rasul saw bersabda : "Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."*

*وقال صلى الله عليه وسلم: " الضيف دليل الجنة."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga."*

*وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه*

*Rasul saw bersabda : "Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."*

*Mari, saling bersilaturahmi..*

Kisah sebenar Iblis

Iblis merupakan musuh bagi umat manusia, sepanjang hidupnya Iblis sudah bersumpah kepada Allah bahwa ia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam yang jauh dari jalan Allah agar mereka mau menjadi pengikutnya dan menjadi orang-orang yang tersesat. Untuk itu, marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT agar kita tidak terhasut oleh tipu daya Iblis.

Tapi, tahukah Anda bahwa jauh sebelum nabi Adam diciptakan, Iblis adalah merupakan makhluk yang mulia disisi Allah dan merupakan salah satu makhluk yang paling di hormati oleh Malaikat. Kasih sayang Allah terbesar kepada Iblis adalah bahwa yang pertama dia telah mendapatkan taufik untuk menyembah Allah SWT. Yang kedua karena ibadahnya yang banyak, dia dimasukkan ke dalam kumpulan para malaikat. Dan sebaik-baik pertolongan Allah kepadanya adalah ia menjadi teman pendamping para malaikat sehingga dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka.

Sangat mulianya Iblis pada masa itu, dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, lalu langit yang kedua disebut az-Zahid, kemudian langit ketiga namanya disebut al-Arif, pada langit keempat namanya adalah al-Wali, pada langit kelima namanya disebut at-Taqi, pada langit keenam namanya disebut al-Kazin, dan pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz (Lauhul Mahfudz) namanya ialah Iblis.

Dikisahkan Iblis dulunya adalah ahli ibadah yang tidak pernah membangkang dan mengeluh terhadap perintah-perintah Allah. Ia pernah bersujud kepada Allah selama 1000 tahun lamanya dan ia sangat giat dalam beribadah.

Bahkan Iblis pernah menjadi Sayyidul Malaikat (Penghulu atau Pemimpin Malaikat), dan Khozinul Jannah (Bendahara Surga). Namun, lama-kelamaan Iblis menjadi sombong dan angkuh. Ia menganggap bahwa dirinya adalah makhluk yang paling tinggi derajatnya di antara makhluk-makhluk Allah yang lain.

Hingga pada suatu saat ketika Allah baru saja menciptakan Adam sebagai manusia, maka Allah memerintahkan Iblis untuk bersujud kepada Adam, lalu Iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam dari pada tanah.". Kemudian Allah berfirman kepada Iblis, "Aku membuat apa yang Aku kehendaki.".

Oleh karena iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam karena ia merasa bangga dan sombong. Dia berdiri tegak hingga malaikat selesai bersujud. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.

Maka para malaikat bersujud kembali untuk kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis telah dirasuki oleh sifat angkuh dan sombong tetap enggan sujud. Dia berdiri tegak dan berpaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikuti mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas pembangkangannya terhadap Allah.

Kemudian Allah merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan ke bentuk hina yang menyerupai babi hutan. Allah membentuk kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari surga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi, Allah melaknatnya hingga hari kiamat kerana dia menjadi kafir.


Meski Iblis pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah membalas tipu daya iblis, maka menangislah Malaikat Jibril dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada para Malaikat, "Apakah yang membuat kamu menangis?", lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.". Kemudian Allah kembali berfirman kepada Malaikat, "Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaKu.".

Setelah di usir dari surga, maka Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Surga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu." Lalu Allah berfirman pada Iblis, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.". Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.".

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.". Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku.", maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, artinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda maupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, yaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram. Dan pada anak-anak, yaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.".

Hal ini juga disebutkan dalam surah al-Isra
ayat 64 yang ertinya:

"Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka." [QS. Al-Isra ayat 64]

Sebelum dilaknat Allah, Iblis pernah melakukan tugas-tugas mulia yang diperintahkan Allah kepadanya yaitu:

1. Iblis sebagai penjaga surga dalam kurun waktu 40.000 tahun.
2. Iblis pernah hidup bersama bergabung dengan Malaikat selama 80.000 tahun.
3. Iblis diangkat menjadi penasehat Malaikat selama 20.000 tahun.
4. Iblis menjadi pemimpin malaikat karobiyyun dalam waktu 30.000 tahun.
5. Iblis melakukan thowaf (mengelilingi) arasy bersama para malaikat dalam waktu 14.000 tahun.

Jadi, keseluruhan Iblis beribadah melakukan semua perintah Allah dalam kurun waktu 185.000 tahun lebih. Selama dalam ibadahnya seperti kita umat Islam, melakukan sholat, puasa, thowaf dengan para malaikat (mengelilingi baitul makmur di Arsy).

Iblis tidak merasa lelah dan mengeluh dalam menjalankan perintah Allah yang mulia ini. Iblis menjalankan dengan ikhlas, tidak ada niat apapun kecuali karena Allah semata.

Pada masa itu malaikat dan lainnya memberi gelar kepada Iblis Al A'ziz (makhluk Allah yang termulia), ada yang memberi gelar A'zazil (panglima besar malaikat).

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80.000 tahun, thowaf di baitul Makmur dan Arsy selama 14.000 tahun. Oleh karenanya dilangit pertama sampai ketujuh Iblis begitu dihormati oleh para Malaikat.

Malaikat di penjuru alam semesta, dari bumi, langit, baitul makmur, arsy, dan sebagainya, mereka semua menghormati pada Iblis sebagai makhluk Allah yang terhormat dan termulia, sehingga bila Iblis lewat di depan para malaikat, maka malaikat menghormati pada Iblis, bagaikan penghormatan prajurit kepada komandannya, pengawal istana pada rajanya, sehingga terhormatlah nama Iblis di penjuru alam semesta.

Namun sayang, di lauhul mahfudz, tulisan Iblis terselubung rapi tidak satupun makhluk yang tahu kecuali Allah, tertera Al-kafir Al-mal'un (Iblis inkar terkutuk). Dalam sumber lain, Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah dan memang Iblis sebenarnya adalah dari golongan Jin seperti pada firman Allah,

"Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat 'Sujudlah kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai Tuhannya" [QS. Al-Kahfi ayat 50]

Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua, begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam para malaikat.

Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, karena dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat. Azazil adalah imam dari seluruh malaikat (Al-muqorrobun, imamul jami'il malaikat).

Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80.000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadirat Allah SWT.

Dalam satu riwayat menceritakan, malaikat Israfil melihat yang tersurat di Luh Mahfuz ada tercatat satu suratan yang berbunyi: "Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80.000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat.".

Maka menangislah Israfil karena bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz.

Maka menangislah sekelian para malaikat karena takut dan bimbang dengan nasib mereka. Lalu semua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam para malaikat, agar Azazil mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.

Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa: "Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)." Namun, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Setelah mendoakan semua para malaikat, Azazil terus menuju ke surga. Di atas pintu surga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan: "Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat.".

Lalu Allah Menciptakan Adam as, dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, karena dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan saja enggan sujud, Azazil malah sombong dan menjawab kepada Allah: "Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: 'Sujudlah kamu semua kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: 'Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?'" [QS. Al-Isra ayat 61]

Kesombongan Iblis ini berpuncak pada iri hati dan kedengkian Iblis terhadap Adam. Ia tidak terima karena Allah akan menciptakan Adam sebagai khalifah di bumi. Karena ia merasa lebih mulia dari Adam yang diciptakan dari tanah, sedangkan ia lebih mulia karena diciptakan dari api.

Ia durhaka kepada Allah, takabur dan lupa akan dirinya dimata Allah. Tak seharusnya ia membangkang perintah Tuhannya. Maka setelah itu, Iblis akhirnya diusir dari surga. Namanya dirubah menjadi Iblis dan dia bersumpah akan menyesatkan manusia dibumi.

"Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan 
keturunannya, kecuali sebahagian kecil". 
[QS. Al-Isra ayat 62]

Kemudian Allah berfirman, "Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup." 
[QS. Al-Isra ayat 63]

Dari kisah ini kita bisa mendapatkan pelajaran bahwa Iblis yang dulunya adalah ahli Ibadah dan makhluk Allah yang mulia sekalipun bisa menjadi makhluk yang dilaknat oleh Allah karena kesalahannya. Untuk itu, sebaiknya kita menjauhi sifat-sifat Iblis seperti sombong, angkuh iri dengki dan yang lainnya agar kita terhindar dari laknat Allah.

Bumi Tuhan... Bersaksilah