€~€~€~€~€~€~€~€~€~€~€
*Guru Mulia Al Alim Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Bin Syech Abu Bakar bin Salim berkata:*
*"Kadang-kadang bangun malam* (untuk solat tahajjud) *dan puasa sunat malas, tapi derjat di syurga ingin yg tertinggi; namun kita yg malas bangun malam dan puasa sunat masih ada kesempatan untuk mendapatkan ridha Allah SWT dan memasuki syurga tertinggi.*
*"Caranya perbanyaklah membaca selawat kepada Rasulullah SAW dan disertai juga berdo'a untuk boleh mengerjakan bangun malam dan puasa sunat.*
*"Dengan memperbanyak bacaan selawat inilah Allah SWT akan menurunkan rahmat-Nya kepada pembaca selawat.*
*"Kalau orang mendapatkan rahmat Allah SWT, maka ia akan mudah sekali bangun malam dan puasa sunat."*
*Syaikh Ibnu 'Athaillah As-Sakandari berkata tentang keutamaan membaca selawat :*
*من فاته كثرة الصيام والقيام*
*Barang siapa yg luput kepadanya banyak puasa sunat dan bangun malam*
*فليشتغل بالصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم*
*maka hendaklah ia menyibukkan dengan membaca selawat kepada Rasulullah SAW*
*فانك لو فعلت فى جميع عمرك كل طاعة ثم صلى الله عليك صلاة واحدة*
*kerana sesungguhnya jika engkau mengerjakan semua keta'atan sepanjang usiamu, kemudian Allah SWT berselawat* (memberikan rahmat) *kepadamu dengan sekali selawat*
*رجحت تلك الصلاة الواحدة منه على كل ما عملته فى عمرك من جميع الطاعات*
*maka lebih berat satu selawat dari Allah SWT itu dibandingkan setiap keta'atan yg engkau kerjakan di sepanjang usiamu*
*لأنك تصلى على قدر وسعك وهو يصلى عليك على حسب ربوبيته وكرمه*
*kerana sesungguhnya engkau berselawat menurut kadar kekuatanmu, sedangkan Allah SWT berselawat* (memberikan rahmat) *kepadamu menurut kadar Ketuhanan dan Kedermawanan-Nya.*
*Sekali selawat* (limpahan rahmat) *saja dari Allah SWT boleh mengungguli semua keta'atan kita, apalagi dua, tiga kali selawat dari Allah SWT kepada kita.*
*سبحان الله*
*Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda :*
*من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا.*
*رواه مسلم، ابو داود، النسائ وابن حبان*
*“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat.” (HR. Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i, dan Ibn Hibban)*
*🍃 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد*ٍ
*وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🍃*editedby~kd
No comments:
Post a Comment