'Miskin kerana Malas'


Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebatang sungai. Dia trpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga disisinya.

"Alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pakcik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan...pakcik sgt lapar," kata pengemis itu.

Budak itu merenung pengemis dengan rasa simpati dan berkata, " saya boleh beri pakcik beberapa ekor,dengan satu syarat..."

"Katakan apa syaratnya?"

" pakcik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.

"Kenapa?" Tanya pengemis itu agak ragu-ragu.

"Saya perlu balik rumah utk urus adik saya."

Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya di dalam hati.

Beberapa lama kemudian budak itu dtg semula. Dilihatnya ikan dalam raganya kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.

"Baiklah, semua ikan yang pak cik kail adalah kepunyaan pakcik," ujar si budak.

Pengemis terlalu gembira setelah mendapat "upahnya". Tidak sangka usahanya berbaloi.

Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.

Pengajaran
-----------
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharap bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah