TAWA DAN AIRMATA

Assalamualaikum salam jumaat yg penuh keberkatan.

💜Berkunjunglah kepada negeri KESAKITAN.
Maka anda akan menghargai erti KESIHATAN.

💙Berkunjunglah kepada negeri KEHANCURAN.
Maka anda akan menghargai erti KEBEBASAN.

❤️Berkunjunglah kepada negeri KEMATIAN.
Maka anda akan menghargai erti KEHIDUPAN.

💚Hamba melihat SIANG yang MENAWAN.
Bersama USIA mendekat PEMAKAMAN.

💛Hamba melihat MALAM yang MENAKJUBKAN.
Bersama HARAPAN mengisi KESEMPATAN.

💗Hamba melihat DUNIA yang MENGHIBURKAN.
Bersama NIKMAT dalam KEMABUKAN.

💜Hamba melihat HIDUP yang BERGANTIAN.
Bersama TAWA dalam TANGISAN. 💚

*Bicara pada diri*



*Hari Jum'at hadir kembali, aku berdiri didepan cermin dan berkata pada diri sendiri sebagai berikut:*
Apakah engkau mengira bahawa Tuhanmu menciptakan engkau dengan sia-sia.

Hanya untuk senda gurau atas dunia.

Menghimpunkan gunung-gunung dosa tanpa rasa malu berbuat cela.

Melayan angan dan mimpi dalam asyik kilauan pesona dunia.

Menghamba diri kepada serakah nafsu dan tunduk patuh kepada bisikan iblis durhaka.

Apakah engkau layak digelar hamba kepada Pencipta sedangkan engkau tiada pernah mahu tunduk patuh kepada-Nya.

Engkau merasa bebas merdeka berbuat apa saja mengikut runtunan gelora nafsumu yang menggila.

Sadarlah jika engkau masih manusia.

Bahawa dirimu itu adalah amanah Allah supaya engkau jaga dan engkau sucikan dari kotoran-kotoran kemusyrikan dan kemunafikan pura-pura.

Dan amanah ini pernah ditawarkan kepada gunung dan makhluk lainnya 

Namun mereka menolak kerana tiada sanggup untuk memikulnya.

Lalu manusia yang telah menyanggupi untuk menanggung amanah ini kerana sifat manusia itu yang suka tergesa-gesa.

Tidakkah engkau memperhatikan dari apa engkau dicipta?

Jasad yang kaku dari saripati air, api, angin dan tanah.

Engkau yang dulunya mati diberi hidup.

Engkau yang tiada mengetahui sesuatu lalu di ajarkan ilmu.

Engkau yang dahulunya lemah diberi upaya. 

Engkau yang dulunya tiada kehendak diberi nafsu.

Engkau buta lalu diberi penglihatan.

Engkau tuli lalu diberi mendengar.

Engkau bisu lalu diberi berkata-kata.

Dan Allah yang menyempurnakan kejadianmu mengikut ketetapan atas kehendak-Nya.

Dan kejadian dirimu adalah bersesuaian dengan apa keperluan selama kehidupanmu atas dunia.

Lalu apakah engkau menganggap segala itu adalah sia-sia tanpa apa-apa makna.

Apakah masih engkau mempunyi alasan untuk menyirnakan itu semua?

Tangan dan jari-jemarimu yang di jadikan sesuai dengan keperluan untuk pekerjaan dan menjaga keperluan tubuhmu.

Kaki yang dijadikan untuk engkau berdiri dan berjalan mencari keperluan hidupmu.

Masihkah tiada perlu engkau syukuri semua itu?

Maka nikmat Allah yang mana lagi hendak engkau dustakan, setelah segalanya lengkap dan sempurna kalimat Allah atas dirimu & sempurna kejadianmu.

Kenapa tiada engkau bersungguh-sungguh memperhatikan akan sifat kepemurahan yang amat kasih sayangnya Allah padamu.

Kenapa engkau mempersia-siakan amanah Allah yang telah engkau sanggupi menjaga kesuciannya, dengan melilitkan lumpur hitam noda dosa kelalaian yang tiada kesudahan?

Haruslah engkau malu dan mencela akan dirimu yang tak tahu mensyukuri dan tiada tahu berterimakasih kepada Allah yang amat Maha Pengasih itu.

Ambillah peringatan ini sebelum tibanya hari penyesalan, yang tiada sesiapa pun akan bisa menolongmu, melainkan amalan solehmu yang ikhlas dalam kehambaan itu saja yg bisa menyelamatkanmu, dari kesusahan dan azab sengsara di Yaumil Mahsyar kelak.

Semoga menjadi diri yang lebih baik lagi dan lebih bermanfa'at.

*Rabbana Taqabbal Minna.*
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), aamiin...

😊❤👍

🌸TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI🌸

Kawan yang Pertama:
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia
sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam
Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah
kerana kebaikan yang banyak blh diperolehi.

Kawan kedua:
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu
dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia.
Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan
nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga:
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu &
nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam
bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang
disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang
macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.
Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang
boleh membawa kita kepada kehancuran.

Sahabat juga akan menarik kita ke syurga atau ke neraka. 

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI 
INSYA ALLAH KITA AKAN SELAMAT .

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

JANGAN TUDUH ULAMA BERSALAH MESKIPUN DITANGKAP DAN DI PENJARA


IMAM SYAFI’IE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung karena dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia karena tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara karena berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

SAID BIN JUBAIR
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh karena didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat karena ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa pun yang berhasil memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum karena dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah karena menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah….

قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang haq walaupun pahit

Semoga kita diberikan keistiqomahan dalam menegakkan yang haq, dan senantiasa mampu mengikuti ulama ulama yang istiqomah dalam berjuang Aamiin…

​Al - Ulama 'Warosatul Anbiya’​

soalan Dunia, Islam dan Iman

Seorg Sultan mengambil seorg Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi istana,
Gelaran,
Isteri yg cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.
PERTAMA!
Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jwpn yg tepat dan jitu saja.
Tak mahu syarahan yg pjg2.
Menteri Agama terpinga2 mencari jwpn yg memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jwpnnya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kpd Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yg diberi akan dirampas jika gagal memberi jwpn yg dikehendaki.

Menteri jadi runsing yg amat sgt memikirkan akan kehilangan segala2nya jika gagal memberi jwpn.

Menteri dah tak dpt tidur,
mkn pun tak lagi berselera,
Cakap pun dah lain spt.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai utk mendptkan jwpn ttp gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana utk mencari org yg blh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yg dimilikinya.

Masa hampir tiba.
Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya.
Sehari sblm sampai tempoh masa tersebut,
Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sdg dia termenung,
Si Menteri tadi terpandang seorg tua yg sdg berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Org tua itu berhenti utk mkn tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri mkn bersama.
Menteri yg kerunsingan memikirkan jwtn,
Istana dan kemewahan yg akan lesap tak langsung berselera nk mkn lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan,
Nmpak spt ada masalah..?
Boleh hamba tlg..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan2 Sultan beserta syarat2nya kpd org tua yg baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia? 

Maka dijwb org tua tadi..!
"Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat utk ditinggalkan.
Hal ini diketahui oleh hati masing2lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat? 

Maka dijwb org tua tadi..!
"Akhirat ialah apa2 amalan yg kita buat utk dibawa ke sana tanpa ada apa2 maksud dunia di dlmnya.
Ini pun diketahui oleh hati masing2lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman? 

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu ptg nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mrk solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdpt beberapa ekor anjing sdg mkn sisa2 makanan tengahari.

Org tua itu memberi syarat utk memberi jwpn yg ketiga,
Dia mesti mkn bersama anjing2 itu.

Si Menteri berfikir berkali2.
Mkn dgn anjing ni najis berat.
Tak mkn kang jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dpt kerja lain bkn senang skrg ni.
Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan utk mkn bersama anjing2 itu..!

Apabila saja si Menteri duduk utk mkn bersama anjing2 itu,
Org tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman.
Bagi mrk yg ada iman,
Mrk sggup kerugian segala dunianya ttp tidak akan sggup melangga bgr perintah Allah..!

Akan ttp mrk yg tidak ada iman akan sggup melanggar perintah Allah utk slmtkan dunianya..!"

pesan imam kita

“Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.”
– (Imam asSyafie)
“Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun”.
– (Imam asSyafie)
“Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang”
– (Imam asSyafie)
“Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu”
– (Imam asSyafie)
“Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia”.
– (Imam Syafie)
“Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”
– (Imam Syafie)
“Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
– (Imam Syafie)
“Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan”.
– (Imam asSyafie)
“Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”
– (Imam asSyafie)
“Jadikan akhirat dihatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu”
– (Imam asSyafie)

Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...


Petang itu kedengaran rungutan tangga rumah sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter. 

“Penat dan letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. 

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. 

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. 

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba 
jadi orang lain.

Manusia hari ini suka  bersangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka.

Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan :) 

Bersyukurlah apa yang kita perolehi .

*JADILAH INSAN SPECIAL DI SISI ALLAH SWT*

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua

Dalam jalan dakwah ni, kena kuatlah hadapi ujian, cacian, makian dan hinaan

Dalam jalan dakwah ni, kena belajar untuk tak jadi orang yang manja, sebab tarbiah bukan untuk orang yang manja.

Bukan dakwah namanya kalau tak ada yang benci.
Bukan dakwah namanya kalau tak pernah diuji.

Bukan dakwah namanya kalau semua orang suka kita. Hatta, semulia mulia nabi pun ada musuh. Tipulah kalau kita kata semua orang suka kita.

Bangun, bangun.
Hidup dalam realiti.

"Realiti mana ada selain seindah fantasi, sebab fantasi kita cipta ikut kehendak kita, sedangkan realiti dicipta ikut kehendak yang menciptakan kita. Apa yang kita suka belum tentu baik untuk kita, dan apa yang kita benci belum tentu buruk untuk kita".

💚💙💜💛❤️💛

*DAKWAH PENCARI POPULARITI*

#NotaTerjemahanBroSyarief

Syaikh al-Qaradhawi berpesan,
Dakwah itu bukanlah dengan dokongan para pencari populariti

Malah, ia dibantu dengan orang-orang yang disebutkan dalam hadits:

Orang-orang yang melakukan kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan (amal mereka)

Yang mana jika mereka ini hadir, tidak dikenal; dan andai mereka tiada, tidak terasa kehilangan.
#jomselawat
#jomistighfar
Wan Mohd Sofian

*USIA 45 TAHUN KE ATAS SEBAIKNYA SUDAH TIDAK PERLU LAGI FOKUS MEMBURU MAKANAN. PERBANYAKKAN REKREAKSI SAJA..*


Ini pesanan *Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)*

*Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn dan ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan*.

Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

*Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda*.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

*Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).

*APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?*

*1. BERGERAK*.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

*2. SENAM OLAH NAFAS*
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

*3. KURANGI KARBOHIDRAT*
Cukup Protein, Buah & Sayur.

*4. JAGA BERAT BADAN*
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki. 
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

*5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.*
Check BP Tiap Minggu. 

*6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.*
Jadi Periksa Darah sekurang2nya Tiap 6 Bulan. 

*7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.*
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

*8. ISTIREHAT CUKUP*
- Tidur 6 - 8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon). 
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak). 
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak). 
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

*9. KURANGI STRESS*
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- *Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
 - Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif* 

*Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda,  Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2*.

*Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia*.

*Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT)*.

*JANGAN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DENGAN ORANG2 TERDEKAT KITA*..

Kongsi Jika Bermanfaat..

*SATU AMALAN YANG PAHALANYA LUAR BIASA*


€~€~€~€~€~€~€~€~€~€~€

*Guru Mulia Al Alim Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Bin Syech Abu Bakar bin Salim berkata:*

*"Kadang-kadang bangun malam* (untuk solat tahajjud) *dan puasa sunat malas, tapi derjat di syurga ingin yg tertinggi; namun kita yg malas bangun malam dan puasa sunat masih ada kesempatan untuk mendapatkan ridha Allah SWT dan memasuki syurga tertinggi.*

*"Caranya perbanyaklah membaca selawat kepada Rasulullah SAW dan disertai juga berdo'a untuk boleh mengerjakan bangun malam dan puasa sunat.*

*"Dengan memperbanyak bacaan selawat inilah Allah SWT akan menurunkan rahmat-Nya kepada pembaca selawat.*

*"Kalau orang mendapatkan rahmat Allah SWT, maka ia akan mudah sekali bangun malam dan puasa sunat."*

*Syaikh Ibnu 'Athaillah As-Sakandari berkata tentang keutamaan membaca selawat :*

*من فاته كثرة الصيام والقيام*

*Barang siapa yg luput kepadanya banyak puasa sunat dan bangun malam*

*فليشتغل بالصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم*

*maka hendaklah ia menyibukkan dengan membaca selawat kepada Rasulullah SAW*

*فانك لو فعلت فى جميع عمرك كل طاعة ثم صلى الله عليك صلاة واحدة*

*kerana sesungguhnya jika engkau mengerjakan semua keta'atan sepanjang usiamu, kemudian Allah SWT berselawat* (memberikan rahmat) *kepadamu dengan sekali selawat*

*رجحت تلك الصلاة الواحدة منه على كل ما عملته فى عمرك من جميع الطاعات*

*maka lebih berat satu selawat dari Allah SWT itu dibandingkan setiap keta'atan yg engkau kerjakan di sepanjang usiamu*

*لأنك تصلى على قدر وسعك وهو يصلى عليك على حسب ربوبيته وكرمه* 

*kerana sesungguhnya engkau berselawat menurut kadar kekuatanmu, sedangkan Allah SWT berselawat* (memberikan rahmat) *kepadamu menurut kadar Ketuhanan dan Kedermawanan-Nya.*

*Sekali selawat* (limpahan rahmat) *saja dari Allah SWT boleh mengungguli semua keta'atan kita, apalagi dua, tiga kali selawat dari Allah SWT kepada kita.*

*سبحان الله* 

*Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda :*

*من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا.*
*رواه مسلم، ابو داود، النسائ وابن حبان*

*“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat.” (HR. Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i, dan Ibn Hibban)*

*🍃 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد*ٍ    
 *وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🍃*editedby~kd

Siapa yang paling manis.


​Kayu MANIS vs KENCING MANIS​
(mungkin ada yang belum baca)

Ini kesaksian seorang teman yang baik,Percuma. Jadi tidak perlu berterima kasih pada Klinik. 
Begini kesaksiannya :

"Saya keturunan dari orang tua penderita diabetes. 

Sudah lama meminum "Rebusan Kayu Manis" 

Awalnya saya minum seperlunya, karena tujuannya untuk kesembuhan batuk saya.

Suatu saat saya baca majalah " Sirup Kayu Manis" , salah satu faedahnya utk menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan stamina pria. 

Karena saya pernah minum rebusan kayu manis sebelumnya, maka saya minum lagi lebih sering. 

Dan hasilnya sangat memuaskan. 
Tes gula terakhir (tanpa puasa), hasilnya 6.5 ! 

Saya pernah beritahu ke kawan saya ....yang sedang naik kadar gulanya  18.6 dibulan puasa ini, beliau minum saat sahur dan saat buka, dalam tempo 3 hari turun ke 7,3 !!

Sekarang keluarga dan teman-teman yang keturunan sakit kencing manis sudah mencuba dan meminumnya...

Hasilnya mereka merasakan lebih segar dan merasa lebih bertenaga. 

Kalau mau coba, ini caranya :

​1. Sediakan 3-4 batang kayu manis kering (perbatang sebesar telunjuk).​

​2. Air putih biasa 1 liter (dapat dijadikan 2,5 gelas)​

​3. Kayu Manis direbus dengan air biasa sampai mendidih dan mengeluarkan warna merah, kecilkan apinya, rebus lagi agak lama agar lebih merah airnya.​

​4. Angkat dan tuangkan dalam gelas minum hangat-hangat. Tidak perlu tambahan apa-apa.​

​5. Rebusan  dapat diulang dan ditambahkan air dengan menambahkan kayu manis 1 batang saja.​

Bau awal rebusannya agak kuat tapi wangi, rasanya seperti teh tawar. 

​minum 2 X sehari​ (bangun tidur dan mau tidur) untuk penderita ysng agak tinggi.

Bila sudah turun, untuk tetap mempertahankan / stabilisasi, cukup 1 gelas saat mau tidur (malam). 

Mudah-mudahan ber ​MANFAAT​ bagi yang  menderita ​DIABETES​({}

Mohon dishare, barang kali ada yg memerlukankan info ini....!!! Semoga bermanfaat...!!!

Yuuuk Berbagi setelah membaca
Sebagai ladang amal

CARA KITA MENEGUR JUGA PERLU BERHIKMAH*

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.

Nasihat guru saya, dalam memberi nasihat, tetapkan niat penasihatan kita itu dulu. Sama ada,

1) Untuk tunjuk ajar.

2) Untuk membetulkan sesuatu perkara.

3) Untuk pencegahan (prevention).

Jika lari dari niat di atas, nasihat boleh bertukar menjadi beleter.

Sebelum memulakan penasihatan, mohon 3 perkara daripada Allah,

1) Kekuatan untuk bercakap.

2) Moga hati kita tenang dan bersih

3) Dikurniakan hati yang lembut kepada penerima nasihat.

Sungguh, Islam itu agama nasihat.

Tips terpenting dalam menyampaikan nasihat :

Andai kita melihat sesuatu kemungaran atau kesalahan yang membuat hati kita sangat benci dan marah , jangan kita teguran masa tu.

Tunggu hati kita tenang dan bersih baru kita tegur sebab bila kita tegur dalam keadaan marah pasti nasihat itu sukar meresap ke dalam hati.

Sebab nasihat yang berhikmah itu bukanlah dengan perasaan benci dan marah. Tapi nasihat yang berhikmah itu datang dari hati yang tenang dan penuh kasih sayang.

Segalanya yang datang daripada hati pasti akan meresap ke dalam hati.

Wallahuallam.Kemaafan jika ada kekhilafan perkongsian hamba yg fakir ilmu ini.
💚

'Miskin kerana Malas'


Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebatang sungai. Dia trpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga disisinya.

"Alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pakcik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan...pakcik sgt lapar," kata pengemis itu.

Budak itu merenung pengemis dengan rasa simpati dan berkata, " saya boleh beri pakcik beberapa ekor,dengan satu syarat..."

"Katakan apa syaratnya?"

" pakcik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.

"Kenapa?" Tanya pengemis itu agak ragu-ragu.

"Saya perlu balik rumah utk urus adik saya."

Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya di dalam hati.

Beberapa lama kemudian budak itu dtg semula. Dilihatnya ikan dalam raganya kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.

"Baiklah, semua ikan yang pak cik kail adalah kepunyaan pakcik," ujar si budak.

Pengemis terlalu gembira setelah mendapat "upahnya". Tidak sangka usahanya berbaloi.

Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.

Pengajaran
-----------
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharap bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH



1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"
Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

2. Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin

3 Dosa

3 DOSA BERAT YG ADA DIKHABARKAN DI DALAM HADIS BERKENAAN SESEORANG YANG MENINGGALKAN & MELALAIKAN SOLAT

Langsung tak solat , maka keadaan insan itu KAFIR. 

Solat on/off (kejap solat kejap tak solat @ tak cukup 5 waktu) , maka keadaan insan itu MUNAFIQ

Sering melewatkan solat , di ancam Neraka Weil.

Semua wahyu kepada Nabi s.a.w, Allah utuskan melalui Jibril untuk disampaikan kepada Nabi s.a.w, TETAPI arahan Solat Allah jemput Nabi s.a.w. naik ke langit untuk menghadap Allah SWT secara directly. Justeru, Solat adalah hak Allah SWT yang mutlak yg mana Allah akan tuntut pada setiap hambanya. Jika seseorang itu ada masalah dengan solatnya maka segala@seluruh kebaikannya tidak akan dilayan (sia2).

TAK PERCAYA? TUNGGU SAAT KAFAN SAMPAI KE JASAD.

AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW


١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

nasihat yg xpernah amek tau

*12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU* 

*BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA*

1. Kita mengetahui, *solat secara berjemaah* itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan *"Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa* kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala *dua rakaat Dhuha* setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang *berpuasa sunnah kerana Allah* satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat* yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *membantu membangun masjid kerana Allah* walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang *membantu ibu tunggal dan anak yatimnya,* pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang *membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan* dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa *haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga,* dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa *orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam*, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa *hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan,* dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering *menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita.* Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada *orang yg saya cintai kerana Allah,* maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

kubur

Dulu mak pernah cakap, "Kalau mak dan ayah dah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan balik lagi.. Tunggulah 10 - 15 minit kerana ketika itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah"
 
_Nabi kata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat.._
 
_Suami, isteri, anak-anak menangis.. Lepas tu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak-pijaknya kubur.._
 
_Nabi kata, bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kita ke belakang kubur, kita mendengar bunyi derapan tapak kasut mereka pulang.. Derapan kasut-kasut mereka kita boleh dengar.. Maka, pada masa itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak.._
 
_Maka, pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur.. Kalau isteri yang hantar, kita akan memanggil isteri kita.._
 
_"Pah, jangan tinggalkan Abang.. Pah kata nak sehidup semati"_
 
_Pah tak dengar.. Pah bawa cerek dengan daun pandan balik sambil lap air mata.. Sayang macam mana pun isterinya, dia akan balik.. Suami dia panggil, "Pah, jangan balik, Pah.. Tunggu Abang, Pah" .. Dia tak kisah.. Dia balik.._
 
_Lepas tu, kita akan nampak anak-anak kita balik.. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar.. Selepas mereka semua beredar, datanglah dua malaikat.. Yang hitam kedua-duanya.. Yang biru kedua-duanya.. Dan kita dengar derapan kaki malaikat lebih kuat daripada derapan kaki-kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menggerunkan.._
 
_Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia" .. Malaikat tak kata dah, "Hai ustaz, hai ustazah" .. Malaikat tak sebut dah.. Malaikat pun tak kenal kita.. Malaikat tak panggil hajjah, haji tapi panggil, "Hai manusia"_
 
_"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?".. Itulah soalan dia.. Maka, kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" .. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak tanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?"_
 
_Kalau lulus soalan ni, maka lepaslah soalan-soalan yang lain.. Maka, malaikat tadi dengar apa yang kita jawab.. Malaikat kata, "Kami tahu dah kamu akan jawab seperti itu.. Saja kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik" .. Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin"_
 
_Maka ahli kubur tadi berkata, "Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mahu balik pada keluargaku.. Aku mahu beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong hantarkan aku balik..!", rayu si mati pada malaikat.._
 
_Rupanya, orang mati ni nak balik ke dunia bukan nak makan nasi briyani gam, bukan nak tengok TV.. Bukan..! Dia balik sebab nak beritahu pada anak-anak supaya solat.._
 
_"Wahai anak-anakku dan isteriku, solatlah.. Wahai suamiku, solatlah"_
 
_Tapi malaikat kata, "Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"_
 
_Nabi SAW kata, kalau kamu orang yang baik, kata Nabi SAW, akan diluaskan kubur 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.. Tetapi, walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi dah khabarkan pada kita.. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.._
 
_Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.. Pilihlah mana yang kita mahu.. Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.. Jagalah solat kita.._

*_ALLAHU AKBAR …_*

Doa Syeikh Ahmad Dusuki

Mari kita hayati bersama

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan dosa² kami Ya Allah
Dosa besar kami & dosa kecil kami Ya Allah
Dosa yg sengaja kami lakukan semenjak kecil kami ya Allah
sehingga dewasa ini Ya Allah

Ya Allah Rahmatilah dlm kehidupan kami Ya Allah
Murahkanlah rezki kami Ya Allah
Panjangkan umur kami dalam redha Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Apa yang pernah dipohon oleh Nabi kami Ya Allah
Nabi Muhammad SAW Ya Allah
Jauhkanlah kami dari apa yg diminta oleh Nabi Muhammad SAW

Ya Allah Ya Tuhan kami
Permudahkanlah segala urusan kerja kami ya Allah
Jadikanlah kami hamba²Mu yg soleh ya Allah

Pandangkanlah kami dgn rahmatMu ya Allah
Seburuk manapun kami & sekeji mana pun kami Ya Allah
Pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

Ya Allah, seburuk mana pun kami atau sekeji mana pun kami Ya Allah
Pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

Sebesar manapun dosa kami Ya Allah
Sebanyak manapun kemarahanMu Ya Allah
Rahmatilah dalam hidup kami Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Agar jadikan kami hambaMu Ya Tabah Ya Allah
Yg mampu menghadapi ujian² dlm kehidupan ini Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Jadikanlah kami ini mampu menghadapi ujianMu dgn tenang & tabah
Lapangkanlah dada kami dlm bicara kami Ya Allah
Permudahkanlah setiap urusan kerja kami ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Kami mohon keredhaanMu Ya Allah
Agar dijadikan kami teman² yg baik dlm hidup ini Ya Allah
Kekuatan kpd kami Ya Allah
Mampu memberi kekuatan kpd kami yang tidak ternilai Ya Allah

Ya Allah kami minta agr dijauhi teman² yang merosakkan hidup kami Ya Allah
Drpd teman² yg menikam kami drpd belakang Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
Rahmatilah dalam hidup mereka & hidup kami Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami berikanlah petunjuk kpd kami Ya Allah
Pada mula kami dlm keaadaan leka Ya Allah
Kamu sedarkanlah kami Ya Allah

Di waktu mana kami dlm kesesatan Ya Allah
Kamu tunjukkanlah kami jln yang lurus Ya Allah

Di waktu mana kami dlm kegelapan Ya Allah
Cahayakanlah kami dgn cahaya imanMu Ya Allah

Di waktu mana kami terkapai² & terkial² dlm hidup kami Ya Allah
Kamu bimbinglah kami Ya Allah
Kamu bantulah kami Ya Allah
Kerana kami memerlukan pertolongan & bantuanMu Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan Kami
Jadikanlah setiap kata² kami
Kata² yg penuh hikmah Ya Allah

Setiap perjalanan kami
Perjalanan yg penuh dgn keberkatan Ya Allah

Setiap tutur bicara kami Ya Allah
Mampu didengari makhluk Kamu dilangit mahupun dibumi Ya Allah

Ya Tuhan kami
Kami mohon keampuanan dosa² kami ya Allah
Sehingga bibir kami Ya Allah
Mampu menyebut LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULLULLAH

Di kala mana penghujung dlm kehidupan kami Ya Allah
Di waktu mana kaki kami mula sejuk
Di waktu mana mata kami tidak mampu digerakkan
Tangan kami tidak mampu lagi utk menyentuh
Tubuh badan kami mula kesejukan Ya Allah
Di waktu mana roh kami mula menyusut keluar Ya Allah
Sedikit demi sedikit dlm jasad ini Ya Allah
Rahmatilah kami diwaktu itu Ya Allah

Ya Allah tunjukkanlah kami tempat kami dlm syurga firdausMu ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Rahmatilah kami disaat mayat kami dimandikan Ya Allah

Rahmatilah kami
Di waktu mana kami dikapankan mayat kami Ya Allah

Rahmatilah kami
Sewaktu mana mula disembahyangkan mayat kami Ya Allah

Jadikanlah org yang paling soleh doakan kami sewaktu menyembahyangkan kami Ya Allah

Ya Allah sewaktu mana kami diusung keluar drpd rumah kami nanti Ya Allah
Tinggalkanlah amalan² keji kami Ya Allah

Bawakanlah amalan² yg baik sahaja utk dihadiahkan di hadapan kamu Ya Allah

Sewaktu mana kami dihadapkan muka kami ke kiblat Ya Allah
Sewaktu mana tanah mula berbau dihadapan kami Ya Allah
Sewaktu mana liang lahad mula ditutup sedikit demi sedikit Ya Allah
Sewaktu mana tanah² mula berguguran di atas badan kami Ya Allah
Sewaktu mana Malaikat Mungkar & Nakir dihujung kaki kami Ya Allah
Jadikanlah kubur kami di antara taman² syurga Ya Allah
Jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah

Ya Allah sewaktu kami mula disoal Ya Allah
Jgn banyak soalan² Mungkar & Nakir Ya Allah
Sehingga menggigil tubuh badan kami Ya ALlah
Utk menjawab soalan Mungkar & Nakir sewaktu itu Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
Kumpulkanlah kami dgn Arwah ayah ibu kami sebelum kami dihadapkan di hadapan kamu Ya Allah

Kami merindui mereka saat mereka membesarkan kami dahulu Ya Allah
Saat mana mereka bersusah payah membesarkan kami Ya Allah
Kami merindui mereka & kami tidak mampu lagi utk mengucup dahi mereka Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
Jadikanlah malam pertama kami di Alam barzakh adalah malam terindah Ya Allah
Di waktu mana kami gembira di saat itu Ya Allah

Jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami di antara kawah² neraka Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami Kami Mohon Kepada kamu Ya Allah
bangkitkan kami dgn para Nabi, para Syuhada' & para solihin Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
sewaktu mana ditujukan amalan manusia di padang mahsyar nanti Ya Allah
Berilah suratan amalan kami di sebelah tgn kanan kami Ya Allah
Jgn Kamu berikan suratan amalan kami dgn tgn kiri Ya Allah

Sewaktu mana ditayangkan amalan manusia Ya Allah
Jgn Kamu tayang kesilapan kehidupan kami Ya Allah
Jgn Kamu dedahkan kekhilafan kami Ya Allah
Kami malu & kami malu di hadapan Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Ampunkanlah dosa kami Ya Allah
Di kala kami melalui titian sirat nanti Ya Allah
Masukkanlah kami ke dlm Syurga Firdaus Ya Allah
Bersama dgn para Nabi, para auliya' & para solihin
Dgn keluarga kami yang kami cintai Ya Allah

Ya Allah ampunkanlah dosa kami & kedua ibu bapa kami ya Allah
Khususnya dosa kami terhadap ibu kami Ya Allah
Kami pernah cakap kasar dgn ibu kami Ya Allah
Kami pernah menengking kata² ibu kami Ya Allah
Kami pernah mengalirkan air mata ibu kami terhadap kami Ya Allah

Ya Allah dosanya kami di waktu itu Ya Allah
Krn kami lakukan di waktu kami tidak mengerti Ya Allah
Kami lakukan di waktu kami jahil Ya Allah
Kami tidak sengaja meruntunkan hati ibu kami Ya Allah
Kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami Ya Allah

Ya Allah kami tahu ibu kami menyayangi kami Ya Allah
Sewaktu kami kecil Ya Allah
Susunyalah yg membesarkan kami Ya Allah
Sewaktu mana kami kecil dahulu Ya Allah
Ibu kami berhutang keliling pinggang utk membesarkan kami Ya Allah

Sewaktu mana kami kecil dahulu Ya Allah
Pipi ini dicium Ya Allah
Pipi ini dicium Ya Allah
Kemudian kami diselimuti dgn penuh kasih syg Ya Allah

Ya Allah sayangnya diwaktu kami besar ini ya Allah
Kami tidak mampu membalas jasa²nya Ya Allah
Rahmatilah ibu bapa kami Ya Allah
Rahmatilah mereka sewaktu mana mereka merahmati kami sewaktu kami kecil ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
Berilah kami kekuatan dlm hidup kami ya Allah
Utk mendidik keturunan anak cucu kami Ya Allah
Jgn kerana dosa kami
Mereka mencela kami Ya Allah

Ya Allah kerana dosa² kami Ya Allah
yang membuatkan kami hilang dr RahmatMu Ya Allah

Kerana dosa² inikah Ya Allah yg menyebabkan kami semakin jauh dgn Kamu Ya Allah

Kerana dosa² inikah ya Allah
Yg menyebabkan Kamu tidak memandang kami ya Allah

Jika kerana dosa² ini Ya Allah
Ampunkanlah dosa² kami Ya Allah
Ampunkanlah kami Ya Allah
Ampunkanlah kami ya Allah

Kerana kami HambaMu Ya Allah
Kerna Kami HambaMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin

Quran

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata : 

" Sesungguhnya sebuah rumah benar-benar akan terasa lapang bagi penghuninya, didatangi oleh para malaikat, dijauhi oleh para syaitan dan banyak kebaikannya, dengan dibacakan al-quran didalamnya. Dan sesungguhnya sebuah rumah benar-benar akan terasa sempit bagi penghuninya, dijauhi oleh para malaikat, didatangi oleh para syaitan dan sedikit kebaikannya, dengan tidak dibacakan al-quran didalamnya " 

( Shahih, Sunan ad-Darimy, no 3352 ) 

Bumi Tuhan... Bersaksilah