Rezeki umpama Air hujan & empangan

Rezeki dan Manusia umpama Air Hujan dan Empangan

---------------------------------


Manusia itu menadah setiap rezeki yang Allah kurniakan seperti empangan menadah air hujan yang turun


Ceritanya, empangan itu perlu lepaskan air ke sungai untuk mengalir memberi manfaat pada makhluk2 yang lain. Apabila tidak dilepaskan semakin hari semakin padat semakin hari semakin mampat akhirnya pada saat itu bukan NIKMAT lagi bahkan BENCANA yang terjadi apabila Empangan Pecah


Begitulah Manusia ini, Allah kurniakan rezeki dan nikmat pada manusia setiap saat. Maka si manusia itu perlu menggunakan apa jua rezeki yang diterima untuk memberi manfaat kepada makhluk atau seluruh isi dunia yang lain. Jika tidak, Rezeki yang diterima semakin hari semakin banyak tanpa dikongsi itu akhirnya PECAH!!! Hidup menjadi Resah, Hancur, Kecewa.


Kerana "Jika TIDAK KONGSI dengan RELA, Allah akan TARIK dengan PAKSA!!

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah