Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua
Semua orang lupa kerana ia adalah perkara biasa
Tidak ada manusia yang tidak pernah lupa.
Antara amalan untuk mengatasi masalah lupa dan mengembalikan ingatan adalah:
π1) Isti'azah (mohon perlindungan dengan Allah) 3x : kerana lupa mungkin disebabkan syaitan yang menutup ingatan manusia. Dalam surah Al-Kahfi, Nabi Musa a.s. memerihalkan bagaimana syaitan yang membuatkannya lupa.
π2) Istighfar : Barangkali kita lupa kerana kesan maksiat yang dilakukan. Itu yang dinasihatkan oleh Waqi', tuan guru Imam Syafie ' : ilmu Allah itu NUR, dan cahaya tidak mungkin kekal dalam hati orang penuh dosa.
π3) Selawat : kerana ia mengundang rahmat Allah. Bila lupa terjadi, ia bermakna 1 rahmat Allah telah ditarik dari kita.
Maka berselawatlah. Ia bakal mengundang segala rahmat & barokah, insha Allah
Semoga kita dpt amal agar bila kita lupa, kita akan kembali kepada Allah yang akan membantu ingatkan kita kembali.
Wallahuallamπ
No comments:
Post a Comment