hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Doa Arafah 1438H/ 2017M
bila sempat tua
Hati dan Lidah
Tahukah anda?
Sangkaan
Rasa bertuhan
Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya
Lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya
Kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar
Pendengaran, penglihatan dan pengetahuanNya
PengetahuanNya…
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk
Merendah diri di bumi Tuhannya
Aaa…
Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa di hatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang
Tak sempat mengumpat
Aduh! Kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan bertuhan mencengkam di hati
Mengenang pula nikmat-nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau membuat dosa akan diazabNya
Akan diazabNya…
Begitulah kalau seseorang hamba
Mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya…
Satu kesilapan
Makna Rezeki
Sedekah
sahabat dan durian
Peringatan
TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
*Tips kurangkan rasa MALU berniaga termasuk berniaga online:*
PETUA 3 AMALAN UNTUK MENGATASI LUPA
Berhati-hatilah dengan 5 fitnah
SPM dunia dan SPM akhirat
Renungkanlah wahai jiwa2 yang DIUJI
😊Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri kamu.
😊Sabarlah dengan ujian yang sedang kamu hadapi. Alhamdulillah anda masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.
😊Terkadang syaitan membisikkan kepada kamu bahawa ujian yang kamu hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kamu pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kamu hadapi.
😊Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat??
😊Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kamu untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kamu perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kamu.
😊Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu butuh kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru bisa merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru bisa merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.
😊Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.
😊Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk keadaanmu. ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian." (QS Al-Baqarah : 216)
😊Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman:
"Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS An-Nisaa : 19)
😊Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kamu masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kamu dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti. Ada orang awam yang berkata, "Kalau mahu hidup di dunia harus bersedia diuji. Kalau tidak mahu diuji. Jangan hidup di dunia!!!"
RELUNG KEHIDUPAN
Rezeki umpama Air hujan & empangan
Rezeki dan Manusia umpama Air Hujan dan Empangan
---------------------------------
Manusia itu menadah setiap rezeki yang Allah kurniakan seperti empangan menadah air hujan yang turun
Ceritanya, empangan itu perlu lepaskan air ke sungai untuk mengalir memberi manfaat pada makhluk2 yang lain. Apabila tidak dilepaskan semakin hari semakin padat semakin hari semakin mampat akhirnya pada saat itu bukan NIKMAT lagi bahkan BENCANA yang terjadi apabila Empangan Pecah
Begitulah Manusia ini, Allah kurniakan rezeki dan nikmat pada manusia setiap saat. Maka si manusia itu perlu menggunakan apa jua rezeki yang diterima untuk memberi manfaat kepada makhluk atau seluruh isi dunia yang lain. Jika tidak, Rezeki yang diterima semakin hari semakin banyak tanpa dikongsi itu akhirnya PECAH!!! Hidup menjadi Resah, Hancur, Kecewa.
Kerana "Jika TIDAK KONGSI dengan RELA, Allah akan TARIK dengan PAKSA!!
*5 gred solat*🕌🕌🕌💚
Syukur
Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.
1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.
2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.
5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.
8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.
9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.
10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.
11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.
12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.
13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.
15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.
16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,
17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.
18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.
19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.
20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.
21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.
22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..
Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm persahabatan ....