salam wrt...
renungan Dhuha....
-------------------------------------
Hasan Basri ditanya : Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, Kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.
Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.
Sahabat2 ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta kekayaaan Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.
Mari terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang
BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang
BAIK Meskipun
TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn nasihatmu
Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup,
berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA
"Waktu yang kusesali
adalah jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)
No comments:
Post a Comment