Oh My Jawi


Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.'
"متڤنچرين"

2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. "كلدي"

3. Di sebuah mesjid di Perak, "...maka 'birobbikum' itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'...". Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'berbekam'. "بربكم"

4. Di sebuah mesjid di Kelantan, "...sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam 'katikuri' orang2 yg tidak bersyukur...". Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'kategori'."كاتيكوري"

5. Di sebuah mesjid di Terengganu, "... maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan 'fainnahu'." Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'panah'. "فانه"

6. Di sebuah mesjid di Perlis, "...dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah 'kemetod'...". Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'komited'. "كميتد"

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib...

7.Di sebuah mesjid di Pahang, "...maka hendaklah kita berada di atas 'bom' ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari "bom".setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya'bumi'."بوم"

8.Di sebuah mesjid di perak,
"...terdapat banyak 'paku lantai' yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya 'fakulti' "فاكولتي''

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah