Jadikanlah Tuhan kawan setia
Kita tidak akan kecewa berkawan dengan-Nya
Di waktu buntu Dia akan tunjuk jalan
Di waktu terlupa Dia akan ingatkan
Berkawan dengan Tuhan tidak terasa sepi
Sama ada di waktu keseorangan apatah lagi di waktu ramai
Di waktu bekerja, rehat, waktu tidur atau jaga
Tuhan menjaga keselamatan kita dengan setia
Berkawan dengan Tuhan terasa kuat
Di mana sahaja kita pergi tidak ada takutnya
Kerana Dia tahu apa keperluan kita
Sekalipun kita tidak beritahu keperluan kita
Sama ada kita minta atau tidak
Apatah lagi jika kita minta
Hanya wujudkan sedikit-sedikit usaha
Dan milikilah sifat taqwa
Sungguh beruntung orang yang menjadikan Tuhan kawannya
Kawan di waktu berehat kawan waktu berjalan
Dia sentiasa peka dan prihatin terhadap kita
Kita rasa senang dan tenang di bawah jagaan-Nya
No comments:
Post a Comment