Apalah nilainya kehidupan sekiranya Allah SWT tak sentuh hati kita untuk mendekatiNya. Sia² hidup kita sekiranya kita hanya menjalani hidup ni hanya berdasarkan kehendak diri kita sendiri. Kita perlu bimbang pada diri sendiri dan perlu melihat kesungguhan orang² yg bersungguh kepada taqwa agar mereka dapat dijadikan cerminan pada diri kita apakah kita hanya begini. Apakah kita mampu merasa tenang sekiranya tak solat, tak tutup aurat, tak mahu baca quran serta berzikir. Apakah kita menyangkakan bahawa akhirat itu hanya fantasi pada kehidupan skrg yg reallity? Ketahuilah kelak bahawa apabila kain kafan sampai ke jasad kita, akhirat pula akan menjadi reality tatkala dunia pula yg akan menjadi fantasi. Jangan kita menyangkakan siksaan dan azab itu cuma sekadar omongan semata.
Adalah satu malapetaka pada diri apabila di dalam satu hari kita langsung tidak menyebut ucapan ISTIGHFAR. Ingatlah bahawa HIDAYAH itu bukan ditunggu tetapi perlu dicari. Jika kita tak mampu menghadirkan rasa utk taqwa maka lihatlah alam ini, pandanglah pada langit, laut, matahari dan bulan maka apakah kita menyangkakan ia terbina dgn sendiri?
Kita perlu muhasabah pada diri agar bawa diri utk memikirkan tentang masa depan akhirat kita bukan untuk hari tua kita kerana apabila kita mencari akhirat dunia akan datang pada kita.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR.
No comments:
Post a Comment