Pertanyaan Dua Malaikat_2


▶Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA menceritakan apabila dia berjumpa dengan Rasulullah SAW dan bertanya kepada Baginda apakah perkara pertama yang ditemui oleh penghuni kubur sejurus selepas mereka dikebumikan.

⏩ Baginda menjawab:⤵

▶ “Wahai Ibn Mas’ud, tidak ada seorang pun yang bertanyakan soalan ini kepadaku kecuali kamu. Pertama sekali dia akan dipanggil oleh malaikat Roman yang bertugas menyelidiki keburukan para ahli kubur.

▶ Malaikat akan memintanya menulis segala amalan yang dilakukan ketika hidup di dunia dahulu. 

▶Lalu apabila mayat memberitahu bahawa dia tidak memiliki kertas mahupun pen untuk menulis amalannya, kemudian disuruh oleh malaikat untuk menggunakan kain kapannya bagi menggantikan kertas, air liur sebagai dakwat manakala jari sebagai alat untuk menulis.

▶ Setelah malaikat mengoyak sebahagian daripada kain kapan, si mati akan mula menulis segala amalannya walaupun ketika hidup di dunia dahulu, dia merupakan seorang yang tidak tahu menulis dan mengingati semua amalan-amalan baik mahupun yang buruk yang telah dilakukannya.

▶ Kemudian malaikat akan mengambil dan melipat potongan kain kapan tersebut, lalu digantung pada leher si mati.”

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

~Ustaz Ahmad Dusuki
Pertanyaan Dua Malaikat_2
Mauizhati 
PerjalananMenujuIllahi

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah