*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
PEDOMAN
Perlu diketahui bahawa berjaga (tidak tidur) sampai larut malam tanpa ada kepentingan dibenci oleh Nabi SAW.
Diriwayatkan daripada Abi Barzah, beliau berkata:
ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ﻛَﺎﻥَ ﻳَﻜْﺮَﻩُ ﺍﻟﻨَّﻮْﻡَ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀِ ﻭَﺍﻟْﺤَﺪِﻳﺚَ ﺑَﻌْﺪَﻫَﺎ
Ertinya:
“Rasulullah SAW membenci tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong setelahnya.”
(Riwayat Bukhari)
Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi SAW tidak suka berjaga (tidak tidur) sampai larut malam setelah solat Isyak kerana baginda sangat ingin melaksanakan solat malam dan khuatir jika sampai luput dari solat Subuh berjamaah.”
Umar Al Khattab sampai ingin memukul orang yang suka berjaga hingga larut malam setelah solat Isyak dengan mengatakan, “Apakah kalian sekarang berjaga di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?”
No comments:
Post a Comment