MUHASABAH MATI DAN TIDUR


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Tidur dan Mati..2 perkara yang serupa tapi berlainan...mengapa topik tidur dan mati dipilih untuk dikongsikan bersama? kerana termuhasabah saat merasakan diri meluangkan banyak masa dengan tidur..

Kerana apa tidur?
Kerana ianya salah satu untuk diri kita melupakan semua perkara duniawi demi satu kerehatan..tapi sampai bila kita MAHU REHAT?kerana bila tiba saatnya, ALLAH pasti menidurkan diri kita buat selamanya...sampai saatnya Dia pasti memberi kita sebuah kerehatan yang mutlak yakni MATI~

Alangkah dekat tidur dan matinya seseorang anak adam itu..yang mana kedua2nya ALLAH menggenggam jiwa anak adam..Bezanya Allah mengembalikan jiwa kepada hambanya yang tidur, maka ianya bangun..

Namun jika ALLAH berkehendak, jiwa itu tidak dikembalikan maka ianya mati..

Jadi sahabatku..

Di masa kita di duniaNYA..

Pilihlah untuk membuat amal sebanyaknya.. 

Latihlah diri agar terbiasa untuk hidup lebih bersih, penuh kedamaian dan cinta kasih..

Agar 'TIDUR' kita adalah tidur yang penuh nikmat,tenang, damai dan indah..

Agar 'BANGUN' nya kita dari tidur itu penuh kebahagiaan dan mencapai JANNATUN NAIM~

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku. "
(Q.S. al-Fajr [89]: 27-30).

P/s: Moga jiwa kita ini terpilih untuk menemui satu ketenangan abadi di sisiNYA kelak.. Moga 'TIDUR KITA' juga bersama baiah yang kita lafazkan dengan namaNYA dan bersaksikan seluruh alamNYA...

Pecinta Syurga-Mu 😌

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah