Secawan susu

Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata:


👲🏼 "Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan

diri saya?".


🍁 Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.

Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.


🍁 Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.


Orang alim bertanya kepadanya:


👳🏼 "Seperti apa dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi?"


Pemuda itu menjawab:


👲🏼"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."


Orang alim pun berkata:


👳🏼"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di

hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam hatinya."


✨Pengajaran:

Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah