Bismillahirrahmanirrahim...
*Di mana Diri...*๐
Selalu kita dengari di dalam neraka begitu seksa sekali...
Sedang di syurga semua nikmat terpenuhi terlintas di hati sudah di beri..
Itu gambaran neraka dan syurga sejati..
Yang bakal di rasa di akhirat nanti...
Namun hakikat di sebalik tabir hidup ini..
Kita ini menempuh neraka dan syurga hakiki...
Singkaplah tabir hidup mu duhai sang pencari..
Selamlah selautan rasa seindah budi..
Carilah di mana keberadaan diri mu di saat ini..
Apakah masih di neraka atau sudah menemukan syurga duniawi...
๐Aduhai hati...
Jikamana hati mu masih lagi berteka-teki..
Masih ada kerisauan di hati..
Masih lagi terasa seksa menimpa diri..
Masih ada rasa tak puashati..
Masih lagi tertanya Ya Allah ini kah yang Kau beri..
Masih lagi berperang di dalam diri...
Masih berhajat segala sesuatu selain Ilahi...
Itu petanda kau masih di neraka hakiki...
Justeru itu duhai sang pencari...
Buanglah semua itu kikiskan dari hati..
Bunuhlah ia dari sanubari..
Dengan besarkan kehendak Ilahi pada diri..
Terima semua dengan cinta yang benar di hati..
Cinta yang tidak berbelah bagi..
Cinta yang tidak lagi di kotori..
Dengan duniawi sebagai belati..
Terimalah tarbiah cinta Ilahi...
Yang membunuh segala yang kau cintai...
Semata ingin mensucikan hati dari nafsu-nafsi...
Perangilah diri sendiri...
Hingga tersungkur di persada cinta Ilahi..
Menangkanlah cinta hakiki lagi sejati..
Jangan lagi kalah pada musuh dalam diri...
๐ Pabila semua telah kau atasi..
Bertemulah damai di hati..
Yakni syurga duniawi syurga hakiki..
Yang kau rasa di tiap nadi..
Merasa Dia sentiasa di sisi..
Tiada apa nak di minta lagi..
Tiada lagi kerisauan pasal duniawi..
Merasa cukup apa pun yang di rezeki..
Merasa tenang walau apa menimpa diri..
Yakni hati yang telah redha pada Ilahi..
Hingga malu nak meminta itu ini..
Tapi hakikat Allah tetap memberi..
Apa saja lintasan di hati...
Itulah yang di raih sang pencinta Ilahi..
Doa mereka keramat sekali...
Bukanlah kerana hebat diri..
Tetapi semata kerana Allah lebih menyukai...
๐ถ๐ฝMarilah bersama kita mencari...
Di mana berada diri..
Lalu kita bersama berjuang kerana Ilahi..
Menyelamatkan diri di dunia lagi..
Inilah dunia jambatan hakiki..
Yang kita meniti menuju Ilahi...๐
No comments:
Post a Comment