hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Tentang Rezeki
petua hidup tenang
Muslimah solehah vs Bidadari syurga
Masihkah kau mahu menjadi bidadari syurga ALLAH
Wahai diri,tahukah engkau seperti apakah susuk bidadari itu?
Di saat wanita bumi asyik dan sibuk mempercantikkan diri atau memperindah susuk tubuh
Sedangkan bidadari lebih menyibukkan diri untuk mempercantikkan iman dalam hati dan memperindah akhlaknya sebagai muslimah sejati
Di saat wanita bumi sibuk mencari cela dan sering membicarakannya
Bidadari pula sedang sibuk mencari cela dirinya dan memperbaiki apa yang harus diperbaiki
Di saat wanita bumi lebih mudah menangis kerana ditinggalkan kekaksihnya
Bidadari pula akan menangis ketika mencemburui hamba lain yang lebih baik darinya
Di saat wanita bumi sering mengeluh ketika menghadapi masalah
Bidadari akan terus kuat seiring kepasrahannya kepada ALLAH
Di saat wanita bumi terus meratapi kekurangan diri
Bidadari tidak akan diam dan akan bergerak ..bergerak,bahkan melebihi orang yang punyai kelebihan ke atas dirinya
Di saat wanita bumi banyak menangis kesiaan
Bidadari pula akan banyak menghabiskan air matanya kepada Rabbnya hingga kelak air mata itu menjadi telaga di syurga
Di saat wanita bumi memilih jalan pintas memenuhi hajat diri
Bidadari akan sabar menanti dalam ketaatan serta usaha dan mengisinya dengan kesabaran
Wahai ukhti,hanya kekuatan diri dan mereka yang sabar dalam ketaatan kepada NYA sanggup melewati ini dan menjadi bidadari
Mungkin kamu lupa,Muslimah yang solehah yang menjaga ketaatan dan kehormatan dirinya itu adalah bayangan bidadari di Syurga.
Kerana itulah diciptakan wanita seperti Asiah isteri Firaun,Mashitah tukang sikat rambut Firaun,Ummahatul Mukminin,Saidatina Fatimah puteri Rasulullah,Saidatina Asma' Binti Abu Bakr,Sumayyah,Zinnirah,Khaulah al-Azwar (yang makamnya berada di Bahnasa),Nusaibah (yang mempertahankan baginda ketika diserang di medan uhud)
Mereka itu srikandi agung,bak bayangan bidadari di Syurga.Hatta mereka yang bergelar wanita solehah itu akan menjadi ketua bidadari yang lain di syurga kelak.Wanita solehah di dunia yang taat kepadaNYA,mereka bergerak di medan yang serba mencabar ini sebagai sufiah harakiah lebih dicemburui oleh bidadari di Syurga kerana mereka tidak berpeluang ke dunia untuk merasai cabaran.
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Itqan,Cairo
Wanita Solehah, Buatlah Bidadari Syurga Cemburu Padamu...*
Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yang sangat hitam. Sedangkan erti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.
Al-Hasan berpendapat bahwa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.
4. Sopan dan Pemalu
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, iaitu:
Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli? |
P/S : Duhai para wanita dunia, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi Wanita Penghuni Syurga dan meraih gelaran Bidadari Syurga. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang...Jangan berlengah lagi, jom kita jadi solehah, dan buat para bidadari syurga cemburu pada kita...dengan kecantikan akhlak, iman dan taqwa yang kita bawa sebagai bekal untuk ke Syurga kelak...InsyaAllah.. Jom baca juga tentang Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga ^_^
Perkongsian pagi
Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”
Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti kamu selama dua puluh tahun.”
Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, Tuhan kita adalah seperti majikan itu. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
Tanda-tanda kematian
Tanda kematian semakin hampir
*60 hari - Pusat rasa bergerak-gerak
*40 hari - Daun dengan nama orang yang akan mati di 'Arasy akan jatuh dan Malaikat Maut pun akan datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kekadang, orang yang mati tersebut akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut dan akan kelihatan seperti sedang runsing.
*7 Hari - Mengidam makanan
*5 Hari - Anak lidah bergerak-gerak
*3 Hari - Bahagian tengah dahi bergerak-gerak
*2 Hari - Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
*1 Hari - Terasa bahagian ubun bergerak-gerak antara waktu Subuh dan 'Asar
*Saat Akhir - Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)
*Bila Malaikat Maut mencabut nyawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya hingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik rohnya dari dada hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Kalau yang nazak itu orang yang beriman, maka Malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan itu di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, dia akan lupa kepada orang yang di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pada sayap Jibril A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Nerakadan dalam masa itu orang tersebut tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
TAKIRAHNYA : Marilah kita semua selalu ingatkan mati. Kerana saat kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita cuma kita saja yang tidak sedar. Janganlah kita berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia kerana semua itu akan kita tinggalkan. Tetapi berlumba-lumbalah mengumpul pahala dan amal kebajikan kerana hanya itulah yang akan menjadi bekal untuk kita bawa mengadap Allah 'Azza wa Jalla di akhirat kelak. Fikir-fikirkanlah.....
-Hamba datang hanya bermusafir, kelak pasti akan kembali ke tempat asal...-