Pernah tak kita rasa kita dah berusaha secukup baik tapi hasil yang kita dapat tetap tak cukup bagus, tak seperti yang kita harapkan? Atau dalam kita menjalani kehidupan harian, kita rasakan ada sesuatu yang menghalang, tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku.
Kita selalu juga mendengar, kejayaan seorang anak bergantung kepada redha ibu bapa, kejayaan seorang suami bergantung kepada redha isteri dan kejayaan isteri bergantung kepada redha si suami. Betul?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah SWT".
- (Hadis Riwayat Bukhari)
Jelas dari hadis ini betapa besarnya peranan anak untuk sentiasa menggembirakan ibu bapa. Dan kami yakin, kita juga berperanan untuk menggembirakan pasangan kita dalam usaha untuk kita mendapat restu mereka.
Tapi masalahnya, ramai antara kita tak suka atau tak berbincang dengan ibu bapa atau pasangan bila kita mahu melakukan sesuatu perkara. Mungkin kita takut mereka tak akan menyokong kita atau kita tak mahu mereka risaukan kita atau berbagai alasan lagi. Tapi tahukah anda, tanpa izin ibu bapa atau izin pasangan kita, boleh menyebabkan apa usaha yang kita nak buat akan selalu tersangkut.
Karut? Tak percaya? Terpulang kepada anda. Ini hidup anda. Tapi kepada anda yang rasa inilah sebenarnya penghalang utama kejayaan anda, fikirkannya semula.
Masalah lain pula ialah bila kita ada impian, tapi ibu bapa atau pasangan kita tidak faham dengan cita-cita kita. Atau mereka rasakan impian kita itu terlalu besar untuk kita atau akan menyusahkan kita nanti.
Tahukah anda, mereka berperasaan sedemikian kerana mereka bimbangkan diri kita. Mereka takut kita gagal dan kecewa. Sedihkan, bila ada cita-cita tapi tiada orang yang nak menyokong?
- DAO
No comments:
Post a Comment