29 Muharam1438H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

29 Muharam 1438H,
30 Oktober 2016.   
                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim 
dlm dakapan  Muharam  ini, dgn rasa rendah diri, kami  memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'Alim, ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. 

Ya Allah takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah Engkau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami igt pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua. Justeru Ya Allah ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drpd mengingatiMu Ya Allah.

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua2 ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami Engkau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman. Pd setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.  Justeru kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tpt yg istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah, golongkanlah mereka dlm golongan orang2 yg Engkau redhai. 
Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzahMu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yg baik2 dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz, kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah drpd kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim 
jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar mereka dpt beribadah bersama kami. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat denganMu. sebaliknya, jgnlah Engkau jadikan kami drpd golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tpt kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, jgnlah Engkau jadikan Muharam ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Muharam yg akan datang.

Tapi, andai ini yg terakhir buat kami,  Engkau rahmatilah kami, berilah kami penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah, jadikanlah ia sbg penghapus dosa2 kami.

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami di sana nanti yg kekal abadi, kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tpt yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua2 ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah