Berlaku satu peristiwa seorang alim sering melihat seorang lelaki mendokong ibunya setiap kali melintasi rumahnya. Satu hari sialim berkesempatan bertegur sapa dengan lelaki itu, lelaki tersebut ceritakan bahawa dia seorang perniaga, oleh kerana tiada siapa yang dapat menjaga ibunya yang telah lumpuh, maka terpaksalah ia mendokong ibunya setiap hari ulang alik dari rumah kekedainya.
Sialim itu berkata kepada lelaki tersebut "sesungguhnya syurga bagimu kerana menanggung berat mendokong ibumu", lalu lelaki itu berkata "wahai tuan, jika sekiranya berat ibuku seberat bumi dan isinya dan aku mendokongnya setiap hari hingga matiku, pasti tidak mungkin sama pengorbanannya terhadapku".
Lalu tanya sialim " kenapa kamu kata begitu?"
Lalu ia menjawap " Dikala aku kecil dan sakit, dia sentiasa mendokongku dalam keadaan sentiasa berharap agar aku terus hidup, tapi aku mendokongnya kini dalam keadaan tertunggu bilakah dia akan mati".
"Dia melayaniku dikala nafsuku terlalu berkehendak apa sahaja, sedangkan aku menjaganya didalam keadaan dia tidak lagi mahukan apa-apa".
"Walaupun dia begitu penat menjagaku, namun dia tidak tidur sehingga aku terlebih dahulu tidur, sedangkan kepenatan aku menjaganya menjadikan aku terlebih dahulu tidur darinya"
"Dia sanggup berlapar sehingga aku terlebih dahulu kenyang darinya, sedangkan aku sentiasa terlebih dahulu kenyang darinya".
"Wajahnya sentiasa senang kepadaku meskipun sejauh mana dia mendokongku, sedangkan wajahku sentiasa berkerut kepenatan kerana mendokongnya".
#creditto wan Mohd Sofian
No comments:
Post a Comment