Esok

Seorang lelaki soleh dijemput untuk makan bersama.
Namun, ditolak ajakan itu kerana dia sedang berpuasa sunat.

Mereka pun berkata,
"Ala, esok je la puasa." 

Lalu lelaki soleh itu menjawab,
"Jika tiada esok?"

Kita sering menundakan kebaikan kita dengan berkata,
"Ala, nanti la."
"Ala, esok la."

Kita berjanji untuk bertaubat esok
tetapi ajal tidak janji
yang kita dapat bertemu esok.

Muaz bin Jabal RA pernah berkata:

"Setiap kali aku berada pada waktu pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu petang. Dan setiap berada waktu petang, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi (pada keesokan hari)."

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah