Assalam. Mari kita
berkongsi bersama sifat-sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu
kepada anak-anaknya. Moga ada manfaat buat kita semua:)
1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-sifat
solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya
dan perkara-perkara yang haram.
Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”
Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa “Barang siapa berkahwin berkehendak akan
perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan
hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan
barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh
Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”
Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak
dipentingkan dalam Islam. Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri
wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa
senang dan tenang. Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat
apabila ditanya ‘Siapakah orang perempuan
yang baik itu”. Maka jawab Rasulullah s.a..w “Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya,
engkau akan rasa seronok”.
Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu
kreteria dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w.
juga memberi amaran kepada lelaki supaya tidak memilih isteri semata-mata
kerana cantik rupa paras dan kekayaan sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi
punca kepada kepincangan sesebuah rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud ; “Janganlah kamu kahwini perempuan
itu kerana segaknya semata-mata kerana takut disebabkan segak dan cantiknya
menyebabkan kamu dihina olehnya, dan jangan kamu nikahi seorang perempuan
semata-mata kerana hartanya kerana ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau
terhadap kamu,tetapi hendaklah kamu nikahi seorang perempuan itu kerana
agamanya disamping paras rupanya cantik dan dari keluarga yang berharta”.
Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya “Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.
2. Disunatkan
memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya
akan membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t. Dinyatakan
bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan
mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya
melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah
dan kerenah isteri. Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6)
sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.
Sifat
Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka
mengadu-ngadu padahal dia sentiasa menghiasi dirinya. Jika dikahwini perempuan
yang demikian akan menyakitkan hati dan
tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Sifat
Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu
seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan
suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.
Sifat
Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain
suaminya. Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat
tersebut kerana banyak mudaratnya.
Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia
akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan
tersebut.
Sifat
Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
*
Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
* Suka
memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami
tidak mencukupi. (Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan
orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)
Sifat
Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan
yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan. Selain itu
menurut kata Saidina Ali r.a, terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik
jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan
iaitu :-
Sifat
Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan
terpelihara harta suami.
Sifat
Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang
perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan
semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan
terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.
Sifat
Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia
daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga
akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga
suami.
3. Disunatkan
memilih perempuan yang elok rupa parasnya.
Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa
parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk
memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah
untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai
agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang
kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama
dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya
mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih
perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.
4. Disunatkan untuk
memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana
sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “Bermula
yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang
terlebih murah isi kahwinnya”
Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud “Setengah dari baraqah maka perempuan itu
iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak”
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya. Menyegerakan untuk mendapat anak.
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya. Menyegerakan untuk mendapat anak.
5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan
zuriat kerana sabda Nabi s.a.w
maksudnya ,“Lazimkan keatasmu berkahwin
dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke
atas suaminya”
6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana
menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra
perhubungan antara suami dan isteri.
7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang
baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama
dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda Nabi s.a.w
yang maksudnya “Pilih olehmu akan
perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar
itu terlebih mengekalkan”
Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan
yang baik-baik kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala
akan di warisi oleh anak samada lelaki mahupun perempuan. “Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki
berhati-hati apabila memilih perempuan agar tidak memilih perempuan yang
mempunyai paras rupa yang cantik berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.
8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang
hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat.
Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud “Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya
anak itu dijadikan daif tubuhnya”
Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam
Al-Ghazali di dalam kitabnya.
No comments:
Post a Comment