
|  | 
| Mat Kilau mempunyai  sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan  beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau  mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok  Gajah berada di Pekan,   Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan  berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai  idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan  masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan  dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah  seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat  dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi  yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat  Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup  semati dengan Mat Kilau.  | ||||
| Khabar yang menyatakan Mat  Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di  Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua  Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam  pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat  Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah  cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia  telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan  banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar  The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum  tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku  tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin  Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat  Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai  'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri  dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin  di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa  menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat  Siam.   | ||||
| Dalam bulan Disember  1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad  pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin  Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya  dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan  dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka  Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.  Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di  Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau  telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat  Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga  Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.  Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah  ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.  Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat  Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah  empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,  Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai  berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah  perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.  | ||||
 

No comments:
Post a Comment