::: Tinta malam Tengkujuh ::::


Malam ini sungguh sejuk...
dah 3 hari hujan tidak berhenti di Besut.. Musim Tengkujuh skrg niey..


Malam niey dgr sket lagu Mawaddah... title, " Bila Tuhan Tak Dikenali" ...

Ya Allah... rasenyer byk dosaku...
jgn jadikan aku org yg mempermainkan agama...



Jangan jadikan aku tenggelam dalam dunia yg bergerak pantas ini... aku nak rohku yg bergerak pantas dari jasadku... aku xnk kepentingan dunia mengatasi hidupku ya Allah...


Aku mahu rohku matang dan mmpu mengatasi jasadku ini... jika terus begini, roh aku akan lemah..

akibatnya, aku malas beribadah... aku semakin jemu menyembahmu... tapi pada mulutku lancar mengatakan yg aku ingin memperjuangkanmu, mempromosimu, mmbawa manusia kepadamu..dlln...

tapi hakikatnya, aku makin hanyut.. dengan kejian dan pujian.. hatiku mudah rosak... sedikit sahaja ujian yg di datangkan, aku sudah goyah... alangkah malangnya nasibku jika begitu wahai Tuhanku...

jika terus begini, sia2 sahaja perjuangan aku.. entah2 aku ini derhaka dalam taat. Nampak macam taat, tetapi aku dh banyak melakukan kesalahan kepadamu tampa aku sedar. kau sedang murka denganku... Aku memohon ampun Tuhan...

Aku tidak mempedulikanMu dalam hidupku... dalam perjuanganku.... patutlah makin berjuang, makin bertambah amarahku... makin berjuang makin bertambah egoku.. makin berjuang makin bertambah mazmumahku.. ini kerana aku tidak merujuk denganmu di atas segala kerja buatku....
ampunkan aku Tuhan... wahai rafiqul'ala....

ketika aku dlm kesusahan, aku mencarimu...akan tetapi ketika senang, aku melupakanmu...

Tuhan... Ampunkanku...
aku ini tetap hambamu yg melakukan kesalahan...

saat ini, kedengaran lagu 'Terima Kasih Wahai Tuhanku"...

aku sedih Ya Allah akan segala ketelanjuranku...

Terima kasih Tuhan kerana menyedarkanku... Terima kash wahai Tuhanku... Terima kasih wahai Tuhanku...


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah