::: Derhaka dalam Taat :::



Ramai orang beribadat bukan mahu dekat dengan Allah
Tapi ibadahnya semakin menjauhkan diri dari Allah
Kerana megah dengan ibadah, kerana nama menyembah Allah
DI dalam benbadah, menghina, mengumpat, hasad dendam kesumat



Orang ini di Akhirat menjadi orang muflis
Perniagaan Akhiratnya banyak bankrap kerana maksiat
Ibadahnya tidak menyelamatkan mereka
Mereka tertipu dengan ibadahnya

Banyak orang amal kebajikannya menghijab di antara dia dengan Allah
Dia buat kebajikan kerana nama, minta pujian, glamour
Setiap kebaikan yang dibuat suka dicerita-cerita
Jasa-jasa suka diberitahu, kerana ingin dapat nama

Kerana itulah setengah orang jika tidak dibuat berita tidak mahu menderma
Jika hendak menderma mesti dibuat berita di dalam media
Dia membuat kebaikan kerana pujian orang
Bukan kerana Allah dan keredhaan-Nya

Itulah orang derhaka di dalam beribadah
Membuat maksiat di dalam kebaikan
Dia rasa cara itu Tuhan suka
Rupanya cara itu Tuhan sangat murka.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah