Aku makin cemas hari ini... Mengapa hatiku sentiasa bimbang? Nampaknya madrasah Ramadhan kali ini sudah hampir ke kemuncaknya dan akan berakhir dalam beberapa hari lagi... tika aku mendengar sayup2 dari bilik sebelah,....
lagu raya kedengaran dan ketika waktu Asar tadi pula berkumandangnya takbir raya secara tidak sengaja, mungkin.
ketika itu aku merasakan Ramadhan sudah pergi dan seakan-akan tidak mendengar panggilanku... aku hampir menitiskan air mata. Mungkinkah aku tidak terpilih untuk mendapat sesuatu darimu ya Allah dalam Ramadhan kali ini?
Ya Allah... Temukan aku dengan malam itu.. Malam yang sangat di nanti2. jadikan 20 hari terakhir ini aku dapat membetulkan sikapku.. jadikan aku makin beradab denganmu.. aku tahu aku derhaka selama ini. Aku liar di pandu nafsu yang tidak puas2 memujukku...
Terimalah doaku Ya Allah. Moga Aku dapat sesuatu dari Ramadhan ini.
Tidak dapat semua, dapat sikit pun jadilah ya Allah. Bukankah kasih mu melebihi kasih ibuku terhadapku... maka terimalah wahai Tuhan...
Wahai nabi Muhammad, kekasih Allah.. Syafaatkan aku.
LailatulQadar... AKu merindui kedatanganmu...
Ini anugerah Tuhan kepada Umat Muhammad...
Aku harap kau sudi menjemputku malam itu untuk bermunajat di depan Rafiqul a'la, Kekasih hatiku yang telah lama aku tinggalkan... Semoga cinta itu bertaut kembali.. bukan malam itu sahaja, bahkan untuk selama-lamanya..sehingga aku bertemunya di Akhirat nanti..
3 comments:
salam..sekadar perkongsian ilmu bersama..pokok segala maksiat dan kejahatan itu adalah datang nye dari hawa nafsu,dan pokok segala kebaikan itu adalah dari mengekang hawa nafsu...(beribadat juga boleh mengikut nafsu)
ya Allah, rahmatilah sahabatku ini. pertemukannya dengan malam yang di janjikan itu, Al- Qadr....
Semoga Allah merahmatimu Khairul Anuar(",)
ameen...thanks
Ya Allah
Tuhan telah seringku terdengar
Tentang kebesaran bulan Ramadhan
Di dalam Al Quran dan sabda Junjungan
Hanya aku yang sering melupakannya
Di bulan yg mulia ini
Laut pengampunanMU tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMU tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya
Tuhanku sedari kelemahan ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu
Ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian
Semoga di Ramadhan kali ini
Dapatku perbaiki kelemahan diri
Akanku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadapMU
Lailatul Qadar pasti menjelma
Buat mereka yg menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki buat semua
Bimbinglah aku menuju jalanMU
Tingkat iman dan ketaqwaanku
Agar baktiku tetap padaMU
Biarpun Ramadhan telah berlalu
Agar subur kehambaanku terhadapMU
FAT
Post a Comment