Cinta jemaah yang kecundang...

salam semua. Inilah artikel yang Ingin saya kongsikan bersama..
hayatilah.. Cinta Jemaah Yangg Kecundang.
p/s: maaf coz bahasa yang di gunakan agak keterlaluan sket..huhu.. sket jer=)

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk..sayer harap kiter boleh berkenalan..ukhwah fillah eh orang kater..sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcm maner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAH membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan menyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....

3 comments:

mu4mm4r r4uh!LL4h said...

salam...artikel yg mmg mbuatkn sy tersenyum...tersenyum mengenang memory d kala usia belum mencapai kematangan. Alhammdulillah, skg dh boleh berfikir secara mendalam berkaitan hal sedemikian....namun, semakin kita cuba utk menjauhinya, semakin dekat pula ia datang menghampiri...Ya Allah.... kuatkanlah hati hambamu ini....

syabab islam said...

cinta allah mengatasi cinta makhluknya.. rasailah nikmat cinta Allah.. sungguh! terasa begitu indah dan nikmat.. ikhlaskan perjuangan hanya kerana Allah. pasti akan merasa begitu indahnya berukhwah fillah..
ukhwah fillah abadan abada..

sir hans said...

tahniah kepada sahabat2 yg berjaya mendahulukan cinta Allah dr cinta selainnya..
dapat Tuhan, dapatlah segala2nya..
dapat segala2nya tanpa Tuhan, hatta satu dunia pun.. tiada berguna.. lebih baik mati dari hidup terus disesatkan oleh cinta dunia. Pesanan nabi S.A.W "cinta dunia ibu segala kesalahan"
jadikanlah ia renungan..wallahualam

Bumi Tuhan... Bersaksilah