Along  



Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah, selalu dia kena kemas kalau adik buat sepah mainan.
selalu adik je berpeluang bermanja. Biasanya pagi2 nak ke sekolah ummi akan peluk...

Sudah peluk dan minta maaf pada anak sulung anda?
Sebelum ada 2,3,7 mahupun 10,kita bermula dengan satu..begitu juga anak,kita bermula dengan yang sulung..

kerana dia,kita belajar melahirkan,menyusukan,menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak..maniskan saat tu?kekoknya kita tiap kali lalui benda baru..

hadir yang kedua,kita minta yang sulung untuk berdikari..kasih juga sudah berbagi..adakala terbit rasa kesal pada diri kita kerana kurangnya perhatian pada anak yang sulung..

rakan-rakan,gunalah setiap masa yang ada..anak yang sulung juga punya hati walaupun mereka masih kecil..jangan diikut amarah itu dengan melepaskan semua padanya..

setiap pagi peluklah mereka,sebelum tidur minta maaf pada mereka seandainya kita terlepas memarahi atau tidak melayani mereka..luangkan masa melayani anak yang sulung dan kecil bersama-sama..

ORANG LUAR hentikanlah berdialog,"kesian dia ibu dah tak sayang dia,ibu dah ada adik.."anak ini nampak kecil,tapi mereka memahami..bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati mereka..

hati yang luka masih boleh dirawat,tapi jangan dilengahkan..rakan-rakan,peluklah anak sulung anda setiap hari..ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak benda baru kerana hadirnya dia..

Sayang itu adil..tapi yang sulung paling istimewa,kerana dia yang pertama.. 😢😢😭😭😭
#JomSayangAlong

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Along

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster