Saidina Ali r.a berkata, “Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia”.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BERTAUBATLAH.....SEBELUM TERLAMBAT,SEBELUM MATAHARI TERBIT DARI BARAT  

Hadis Abu Zar r.a:
Suatu Hari Nabi s.a.w bersabda: Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan matahari ini berakhir di suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa. Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan demikian, sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan terbitlah dari sebelah barat. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Tahukah kamu bilakah ianya akan berlaku? Ianya akan berlaku ketika mana لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Orang melayu dah lupa? ::: Sejarah Mat Kilau  











Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.



Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.



Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Benar kata syeikh:: terlalu hina orang islam yang x bersembahyang  

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.


Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ustaz Halim: www.inijalanku.wordpress.com  

Jam 2.10 pm tadi Ustaz Ashaari Muhammad, 73 tahun, pengasas gerakan Al-Arqam (1968 – 1994) meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan paru-paru. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun (Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali). Beliau dikebumikan di tempat asalnya, Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Menghargai sumbangan besar beliau kepada Dakwah Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 1970an, saya pergi ke tempat pengkebumiannya sebentar tadi. Walaupun Kg. Pilin terletak jauh di pendalaman Rembau, namun ratusan manusia yang datang ketika jenazah dikebumikan jam 10.00 malam tersebut menunjukkan jasa Al-Marhum tetap dikenang ramai manusia walau diakhir perjuangannya, Al-Marhum dan jemaahnya melalui fasa getir dan sukar terutama selepas pengharaman Al-Arqam tahun 1994 oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Hari (Akhirat) yang tiada guna lagi harta dan anak pinak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran). Foto : Kubur Us Ashaari yang dikebumikan malam tadi.

Di tahun 1980 (ketika di tingkatan 3 MRSM Kuantan), seperti ramai masyarakat Islam di Malaysia, saya banyak mendapat kesan Islamik dari dakwah Al-Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari berslogan “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”, satu istilah yang biasa di dalam Fiqh Islam tetapi asing dalam masyarakat Melayu Islam ketika itu. (Foto : Saya dimalam pengekebumian Us Ashaari di Kg Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, kampung asal Al-Marhum. Kubur Us Ashaari di depan orang yang berserban putih).

Gerakan Al-Arqam 1970an

Al-Arqam di era 1970an. Ustaz Ashaari duduk di tengah-tengah. Ketika ini hanya slogan “Al-Quran dan As-Sunnah” sahaja yang kedengaran. Belum ada slogan “Imam Mahdi – Syeikh Suhaimi”, “Pemuda Bani Tamim” dan sebagainya seperti di tahun-tahun 1990an.

Gerakan Al-Arqam bermula dengan 12 orang pada tahun 1968. Bilangan ahlinya mencapai 3000 orang pada tahun 1980. Pada tahun-tahun 1990an bilangan anggotanya dipercayai mencapai 10,000 orang atau seingat saya 6,000 keluarga seperti yang disebut di dalam salah satu buku terbitannya. Saya mula mengenali gerakan dan menghadiri kursus-kursus anjuran Al-Arqam sejak di tingkatan tiga, tahun 1980. Ketika itu slogan Al-Arqam ialah “Bergembiralah dengan Al-Quran dan As-Sunnah”. Ketika itu isu yang mengaitkan Al-Arqam dengan ajaran sesat, pegangan Aurad Muhammadiah, Imam Mahdi Asy-Syeikh Suhaimi dan seumpamanya belum tersebar. Dalam suasana penghayatan Islam dikalangan rakyat Malaysia masih baru, tidak ramai yang bertudung, bahkan ketika itu siapa yang mula bertudung digelar “hantu kongkong”, “ninja”, “dakwah songsang” dan sebagainya, kemunculan ribuan ahli gerakan Al-Arqam di tengah-tengah masyarakat dengan imej serban, jubah dan purdah memberi nafas baru kepada usaha-usaha kembali kepada agama Allah swt. Imej dan risalah ”Islam Yang Syumul (Menyeluruh)” dikuatkan lagi dengan penonjolan Islam bersepadu melalui produk media seperti kaset-kaset ceramah 3-jam Us Ashaari seperti “Keindahan Islam”, “Hakikat Iman” yang tidak jemu-jemu saya dengar 6 atau 9 jam berulang kali, akhbar Al-Arqam, risalah Fardhu Ain, kaset dan persembahan nasyid Islam kumpulan Al-Arqam seperti Nada Murni, The Zikr pimpinan Al-Marhum Asri Rabbani, penghasilan produk makanan halal seperti mee, kicap, sos dsb yang ketika itu rata-rata umat Islam bergantung kepada kilang bukan-Islam. Ramai tentunya masih ingat Klinik Bersalin Al-Arqam di Desa Minang, Gombak, yang merupakan klinik pertama anjuran gerakan Islam di Malaysia beridentitikan doktor dan jururawat berpurdah dan berjubah putih, mengazankan bayi di telinga kanan dan mengqamatkannya di telinga kiri.

Dari jalan besar Rembau – Tampin, Kg. Pilin masuk kira-kira 10-15 km ke hulu pendalaman kampung.

Foto ini saya ambil sebaik saya tiba di Kg. Pilin. Walaupun di pendalaman, hampir seribu manusia membanjiri Kg. Pilin memberikan penghormatan terakhir kepada Al-Marhum Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam (1968-1994).

Zaman Kemuncak Dakwah (I) di Malaysia (1981-1982)

Mereka yang berumur 40an seperti saya, 50an dan 60an yang terlibat dalam gerakan Islam di Malaysia hari ini akan bersetuju dengan saya jika dikatakan bahawa dakwah dan kesedaran Islam di Malaysia mendapat momentum besar di tahun-tahun 1970an diantaranya melalui usaha dan pimpinan Ustaz Hadi dalam PAS, Anwar Ibrahim dalam ABIM, Ustaz Ashaari dalam Al-Arqam serta lain-lain individu dan badan Islam. Momentum ini mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1981-82. Kebetulan ketika itu saya di tingkatan 4 dan 5, umur yang penuh idealisme dan aktivisma. Saya tidak puas-puas menghadiri ”Kursus-kursus Kefahaman Islam” anjuran badan-badan berkenaan dan membawa masuk apa yang saya perolehi di sana, masuk ke dalam MRSM Kuantan seperti kaset, buku, kicap, sos, kayu sugi, ubat gigi halal (ketika itu Colgate disyaki ada minyak babi) dan lain-lain. Di tahun-tahun tersebut juga, “Revolusi Tudung” tersebar dengan pesatnya di seluruh pelusuk negara. Di MRSM Kuantan ketika saya di tingkatan 1 (1978) dari kira-kira 300 pelajar wanita, hanya sekitar 20 orang memakai tudung, tetapi ketika saya di tingkatan 5 (1982) hampir 90% pelajar wanita memakainya. Hatta (hinggakan) pelajar yang tidak memakai tudung menukar fesyen pakaian sekolahnya dari blouse kepada baju kurung.

Bertemu kenalan lama, En. Jailani Jasmani di upacara pengekebumian Ustaz Ashaari. Beliau sezaman saya ketika menuntut di Australia (1983-1988). Beliau adalah diantara pimpinan Al-Arqam Australia, berpusat di Perth, manakala saya bergerak di dalam AFMSA (Australia Federation of Muslim Student Association – gabungan semua Muslim Student Association di universiti-universiti seAustralia). Sebaik pengharaman Al-Arqam tahun 1994, En. Jailani diantara 11 orang pertama ditangkap dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beliau dibebaskan 2 bulan selepasnya dan dikenakan tahanan dalam daerah selama 4 tahun. Ustaz Ashaari dikebumikan di tanah perkuburan di belakang Surau Kg. Pilin yang kelihatan di belakang kami.

Saya masih ingat ketika musim-musim cuti sekolah panjang akhir tahun 1981 (tingkatan 4) dan 1982 (tingkatan 5), saya meminta duit dari ayah saya di Seremban untuk menaiki bas bersambung bas ke Perkampungan Islam Al-Arqam, Sg Pencala, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Kefahaman Islam anjuran Al-Arqam, juga ke Jeram, Selangor anjuran Balai Dakwah Islamiyah (Ustaz Sahar – Ustaz Amin – Ustaz Nasoha) dan berbagai kursus Islam lagi. Ketika mana pemakaian tudung masih pelik dan asing di Malaysia, menghadiri kursus Islam seperti itu selama beberapa hari di tengah-tengah ribuan peserta yang memakai serban, jubah, purdah, menjamu hidangan mee buatan kilang Islam, bersugi, berzikir munajat pimpinan Asri Rabbani, mendengar ceramah-ceramah 3-jam Ustaz Ashaari, diajari tidur secara sunnah, bangun berqiyamullail bersama, mandi air perigi beramai-ramai dan sebagainya memberikan suntikan semangat Islam yang kuat dan luar biasa terutama kepada mereka yang berada diumur belasan tahun seperti saya ketika itu.

Di musim persekolahan pula, saya sering menghadiri “Tamrin” atau Kursus Kefahaman Islam anjuran PKPIM/ABIM. Terima kasih kepada Al-Marhum Ustaz Mokhtar MRSM Kuantan yang sering membawa saya ke program-program berkenaan termasuk ke markaz ABIM Kuantan yang ketika itu masih dalam pembinaan. Dari masa ke semasa ceramah pidato 1-jam Ustaz Hadi Awang (kini Presiden PAS) dizaman itu dihadiri puluhan ribu orang memberikan kefahaman sahih dan semangat perjuangan yang tinggi kepada para pemuda pemudi termasuklah saya sendiri. Itu kisah 30 tahun yang lalu. Saya rasa tiadanya tokoh-tokoh seperti Ustaz Hadi dan Ustaz Ashaari berpidato hebat seperti zaman muda mereka dahulu adalah satu kekurangan dalam membina jiwa pemuda pemudi generasi 2010an pada hari ini. Memang usrah dan qiyamullail memberikan kefahaman dan kekuatan ruh untuk beramal dakwah, namun mendengar pidato dapat membangkitkan semangat dan keberanian dalam berdepan dengan apa sahaja rintangan dan godaan demi mencapai matlamat perjuangan yang telah diimani oleh hati nurani.

Zaman Keliru (1982-1998)

Saya rasa jika momentum 3-serangkai Ustaz Hadi/PAS – Anwar Ibrahim/ABIM – Ustaz Ashaari/Al-Arqam ketika itu berterusan sedekad dua lagi, tanpa berlaku permasalahan diaspek aqidah dan fikrah seperti yang berlaku pada gerakan Al-Arqam ditahun-tahun 1990an, Malaysia yang akan dibentuk dan dihasilkan adalah tidak sama seperti hari ini. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Pada tahun 1982, ketika saya di tingkatan 5 dan sebelum ke Australia, Mahathir/UMNO yang baru menjadi Perdana Menteri (1981) berjaya memikat Anwar untuk meninggalkan ABIM untuk berjuang bersama beliau didalam UMNO (1982). Sejak tahun (1982) bersejarah itu sehingga kehari ini, berlaku ketidaktentuan halatuju bukan sahaja dikalangan gerakan-gerakan Islam, bahkan juga dikalangan umum umat Islam di Malaysia. Pada 1985, apabila polis kerajaan dibawah UMNO membunuh Ustaz Ibrahim Libya PAS bersama 13 pendokong-pendokongnya di Peristiwa Memali, Baling, Kedah, umat terpinga-pinga tidak mudah membuat pendirian terhadap tragedi tersebut kerana Anwar yang dianggap Islamik berada didalam UMNO. Sepanjang Anwar didalam UMNO, ramai ahli ABIM turut mendokong UMNO dan menjauhi PAS hinggalah mereka masuk PKR apabila Anwar dipecat dari UMNO tahun 1998, 16 tahun selepas itu. Dalam zaman keliru seperti ini, Ustaz Ashaari yang pernah menjadi AJK PAS Selangor dan Ketua Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan, serta jemaah Al-Arqam sendiri mula menjauhkan diri dari PAS dan ABIM lalu celupan tarikat Aurad Muhammadiah, kepercayaan kepada Imam Mahdi adalah Syeikh As-Suhaimi – pengasas tarikat tersebut, Majlis Yaqazah (Nabi saw didakwa turut hadir), Pemuda Bani Tamim dsb. semakin menebal kedalam ideologi gerakan tersebut dari hari kesehari, tahun demi tahun, siap untuk difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994, lalu siap untuk dikenakan pukulan maut oleh pihak berwajib pada tahun yang sama.

Zaman Alaf Baru

Hari ini, yang masih seperti tahun-tahun 1981-82 dulu ialah Ustaz Hadi di dalam PAS. Adapun “players” tahun-tahun 1970an selain Ustaz Hadi seperti Anwar Ibrahim, beliau melepaskan ABIM (1982), Mahathir pula terpaksa melepaskan jawatan dalam UMNO kesan kebangkitan Reformasi 1998 dan prestasi terburuk UMNO dalam Pilihanraya 1999 manakala gerakan Al-Arqam Ustaz Ashaari diharamkan dan berkubur tahun 1994, diganti dengan versi baru “Rufaqak” (juga telah difatwakan haram), kemudian “Global Ikhwan” pada hari ini.

Tanpa disedari Zaman Keliru 16 tahun (1982-1998) telah berlalu dengan cepat, tidak menunggu samada gerakan atau umat Islam keliru atau tidak, lahir pula generasi-generasi Melayu baru, timbul gejala-gejala sosial parah yang tidak pernah berlaku sebelumnya dan sekronik hari ini seperti kelahiran puluhan ribu anak haram Melayu, sumbang mahram, rempit, rasuah jutaan bahkan bilion ringgit, curang, materialistik, cinta dan berlumba untuk dunia dan sebagainya. Jika dulu umat Melayu cukup dihibur dengan lagu dan filem P.Ramlee, akan tetapi sepanjang tempoh Zaman Keliru 16 tahun hingga kehari ini, kesempatan yang digunakan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu telah mencapai tahap merekrut generasi sosial dan hedonisma melalui pelbagai produk rancangan seperti Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu dan seumpamanya.

Al-Arqam adalah pelopor Kesenian Islam di Malaysia sebagai salah satu wasilah Dakwah yang berkesan kepada golongan-golongan tertentu dan sebagai senjata alternatif dalam berdepan dengan serangan hiburan-hiburan Melayu ala Barat yang menjelek dan merosakkan . Foto: Penasyid-penasyid utama Al-Arqam, Al-Marhum Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani dan dikanan beliau Munif Ahmad, vokalis kumpulan Hijjaz hari ini. Mereka ber”pakaian Al-Arqam”. Ketika itu alat muzik yang dianggap Islamik ialah gendang dan seumpamanya.

Diantara foto terakhir Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas gerakan Al-Arqam. Setelah keluar hukuman ISA (Internal Security Act), mulut Ustaz Ashaari tidak boleh bertutur sehingga ke akhir hayatnya. Beliau hanya menggunakan bahasa isyarat, dikatakan hanya difahami oleh Hatijah Aam, isteri beliau.

Diantara sumbangan Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad kepada umat Islam di Malaysia khususnya ialah :

  1. Al-Marhum berdiri teguh di hadapan dalam menghadapi serangan Budaya Barat yang melanda umat dan merubah identiti Islam mereka sejak sekian lama. Ini beliau lakukan secara amali dengan membentuk gerakan Al-Arqam yang cuba memaparkan Islam secara menyeluruh disetiap aspek kehidupan seperti pakaian menutup aurat, produk makanan Islam, ekonomi, media, hiburan dll.
  2. Al-Marhum memberi nafas baru dan keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka boleh menjana ekonomi, berdikari dan berjaya dalam skala yang besar (Group of Companies), asalkan mereka mempunyai penghayatan Islam yang baik, zuhud dan bekerja didalam team group (berjemaah).
  3. Al-Marhum menjadikan jemaah Al-Arqam sebagai jemaah pertama di Malaysia yang berjaya menonjolkan Kesenian Islam (nasyid kumpulan Nada Murni, sajak dsb) sebagai salah satu wasilah dakwah yang meluas, bersepadu dan berkesan.
  4. Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam cuba mempraktikkan amalan poligami secara kolektif (berjemaah) sebagai salah satu usaha menangani aspek sosial seperti yang diketengahkan oleh Islam.
  5. Al-Marhum melalui jemaah Al-Arqam berjaya didalam penghasilan produk media sebagai salah satu wasilah (cara) dakwah terpenting seperti akhbar Al-Arqam, majallah-majallah Anis, Asuh, An-Nasihah dan lain-lain. Majallah yang dihasikan sangat bermutu tinggi di segi bahan dan seninya. Diaspek ini juga Al-Marhum berjaya menggerakkan ahli-ahlinya, dewasa dan kanak-kanak berdakwah dan berniaga dengan cara mengedarkan majallah secara langsung di stesen-stesen bas, kompleks perniagaan dan di tempat-tempat awam. Segelintir manusia menuduh ianya satu bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak. Saya melihatnya sebagai satu kekuatan. Kekuatan mendidik ahli bergerak dan teguh bertemu orang ramai, berdakwah dengan usaha amali (pengedaran secara langsung), tanpa menggunakan kata-kata. Tidak seperti ceramah yang mampu dilakukan oleh sebahagian ahli, cara jualan majallah secara langsung di tempat-tempat orang ramai boleh dimainkan oleh semua ahli yang komited dan separa-komited, disamping ia dapat menjana ekonomi untuk Dakwah.
  6. Al-Marhum mendidik dan menghasilkan pengikut yang tajarrud (penyerahan diri yang bulat dan total), berjuang habis-habisan demi mencapai matlamat Dakwah yang digariskan oleh pimpinan, tanpa mengharap ganjaran dunia yang lumayan. Mereka menyumbang kepada jemaah, hidup berpoligami dalam kesederhanaan, sebahagian besar bekerja sepenuh masa untuk Al-Arqam dengan mendapat gaji berupa kupon-kupon Al-Arqam guna membeli makan minum hanya di kedai-kedai Al-Arqam untuk sara hidup diri dan anak isteri mereka.

Saya hanya memaparkan sumbangan-sumbangan positif Al-Marhum untuk dicontohi dimana yang baik oleh para Duat hari ini dan esok. Adapun isu-isu kontroversi Al-Marhum dan jemaah Al-Arqam yang ramai sedia maklum, memadai rasanya para pelawat budiman sekelian melawat link-link yang kami paparkan dalam posting ini seperti tulisan Dr Farahwahida, University Malaya dan link-link di atas. Moga Allah swt memelihara kita dari tipudaya musuh Islam, Syaitan, nafsu dan kejahilan.

Semoga Allah swt merahmati Al-Marhum, mengampuni dosa-dosanya, menerima taubatnya, memberkati amalan dan sumbangannya kepada umat Islam dan ditempatkan di Syurga bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Merekalah sebaik-baik teman disana nanti.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Zat Yang Maha Suci  


Lagu yang menyentuh jiwa

Tiada yang lebih membahagiakan selain dapat mencintai Allah dengan sebenar2 cinta.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Al-Fatihah - Kewafatan Habib Ali Batu Pahat  


Al-Fatihah kepada Habib Ali Bin Ja'far al-Aydarus Batu Pahat serta usul dan furu'nya....moga beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan semoga kita dapat mengikut jejaknya.....

Allahu akbar...ramainya para arifin yang wafat dalam masa terdekat ini..

Teringat sebuah hadis bahawa ilmu itu ditarik dengan kewafatan para ulama'....Allahu Akbar...

Semoga kita semua di bawah pemeliharaan-Nya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal  

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: *“Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh
masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang
dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi
(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di
tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.*

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai
manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.*

*Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.*

*Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya
itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah
Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi
Ibrahim itu menjadi sejuk.*

*“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia
itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan
berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata
kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di
antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah
dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan
kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan
izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh
Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang
yang paling tinggi darjatnya di syurga.”*

*Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang
paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang
baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.*

*“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan
penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian
hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.*

*“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh
Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di
luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu
orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah
menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.”*

.

Penulisan berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya
masih ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan. Semoga
kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak elok,
berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah Tauhid yang
satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari fitnah Dajjal.

Semoga kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s
nanti dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah
banyak tercemar dan ternoda ini.

.

*Rujukan:*

1 – AlQuran

2 – Tafsir Ibnu Katsir

3 – Tulisan Alexander Hislop

4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara

5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong

6 – Wikipedia


.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Raja namrud dan kaitannya dengan iluminiti  

Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an
bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja
yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan
Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s
kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah
Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim..


teruskan membaca..(",)


Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim
tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang
menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan
mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari
timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir
itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”* Surah
Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa
Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang
dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya
bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim
mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia
kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan
berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan
orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t
telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.

*“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu
benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi
dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat
makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling
merugi.” *Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa
raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang
darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi
Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah
Namrud dan Bukhtanasar.

.

*Kaitan Namrud dengan Illuminati*

Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya
ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan
dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud
ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit
keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama
Illuminati<http://hikmatun.wordpress.com/category/pengetahuan-am/illuminati-pengetahuan-am/>
.

Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang
bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan
bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah ”Ridda” yang
bermaksud ”murtad”.

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik
dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang
tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon
(Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya
selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat
binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu,
menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud
ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut
sebagai *New World Order*.

[image: Blue_Room_Christmas_tree]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/blue_room_christmas_tree.gif>Dari
catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di
antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama *Semiramis*.
Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut
menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun
jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen
yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis
sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang
hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan
meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25
Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah *asal usul pohon
Natal*yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal /
Krismas.

Sila baca juga 77th annual illumination of Rockefeller Center
Christmas tree<http://hikmatun.wordpress.com/2009/12/05/77th-annual-illumination-of-rockefeller-center-christmas-tree>

[image: tammuz]
<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/tammuz.jpg>Walaupun
dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud,
dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak
itu bernama *Tammuz* dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula
Namrud. Tammuz diberi gelaran *‘Orion*‘ yang bermaksud *‘benih seorang
wanita’*. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan
‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak
tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai
‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud
dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan
pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya,
penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang
berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana
mereka menyembah *Isis* dan anaknya* Osiris* (dikenali juga sebagai *Horus*).
Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama *Osiris* sama makna
dengan *Orion* iaitu *‘benih seorang wanita’*.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke
serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama
Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun,
Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya
ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur
semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;

[image: ancient
goddess]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/ancient-goddess.jpg>

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di
Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan
oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan
kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara
tersebut.

[image: semiramis in
coin]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/semiramis-in-coin.jpg>Semiramis
dalam duit syiling lama

[image: illuminati_liberty]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/illuminati_liberty.gif>Statue
of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa
obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang
sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di
Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan,
China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam
logo *Columbia Pictures* yang mana ianya adalah sebahagian dari *Columbia
TriStar Motion Picture Group*, yang dimiliki oleh *Sony Pictures
Entertainment*.

[image: Columbia_Pictures]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/columbia_pictures.png>

.

*Keturunan Namrud hingga kini*

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah
banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka
terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati
ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan *Rothschild
(Rothschild Bloodline)*. Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy,
Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell,
Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam
Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah
mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai
menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

[image: 13 illuminati
bloodlines]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/13-illuminati-bloodlines.gif>

Perhatikan lah bahawa *Children’s TV Workshop* yang membuat rancangan
seperti *Sesame Street* juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti
yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu *Disney *yang membuat pelbagai
rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja
mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara
mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya
dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari
kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan. Sila
baca *Illuminati dan
hiburan<http://hikmatun.wordpress.com/2009/09/15/illuminati-dan-hiburan/>
*

[image: Sesame Street - Abbey
Road]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/sesame-street-abbey-road.jpg>

.

*Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah
pengaruh mereka*

Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

[image: UN-LOGO] <http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/un-logo.jpg>

2 – USA – United States of America

3 – UK – United Kingdom

4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics

5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman,
Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.

6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural
Organization

[image: unesco] <http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/unesco.jpg>

Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan
lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi
milik mereka.

[image: bendera
USA]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-usa1.png>

Bendera Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid)
dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun
dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.

[image: bendera
Australia]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-australia.png>Bendera
Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di
dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di
dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.

[image: bendera
china]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-china.png>Bendera
China – Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil

[image: bendera
russia]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-russia.png>Bendera
Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata.
Dan ada satu bintang di atasnya.

[image: bendera
israel]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-israel.png>Bendera
Israel – Sudah terang lagi bersuluh

[image: bendera
UK]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/bendera-uk.png>Bendera
United Kingdom (UK) – Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya.
Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah
PIRAMID dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan
cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara
simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak
segitiga di dalamnya.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan
monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti
republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem
monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah
kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda
rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang
paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan *berlaku
PERPECAHAN sesama sendiri*!

.

*Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama*

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod.
Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi
kehebatannya.

Kejadian *10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali
orang yang berkuasa di bumi;*

*10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu
dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di
hadapan TUHAN.”*

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian
11 kejadian

Kejadian *11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai
satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.*

*11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di
sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.*

*11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata
dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk
batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.*

*11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang
puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai
di seluruh bumi.”*

*11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan
oleh manusia.*

*11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini
baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan
sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.*

*11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka
tidak mengerti lagi satu sama lain.”*

*11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu
berhentilah mereka mendirikan kota itu.*

*11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN
mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh
TUHAN ke seluruh bumi.*

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk
mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai *MASONS*,
yang pada zaman moden kini disebut sebagai *Freemasons*. Mereka sememangnya
hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah
keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut.
Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu
belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir
untuk melaksanakan misi mereka.

Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat
mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.

.

*Babylon baru*

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu *13 : 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti,
menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka
manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.*

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu
berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama
perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi
mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60
saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya
berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai
360 darjah, iaitu 60 x 6.

*Babylon baru* (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu
berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (*
MDCCLXXVI*) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan
mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara
matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon
baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776
(1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan
Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’
bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali
sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu
minggu (mengikuti kalendar Gregorian).

[image: great seal]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/great-seal.jpg>

Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana
jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan
dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah
ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236
ayat.

[image: barcode666]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/barcode666.jpg>

.

*Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon*

*Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter* merupakan kepercayaan
penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan)
pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir
bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian
Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan
pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari
Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan
Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi
oleh para paderi.

Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah
berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon.
Perhatikan gambar di bawah;

[image: easter origin]<http://hikmatun.files.wordpress.com/2009/11/easter-origin.jpg>

Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod
kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah
Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam
bahasa babilonian nya ‘Ishtar’. Maka *Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth
= Astarte*

.

*Kesimpulan*

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan
diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas
kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.
Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi
mereka.

*“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah
lebih besar daripada fitnahnya Dajjal”* Hadith Riwayat Muslim

*“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada
keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan
namaku.”* Hadis riwayat Abu Dawud

Rasulullah bersabda: *“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari
Fatimah.”* Hadis riwayat Abu Dawud

*Rujukan:*

1 – AlQuran

2 – Tafsir Ibnu Katsir

3 – Tulisan Alexander Hislop

4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara

5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong

6 – Wikipedia

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


belajar sedikit faham banyak  

Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah
SAW, mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa
yang Rasulullah ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan,
mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang
lengkap dan menyeluruh.

Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga para
Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat Al Quran. Sayidina
Ali k.w.j. contohnya, mampu mengupas Surah Al Fatihah hinggakan kalau
tiga ratus ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab
kupasan dan tafsirannya itu.

Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya atau sabdanya ringkas dan
pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang
tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan
penuh berisi.

Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti
difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa
berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan
berkembang. Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh
dapat penambahan ilmu.

Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati
yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati
itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan
memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di
zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit
Tabiin, kerana hati mereka bersih, ramai yang dapat menguasai
berbagai-bagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid,
fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu
falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan, sains
dan sebagainya. Tambahan pada itu ramai di kalangan mereka yang dapat
menguasai berbilang-bilang ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum
Islam, mereka hanyalah pengembala-pengemba la kambing dan ilmu tentang
kambing itu sajalah yang ada pada mereka.

Dengan didikan Rasulullah SAW, insan mereka terbina, hati dan roh mereka
menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan
menterjemah berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas
itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan
berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu
bagi semua bangsa di waktu itu.

Cara kedua untuk mendapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan
ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan
terhurai. Ada hadis yang mengatakan:

Maksudnya: "Barangsiapa mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah akan
ajarnya ilmu yang dia tidak tahu."

Ada kata-kata hukama yang berbunyi:
Maksudnya: "Hidupnya ilmu kerana amal."

Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka
lama-kelamaan, Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang
tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah SWT akan
jatuhkannya terus ke hati kita. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau
ilmu laduni.

~Mutiara Minda~

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button




Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga aku melayari lamanku ini...
Semoga Allah merahmati semua pengunjung blog ini.
ameen

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster