Cikgu dan murid


Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

lepaskan kesusahan mukmin

Dari Thabrani meriwayatkan, dari Aisyah ra. bahwa:

"Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, niscaya kamu akan saling mencintai."

Rasulullah saw bersabda:  

“Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” 

(HR. Muslim)

Apa itu aib?

"AIB"

Apa itu aib? 

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat. 

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

🌹🌹🌹

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

 Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

MADAH baru 398


*11*
Kuat harap, takut, cinta seseorang  itu pada Allah,
akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Jika salah satu daripada tiga ini tiada,
seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat, 
sekalipun dia seorang yang alim. 

*12*
Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan ialah:
Manusia selalu mengucapkan,
"Saya ikhlas ni."
Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati, malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah,
hanya Allah saja yang tahu.
Oleh kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui. 

*13*
Orang yang ikhlas, mengamalkan agama setiap masa kerana Allah menghendaki demikian.
Orang yang tidak ikhlas, mengamalkan setelah terdesak,
setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan. 

*14*
Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
hingga terasa malu memilikinya.
Tapi anugerah Tuhan kenalah terima,
kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya.
Dengan itu kita akan selamat dari berbangga,
terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan. 

*15*
Rasa kehambaan itu bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana,
kerana kita di mana-mana tetap saja hamba,
agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah, ujub dan lupa daratan.

Kejarlah Tuhan, Jangan Kejar Syurga


Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya.
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya.
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya.
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya.
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya.
Cari Syurga atau fadhilatnya, ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya.
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk.
Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama.
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.
Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan.
Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan.
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
perangainya tidak berubah.
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya.
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat.
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya.
Carilah Tuhan.
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama.
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan.
Cari Syurga atau fadhilat, Syurga atau fadhilat belum tentu dapat.
Tuhan sudah tentu tidak dapat.
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan.
Kerana Dia pencipta kita.
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai.
Betulkan semula fungsi ibadah kita.
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada-Nya. 


MUTIARA KATA


1) Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

2) Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

3) Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

4)    Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

5) Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya ini telah tiada…..

6) Jangan sekali-kali percaya pada kasih sayang yang datang tiba-tiba, kerana ia juga akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba.

7) Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku.

Huru hara Taman Kediaman

Setiap hati insan
penuh ketakutan
wajahnya lesu layu
taman kediaman tiada keamanan
cetusan huru hara memenuhi taman

Keindahan kehidupan musnah dari insan
wajah tak berseri di selubung kebimbangan
umpama menanggung seribu derita
dihimpit resah tiada kesudahan

Alangkah sedihnya hati
taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

Si kaya bimbang hartanya di ambil orang
si miskin takut dibiarkan tanpa bantuan
yang berpangkat besar takut tak dihormati
yang berkuasa takut hilang kekuasaan

Si suami menjadi bagai orang suruhan
tiada penghormatan kerana si isteri
lagaknya bagai tuan
hilanglah keamanan
rumah jadi neraka

Alangkah sedihnya hati
taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN?

*MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN???*

_Suatu ketika, seseorang bertanya kepada Dr. Muhammad Imarah dengan pertanyaan yang sedikit mengejek dan mengolok2an:_ 

*"Saya dengar, Anda ingin sekali syariat Islam ini diterapkan, apakah Anda ingin membawa kami mundur ke belakang?"*

Mendapatkan pertanyaan bernada merendahkan itu, beliau pun menjawab dengan balik bertanya:

"Ke belakang yang mana maksud Anda?
Apakah belakang yang anda maksud adalah 100 tahun yang lalu, saat Islam menguasai separuh dunia selama 500 tahun?

" Atau maksud anda lebih jauh lagi ke belakang saat dimana Dinasti Mamalik (Mamluk) menyelamatkan dunia dari ganasnya serbuan Mongol dan Tartar?" 

"Atau lebih jauh lagi ke belakang saat Dinasti Abbasiyyah menguasai separuh dunia?" 

"Atau ke belakang sebelumnya, di masa Dinasti Umayyah, atau sebelumnya lagi saat Umar bin Khatab menguasai banyak kawasan di dunia ini?" 

"Atau di masa Khalifah Harun Ar-Rasyid, saat beliau mengirim surat ke penguasa Imperium Romawi kala itu, Naqfur, beliau menulis:
"Dari Harun Ar-Rasyid Amirul mukminin, kepada Naqfur guguk Romawi (كلب الروم)"

"Atau ke belakang saat Abdurrahman ad-Dakhil bersama pasukannya berhasil menaklukkan Italia dan Prancis? Itu jika dalam bidang politik" .

"Atau maksudmu ke belakang adalah dalam bidang keilmuan, ketika ulama Arab seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Alkhawarizmi, Ibnu Jabir, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dll, mengajarkan dunia Arab dan dunia barat tentang ilmu kedokteran, farmasi, arsitektur, falak dan sastra?"

" Atau ke belakang maksudmu dalam hal kehormatan? Ketika seorang Yahudi kafir mengerjai seorang muslimah hingga terlepas baju abayanya sampai ia berteriak histeris, maka Khalifah Al Mu'tashim mengirim pasukan untuk membalas apa yang dia lakukan dan mengusir orang Yahudi dari negaranya. Sementara hari ini, para muslimah diperkosa sedangkan pemimpin negeri muslim hanya diam tak bisa berbuat apa-apa?"

"Atau ke belakang maksudmu saat kaum muslimin membangun universitas pertama di Spanyol yang menggemparkan Eropa kala itu, sehingga sejak itu, pakaian jubah longgar besar dari Arab itu menjadi pakaian wisuda hampir semua universitas dunia? Dan dibagian atasnya ada topi yang datar dimana dahulu dijadikan tempat meletakkan Al Qur'an saat acara wisuda?"

"Atau maksudmu ke belakang, saat Kairo menjadi kota paling indah di dunia?" 

"Atau ketika 1 Dinar Iraq setara dengan 483 dolar?" 

"Atau maksudmu ke belakang, saat orang-orang melarikan diri dari Eropa yang dilanda kemiskinan dan pergi menyelamatkan diri menuju Aleksandria (Mesir), atau ketika Amerika meminta bantuan Mesir untuk menyelamatkan Eropa dari kelaparan?" 

"Tolong beritahukan padaku, mundur ke belakang mana yang kamu maksudkan??"

Dan si penanya hanya bisa diam, membisu tak tahu apa yang mau diucapkan.(***)

Alih bahasa: Ahmad Budiman, Lc

mundur ke blkg?

*MUNDUR KE BELAKANG MANA YANG ANDA MAKSUDKAN???*

_Suatu ketika, seseorang bertanya kepada Dr. Muhammad Imarah dengan pertanyaan yang sedikit mengejek dan mengolok2an:_ 

*"Saya dengar, Anda ingin sekali syariat Islam ini diterapkan, apakah Anda ingin membawa kami mundur ke belakang?"*

Mendapatkan pertanyaan bernada merendahkan itu, beliau pun menjawab dengan balik bertanya:

"Ke belakang yang mana maksud Anda?
Apakah belakang yang anda maksud adalah 100 tahun yang lalu, saat Islam menguasai separuh dunia selama 500 tahun?

" Atau maksud anda lebih jauh lagi ke belakang saat dimana Dinasti Mamalik (Mamluk) menyelamatkan dunia dari ganasnya serbuan Mongol dan Tartar?" 

"Atau lebih jauh lagi ke belakang saat Dinasti Abbasiyyah menguasai separuh dunia?" 

"Atau ke belakang sebelumnya, di masa Dinasti Umayyah, atau sebelumnya lagi saat Umar bin Khatab menguasai banyak kawasan di dunia ini?" 

"Atau di masa Khalifah Harun Ar-Rasyid, saat beliau mengirim surat ke penguasa Imperium Romawi kala itu, Naqfur, beliau menulis:
"Dari Harun Ar-Rasyid Amirul mukminin, kepada Naqfur guguk Romawi (كلب الروم)"

"Atau ke belakang saat Abdurrahman ad-Dakhil bersama pasukannya berhasil menaklukkan Italia dan Prancis? Itu jika dalam bidang politik" .

"Atau maksudmu ke belakang adalah dalam bidang keilmuan, ketika ulama Arab seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Alkhawarizmi, Ibnu Jabir, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dll, mengajarkan dunia Arab dan dunia barat tentang ilmu kedokteran, farmasi, arsitektur, falak dan sastra?"

" Atau ke belakang maksudmu dalam hal kehormatan? Ketika seorang Yahudi kafir mengerjai seorang muslimah hingga terlepas baju abayanya sampai ia berteriak histeris, maka Khalifah Al Mu'tashim mengirim pasukan untuk membalas apa yang dia lakukan dan mengusir orang Yahudi dari negaranya. Sementara hari ini, para muslimah diperkosa sedangkan pemimpin negeri muslim hanya diam tak bisa berbuat apa-apa?"

"Atau ke belakang maksudmu saat kaum muslimin membangun universitas pertama di Spanyol yang menggemparkan Eropa kala itu, sehingga sejak itu, pakaian jubah longgar besar dari Arab itu menjadi pakaian wisuda hampir semua universitas dunia? Dan dibagian atasnya ada topi yang datar dimana dahulu dijadikan tempat meletakkan Al Qur'an saat acara wisuda?"

"Atau maksudmu ke belakang, saat Kairo menjadi kota paling indah di dunia?" 

"Atau ketika 1 Dinar Iraq setara dengan 483 dolar?" 

"Atau maksudmu ke belakang, saat orang-orang melarikan diri dari Eropa yang dilanda kemiskinan dan pergi menyelamatkan diri menuju Aleksandria (Mesir), atau ketika Amerika meminta bantuan Mesir untuk menyelamatkan Eropa dari kelaparan?" 

"Tolong beritahukan padaku, mundur ke belakang mana yang kamu maksudkan??"

Dan si penanya hanya bisa diam, membisu tak tahu apa yang mau diucapkan.(***)

Alih bahasa: Ahmad Budiman, Lc

KHUSUS UNTUK PARA LELAKI WAJIB MAKLUM DAN TERUS MENGAMALKANNYA

Nasihat khas utk lelaki yang suka sgt bersolat fardhu di rumah. Mohon slow2 baca sehingga habis...di bwh ini ada  kelebihan dan jugak ada amaran/ ancaman nabi SAW....
___________________
 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat Isya dan Subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat Subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya di bawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

Tahukah   KAUM LELAKI bahwa kerana begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorang pun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga kita mendapat hidayah bersama. 

آمين يا رب العالمين. 

Semoga Bermanfaat. Allahuwahlam.

KEDAI MENJUAL ISTERI



Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2. 

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.

"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.

Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. 

Wallahu alam

Riverside Museum: Di Pertengahan Feb 2022

Allahuakhbar... dah pagi baru perasan... 
dah 11 jam Garmin forerunner bercharge. dah la dr 1st time charge. Zaf kata stgh jam dh penuh. tp sbb dh penat sgt smlm. tertido lah... huh.. lamanya tido.. Jam 8mlm smpi 7 pagi. Ma shaa Allah. 

Sebenar nk citer pasal semalam. Berjalan2 ke Riverside Muzium naik bus. Kqki main badminton lom elok sgt. layan je 😄🤗

Menunggu bas. Sekali bas no 3 lambat atau kena tgk if driver bagi tak bawa strolle masuk bas. kdg² bersaing dgn Mak2 yg bawa stoller. hmm
 So berjln lah smpi ke Dumborton Road.
baru naik bas. Smpi di Partick, berjalanlah ke Riverside Muzium. 11 minit berjln. 

Jalan punya jalan. then sampai lah😁

Best². Cantik tempat ni. igt Liverpool je ada.😄 Nanti I share gmbr2 dalam ni. Cun². byk sejarah di Glasgow ni. pasal kisah² sebelum perang dlln..

Teman ke syurga

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam

Muhasabah 15 Feb 2022

Alhamdulillah ala kulli hal.

Bangun² tido terjaga. Zaf kejut solat subuh. dah 6.50 pagi. Subuh start pkul 6am. habis dlm pkul 8am cmtu. Berubah². 
cuma pelik dh set jam pkul 5 lbh. 2 kali set. Tnya zaf if ada dgr bunyi alarm. Rupanya, tgn ni cpt off alarm. huhu.. kena duk jauh dgn hp lah lps ni.

Then kalau trbgun pkul 1am tu biasa. sbb mmg selalu bgun kerja NHS jam 1. huhu

Hari ni byk mesej yg dpt utk muhasabah. 
Bgn² mcm ada yg berbisik.

1. pasal menyesal masih xdpt bgn malam utk merintih dan bercakap2 dgn Tuhan pencipta. Menginsafi diri sbb xlama lagi akan kembali. dh 35 tahun kan...

2. if tidur nk mlm, jgn terikut2 org. biasa mlm xkerja buat movie time dgn anak². mcm xok. sbb fikir2 kalau Allah ttpkn mati esoknya, dlm kelalaian. huhu😭 
Kalau anak2 dh besar, pun akan buat benda sama sbb kita buatkan! So, patut ubah ni... mgkn dgr kuliah atau zikir dlln. baca doa taubat ke... i'tirof Aishwa Nahla mmg kena hafal. best.huhu

3. then, puasa sunat dh lama tinggalkan. huhu... bulan ni belum buat lg. padahal rejab ni. pling kurg 3x kena buat... Ya Allah lalainya hambamu ini. mklum dh keje. mmg busy.. Sembang santai dpt buat minggu lps. alhmdulillah bab tggjwb seorg hamba... Allah.. byknya tggungjawab. terutama bawa rasa hamba tu... Allah...

Kena mula semula semuanya. waqi' atau suasana kt sini tak mmbantu sgt... kalau kt Malaysia suasana dh ada. Moga Allah bantu. Aamiiiin🤲🤲🤲🤲🤲🤲

Semakin banyak ilmu

Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, 

Seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan...Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah.. Selamatlah golongan ini.. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan..

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

Dobi, Garmin forerunner 245 music dan Umah baru Kang Jol 12 Feb 2022

TINGKATAN NAFSU

TASAWUF TODAY
TAJUK: TINGKATAN NAFSU

💎
📛     7 JENIS NAFSU    📛
.
➡ Nafsu Amarah
(Nafsu yang suka kepada kemaksiatan)
.
➡ Nafsu Lawwamah
(Nafsu yang buat kebaikan dan juga kejahatan, buat maksiat tapi ibadah tak tinggal)
Kata imam nawawi:- orang seperti ini kena bertaubat kepada Allah dan berhenti
.
➡Nafsu mulhamah / marhamah
( dia tahu perkara baik dan jahat tetapi dia dengki dengan orang buat baik)
orang ini kena perbanyakkan istighfar
.
➡ Nafsu Mutmainnah
(Apabila tengok semua benda, dia redha dengan Allah).

➡Nafsu Radhiah
(Sifat nafsi yang anggap makruh itu haram dan sunat satu kewajipan supaya berhati2 dalam setiap amalan)
.
➡Nafsu Mardhiyyah
(Nafsu yang amat mencintai Allah dan Allah amat mencintainya)
.
➡Nafsu Kamilah
(Tingkatan nafsu para nabi dan rasul ,manusia yang suci dan sempurna. Terpelihara dari perbuatan keji)

Nampak berseloroh tapi ada maksud tersirat (",)


Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......

Moral of the story :
cari mak cik tu (mungkin janda)😌😄

30sen



Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? 

Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu je. Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & 
Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. 

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?

Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. 

"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Tanpa Matlamat hidup mudah tersasar


Ramai orang hidup tanpa tahu tujuan sebenarnya kenapa mereka lakukan apa yang sedang di lakukan sekarang. 

Matlamat ibarat anda mempunyai "Sistem" dalam kehidupan. Dalam perniagaan sekiranya satu saya tidak mempunyai Sistem potensi syarikat itu untuk gulung tikar adalah 99.9%.

Sama dengan hidup sekiranya tiada Sistem dalam kehidupan apa akan jadi?. 
Bayangkan anda naik highway terus berjalan tanpa tahu destinasi. Apa anda rasa?.. Anda berjalan tanpa haluan yang di tetapkan. 

Sekarang anda berkata dalam diri "Aku mesti ada matlamat hidup" dan "Aku ingin mempunyai sistem kehidupan" supaya hidupku lebih teratur. 

Apabila anda mempunyai Matlamat yang jelas, anda akan dapat merasai nikmatnya kehidupan. Anda memandang masa depan anda semakin cerah.. 

#kredittoFRAAFarahSalma

Bumi Tuhan... Bersaksilah